HARAM LAGI..
5:17 AM | Author: Hamiza

Assalamualaikum wrbth...

Harapan dn doa saya semoga anda semua sahabat2 yg disayangi dalam peliharaan ALLAH SWT..dn sehat2 selalu hendaknya..amiiin

Kali ni nk kongsi ngan anda semua isu haram lagi dlm makanan..Emmm..x habis2 lagi isu haram ni rupanya..artikel lalu saya dh bongkarkan bebola ikan yg dicampur dgn daging khinzir (babi)..kali ni isu bebola ikan juga,tp dh dicampur dgn plasma darah pula..jom kita baca artikel ni dn sama2 kita berhati2 dlm setiap pemakanan kita...

Muslim perlu waspada campuran plasma darah dalam makanan...


KAJIAN Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) ke atas 12 sampel isi daging ikan (surimi) digunakan dalam bebola ikan yang diambil daripada beberapa pasar raya di sekitar Putrajaya dan Nilai, Negeri Sembilan didapati mengandungi bahan tidak halal dalam produk berkenaan.

Kajian awal yang dilakukan itu mendapati bebola ikan berkenaan mengandungi plasma darah haiwan yang dicampurkan di dalam ramuan bebola ikan bagi menambahkan kualiti bebola ikan, selain mencantikkan produk itu supaya nampak lebih kenyal dan gebu.



Pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi Usim, Prof Dr Salmah Yusof, ketika mendedahkan hasil kajian itu menyatakan plasma darah kaya dengan protein yang boleh membantu memberi ciri-ciri yang lebih baik serta kualiti kepada sesuatu produk makanan seperti kekenyalan, mudah dihiris dan berwarna putih.

Lazimnya, beliau berkata, semua bahan itu boleh diperoleh daripada plasma darah ternakan seperti ayam, lembu dan babi. Katanya, penggunaan plasma darah ternyata tidak dibenarkan di dalam Islam kerana ia adalah haram.

“Kajian yang dilakukan bulan lalu, mendapati bebola ikan itu positif daripada bahan tidak halal iaitu mengandungi plasma darah haiwan. Kita juga akan melakukan kajian secara menyeluruh sedikit masa lagi bagi mendapatkan maklumat lengkap mengenainya.

“Kita menggunakan `teknik enzime linked immuno sorbent assay` (Elisa), iaitu teknik yang lebih cepat dari segi dapatan kajian dan lebih menjimatkan masa,” katanya ketika ditemui pada seminar Minggu Pelancongan Islam dan Halal Antarabangsa, baru-baru ini.

Surimi dijadikan bahan kandungan asas bagi produk seperti sosej, bebola ikan, udang, ketam, mee, isi ketam tiruan produk makanan lain.

Justeru, tidak mustahil, hasil kajian menunjukkan untuk meningkatkan dan mengekalkan kestabilan kualiti surimi, protein plasma darah haiwan dicampur ke dalam surimi. Plasma adalah bahagian cecair yang tidak berwarna sebahagian daripada darah. Secara sederhana, ia diasingkan daripada darah melalui kaedah pengemparan. Selepas diasingkan, plasma ini dikeringkan dengan alat pengering sembur sehingga berbentuk serbuk.

Salmah berkata, ketika ini, pihaknya belum melaporkan hasil kajian berkenaan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengenai produk itu daripada pasar raya di Putrajaya dan Nilai berkenaan didapati tidak halal atas alasan tertentu.

Bagaimanapun, bagi memenuhi tanggungjawab sebagai umat Islam, beliau melalui pembentangan kertas kerja atau ceramah yang dihadiri akan menyebarkan maklumat mengenai isu halal haram ke atas produk makanan.

Katanya, berdasarkan pemerhatiannya dan maklumat dan pengetahuan, seseorang boleh tahu dan mencurigai sesuatu makanan atau minuman yang dibeli itu halal atau sebaliknya.

Sebagai contoh, bentuk fizikal bebola ikan yang dilihat cantik, sempurna dan berkualiti pembuatannya seperti kenyal lazimnya mengandungi plasma darah haiwan.

“Oleh itu, orang ramai seharusnya prihatin apabila ingin membeli produk berasaskan produk isi daging seperti bebola ikan, ketam atau sosej kerana ia mungkin mengandungi bahan yang tidak halal. Kita perlu ada sifat ingin tahu dan sensitif mengenai perkara ini supaya tidak termakan bahan haram.

“Malah, dalam hadis riwayat At-Tabarani juga menjelaskan setiap daging yang tumbuh daripada yang haram, maka api neraka lebih layak baginya,” katanya.

Salmah berkata, keraguan terhadap penggunaan plasma darah haiwan dalam makanan juga sudah banyak disebarkan di dalam jurnal oleh pakar saintis yang sering memberi penekanan mengenai kewujudan plasma darah haiwan ke dalam beberapa produk makanan.

Beliau menegaskan, tidak mustahil bahan sama digunakan dalam produk berkaitan di negara ini.

Justeru, Usim juga akan memperluaskan kajian ke atas produk berasaskan sosej, tahun depan.

Mengulas lanjut, Salmah berkata, kerjasama menyeluruh membabitkan pelbagai pihak bermula dari peringkat industri, pakar, pengkaji dan Jakim serta agensi berkaitan perlu dipergiatkan bagi menangani kesedaran mengenai isu halal termasuk produk makanan, kosmetik, minuman dan farmaseutikal.

WALLAHUALAM..
REHATKAN MINDA SEKETIKA..
4:34 AM | Author: Hamiza

Assalamualaikum wrbth...

Untuk semua sahabat-sahabat ku yg tercinta..kali ini saya nk mengajak anda semua bermuhasabah diri dgn merenung dn memahami kata-kata hikmah yang saya petik dari tulisan oleh saudara Amri el Wahab..tulisan beliau sgt mendalam ertinya..semoga sama2 kita hayatinya..

Rehatkan minda kita sebentar dengan membaca artikel ini...

"Aku mohon perlindungan Mu ya Allah daripada syaitan yang di rejam".

1)Kewujudan iblis jauh lebih awal daripada kejadian manusia. Apabila Adam dicipta, timbul keegoan iblis yang merasa dirinya lebih hebat.Kerana itu ia enggan tunduk sujud kepada Adam.

2) Ibarat kata orang tua tua"aku lebih dahulu makan garam". Begitulah andaianya, walaupun keeangganan iblis disebabkan kejadiannya daripada api dirasakan lebih baik daripada Adam yang dicipta daripada tanah.

3) Kemarahan dan dendam kepada Adam dan anak cucunya ditunjukkan secara terang terangan. Bahkan kepada Allah dia melahirkan azamnya untuk menyesatkan mereka seluruhnya hingga hari kiamat.

4) Kalau begitu mengapa kita manusia masih juga terjerumus kepada ajakannya? Bukankah jalan sesat sudah ditunujukkan secara jelas? Mengapa masih terus mengikutinya?

5) Itulah manusia, kita sememangnya sering lalai dan lupa. Dan kita juga disuruh sentiasa saling ingat mengingati.

6) Sekurang kurangnya dengan mengetahui kelemahan, kegemaran dan pelbagai perkara yang berkaitan dengan makhluk yang direjam ini, kita dapat lebih berwaspada.

Salaam & Regards

Amri el Wahab

Syukran saudara Amri..


Assalamualaikum wrbth....

Saya harap kan anda semua dlm lindungan ALLAH selalu hendaknya..amiiinn..kali ni saya nk berkongsi info ni utk pengetahuan kita bersama...Info ni telah dikirim kepada saya melalui email oleh seorang abang yang sgt perihatin terhadap keselamatan dn info ini sgt berguna utk kita semua..sama2 kita manafaatknnya yer..



1)Apabila Kilat berlaku sebelum, semasa dan selepas hujan.

2.) Ambil langkah keselamatan apabila kilat berlaku 6 batu ( 9.6 km) dari tempat kita berada. Untuk mengira jarak kilat gunakan teknik "Flash to Bang" ( Kilat ke Guruh). Kiraan 5 saat dari masa kilat kelihatan dan guruh kedengaran ialah jarak 1 batu. ( 10 saat = 2 batu , 20 saat = 4 batu , 30 saat = 6 batu ).Sekiranya tempoh antara kilat dan guruh ialah kurang daripada 30 saat , langkah keselamatan berikut hendaklah diambil.

3.) Hanya selepas 30 minit selepas kejadian kilat serta ribut petir barulah boleh dianggap selamat.


A. LANGKAH KESELAMATAN APABILA BERADA DI DALAM BANGUNAN

1.) Matikan semua peralatan elektrik dan tanggalkan plug dari soket dinding jika perlu.

2.) JANGAN gunakan talipon talian rumah/pejabat gunakan talipon bimbit jika perlu sahaja

3.) Jangan duduk berhampiran pintu dan tingkap yang menghadap luar rumah.

4.) Elakkan berada di bilik air atau paip air yang diper
buat daripada besi.

B. LANGKAH KESELAMATAN APABILA BERADA DI LUAR RUMAH

1.) Cari perlindungan di bangunan besar seperti kedai, pejabat dan rumah yang mempunyai besi penahan kilat (lightning arrestor).

2.) Jika tidak cari perlindungan dalam kereta, van, lori dimana semua tingkap ditutup rapat.

3.) Jika tiada berlindung dikawasan rendah yang tiada objek logam seperti dalam parit, longkang, tanah berlekuk dan sebagainya.


4.) Boleh mencari perlindungan di kawasan hutan tebal yang dikelilingi pokok-pokok yang banyak serta sama tingginya.

5.) APABILA berada dalam kumpulan PASTIKAN jarak anda dengan rakan anda yang lain antara 15 kaki ke 20 kaki.

6.) DUDUK dalam keadaan menyangkung, kaki dirapatkan dan letak tangan pada telinga.

7.) JANGAN berlindung di Pondok Talipon, Pondok Bas, Bangsal, Khemah, Di Bawah Pokok.

8.) JANGAN berada di Kawasan Lapang, Padang Bola, Padang Golf.

9.) JANGAN berada di Kawasan Berair seperti Tasik, Sungai, Paya, Kolam Mandi, Taman Tema Air dan sebagainya

10.) JANGAN berada di tanah tinggi, Gunung dan Bukit.

11.) JANGAN berada di tempat yang ada dua unsur seperti Batu dengan Tanah, Air dengan Darat, Pokok dan Tanah.

12.) JANGAN berada di tempat berhampiran loga
m seperti Pagar, Tiang Talipon, Tiang Elektrik.

13.) APABILA berada dalam bot di atas air dan anda tidak sempat ke daratan pastikan anda DUDUK rendah ditengah bot, JANGAN letakkan tangan dan kaki anda ke dalam air.

Wallahualam...
GEMPAR LAGI ISU HARAM..
11:30 PM | Author: Hamiza

Assalamualaikum wrbth....

Salam pada anda semua sahabat2 yang sangat saya sayangi lagi kasihi..artikel kali ni mungkin shbt2 semua dh ada yang tahu..tapi saya tetap juga ingin mengongsiknnya dgn shbt2 yg belum tau..mari lah kita sama2 lihat dn jika anda terjumpa mana2 produk yg tertera disini harap pulaukan barangan ini..

Tapi jika anda tidak mengambil berat soal halal ,haram dn kebersihan..sila abaikan artikel ini..

PERHATIAN KEPADA SEMUA PENGGUNA-PENGGUNA ISLAM DI MALAYSIA !! TERHADAP JENAMA-JENAMA KELUARAN KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD. (TASEK GELUGOR, SEBERANG PRAI)!!


PULAU PINANG – Sebuah kilang memproses bihun dan laksa iaitu KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD. (Co. No. 365216-T) yang terletak di :-

Lot 1123,
Tingkat Selamat 6
Kampung Selamat, Tasek Gelugor
Seberang Prai
13300. P.Pinang.


Kilang yang berkeluasan 4 hingga 5 ekar bertindak menipu dan mengaburi pengguna serta orang ramai dengan meletakkan tanda halal sendiri dalam tulisan jawi/rumi. Malahan kilang yang mengeluarkan jenama CAP CILI, CAP KETUPAT, CAP LANGSAT dan CAP CABAI BURUNG ini TIDAK PERNAH mendapat kelulusan logo/cop halal dari JAKIM. Malah permohonan mereka untuk sijil pengiktirafan pernah di tolak pihak Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

PRODUK-PRODUK KILANG

























CAP BUNGA KANGKUNG



















CAP CIK YATI



















CAP PHOENIX


























BIHUN


3.5 kg bihun CAP KETUPAT


3kg bihun CAP CABAI BURUNG

Bihun atau laksa CAP CILI, CAP LANGSAT dan CAP CABAI BURUNG



Cop halal yang tidak pernah mendapat kelulusan

Apabila logo atau cop halal kelihatan di bungkusan produk makanan, ia menunjukkan suatu perihal dagangan yang dipakai bagi makanan itu iaitu ‘Halal’, ‘Ditanggung Halal’ atau ‘Makanan Islam’ atau difahami bahawa orang-orang Islam dibenarkan oleh agama mereka memakan makanan tersebut. Logo halal yang sah dari JAKIM mempunyai

a) bintang berbucu lapan di tengah-tengah bulatan;

b) perkataan Arab – “حلآل” di tengah bintang;

c) diikuti tulisan rumi “HALAL”;

d) bulatan logo tertulis perkataan “Malaysia” dalam tulisan Rumi dan ماليزيا dalam perkataan Arab;

e) dua bintang kecil berbucu lima diletakkan bagi memisahkan tulisan rumi dan perkataan Arab tersebut.

Manakala logo halal JAIN/MAIN:

a) di bawah tulisan rumi “HALAL” terdapat kod pendaftaran logo halal bagi negeri:

i. huruf “H” yang bermaksud Halal

ii. nombor kod negeri mengikut Jabatan Pendaftaran Negara

iii.contoh : H-10

‘H’ bermaksud Halal

‘10’ melambangkan kod pendaftaran negeri Selangor



Cop logo halal yang benar

Oleh itu, bagaimana persoalan ini terjadi?

Lebih memeranjatkan lagi, terdapat pusat ternakan babi yang keluasannya lebih kurang 2 ekar yang mampu menternak beratus ekor babi dalam satu masa bersebelahan kilang bihun tersebut dan hanya dipisahkan dengan pagar. Betapa dekat dan hampirnya kilang memproses bihun ini dengan pusat ternakan babi sehingga berkongsi pagar.

Pastinya keadaan kawasan tersebut tidak dapat digambarkan dan tidak INDAH seperti nama kilang tersebut lebih tepat lagi INDAH KHABAR DARI RUPA. Dan ini lari dari cop halal yang digunakan kerana premis makanan bersebelahan kawasan najis. Diketahui, pemilik Kilang Bihun Beras Indah dan pusat ternakan babi mempunyai hubungan persaudaraan dan tidak perlu terkejut segalanya mereka berkongsi bersama seperti pagar, longkang , saluran air bumbung dan juga sistem kumbahan.









Keadaan di dalam pusat ternakan babi yang bersebelahan kilang BIHUN BERAS INDAH Sdn Bhd, Tasek Gelugor, Seberang Prai Utara.


Gambar pandangan dari ladang kelapa sawit. Anak panah kiri menunjukkan kilang BIHUN BERAS INDAH dan anak panah kanan menunjukkan pusat ternakan BABI dan mereka juga berkongsi saluran air dari bumbung.

Difahamkan pihak kilang tersebut mendapat bekalan air untuk memproses bihun dan laksa dengan cara menyedut air dari bawah tanah bagi menjimatkan kos. Pernahkah anda terfikir kesucian air yang digunakan? . Bagaimana pula dengan keadaan bihun yang diproses dengan meggunakan air yang pastinya sedikit sebanyak mengandungi air najis.

Ini seumpama kita memakan najis babi dan sekali lagi bertentangan dengan cop halal yang digunakan kerana memproses menggunakan alat yang tidak bebas dari najis. Kita sebagai pengguna beranggapan bahawa dengan memakan bihun cap cili atau apa- apa sahaja cap, kita tidak perlu ragu-ragu seperti kita memakan daging yang berkemungkinan merupakan daging babi. Malangnya tanpa kita sedari kita telah menikmati dengan enaknya bihun perisa babi. Apakah perasaan pengguna yang telah menikmati bihun tersebut. Betapa jijik dan kotornya perasaan para pengguna. Selain itu, pusat ternakan babi yang terletak bersebelahan kilang ini hanya dipisahkan dengan pagar dan mereka turut disyaki berkongsi sistem kumbahan yang sama.



Sistem kumbahan yang terletak berdekatan



Saluran paip yang menuju ke sistem kumbahan



Saluran paip air yang menyedut air dari sumber bawah tanah



Paip air di dalam gambar sebenarnya telah di kunci ketat dan saluran air yang tersembunyi merupakan sambungan untuk sumber air bawah tanah

Bagaimana pula dengan suara hati penduduk tentang pencemaran bau yang langsung tidak menyenangkan? Sejauh lebih 2 km bau busuk dari pusat ternakan babi tersebut boleh dihidu. Bayangkan penerimaan dan penderitaan yang ditanggung penduduk setempat selama ini. Kita tidak perlu terkejut sekiranya kesihatan penduduk terjejas akibat pencemaran bau dari kandang penternakan babi.

Selain daripada itu juga, kerana ingin mengaut keuntungan, terdapat segelintir peniaga tempatan sering menyalah gunakan atau mengambil kesempatan dengan membeli produk dari kilang tersebut. Lebih memeranjatkan lagi terdapat pembeli atau pemborong yang beragama Islam seringkali dilihat datang ke kilang tersebut membeli hasil keluaran mereka. Adakah pembeli ini hanya memandang ringan keadaan sekeliling atau tidak pernah tahu kewujudan pusat ternakan babi yang terletak bersebelahan kilang tersebut atau mereka ini tidak pernah sensitif dengan HALAL & HARAM? Sanggup sungguh mereka mengkhianati saudara sesama Islam mereka atau dengan kata lain betapa tidak berilmu dan jahilnya rakyat Malaysia yang beragama Islam tersebut!!



Kelihatan pemborong yang beragama Islam turut membeli produk keluaran Kilang Bihun Beras Indah tersebut

Lagi penipuan yang Kilang Bihun Beras Indah lakukan dengan meletakkan alamat pendaftaran syarikat iaitu:-

1-G-2,
Sri Pelangi, Jalan Bukom,
10150 Penang
.

Bungkusan bihun yang berbeza dengan alamat sebenar untuk tujuan mengelirukan pihak pengguna. Sepatutnya pemilik yang ingin mendaftarkan kilang mereka perlu meletakkan alamat kilang mereka seperti kilang BIHUN BERAS INDAH meletakkan alamat mereka di Jalan Tingkat 6, Kampung Selamat. Mengapa mereka ingin mengelak dengan meletakkan alamat lain? Ini kerana Kampung Selamat memang dikenali ramai dengan kawasan penternakan babi yang sangat besar.

Jika dilihat begini, bagaimana kilang ini berjaya mendapat lesen?




Alamat yang tertera pada bungkusan tidak sama dengan alamat kilang Bihun Beras Indah bagi tujuan menutup atau mengaburi pengguna

Yang menjadi tanda tanya, bagaimana Kilang Bihun Beras Indah Sdn. Bhd. ini boleh mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP) memandangkan pusat ternakan babi ini telah wujud lebih dari 10 tahun dan atas alasan apa kilang Bihun Beras Indah ini dibenarkan beroperasi? Adakah mereka telah disuap atau disogok? Ataupun dengan kata lain rasuah di bawah meja? Tidak pelikkah anda bagaimana mereka boleh membuka kilang tersebut dan bertahan hingga ke hari ini? Mustahil sama sekali jikalau kita fikir dengan kepala otak kita sendiri. Tidak logik!!!!!!

Malahan, menurut sumber yang diperolehi, kira-kira 2 tahun lepas iaitu dalam tahun 2005 pihak Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna - P.Pinang, Jabatan Kesihatan Negeri P.Pinang dan Majlis Agama Negeri P.Pinang pernah membuat serbuan terhadap kilang bihun Beras Indah tersebut. Malangnya sehingga kini kilang ini masih mampu beroperasi seperti biasa. Mengapa keadaan ini terjadi? Perlukah mereka diserang beribu kali baru boleh ditutup atau kerajaan kita terlalu lembut dan kalah dengan sebuah kilang bihun?!!

Penipuan seterusnya, kilang ini juga mengeluarkan produk bihun dan laksa yang berjenama CAP CILI, CAP KETUPAT dan CAP LANGSAT untuk dua pelanggan tetap beliau iaitu:-





KIM LOONG HUAT SDN. BHD.
yang beralamat No.3565, Jinjang Utara, 52000 K.L

dan



ZAKARIA DAN ANAK-ANAK SDN. BHD.
yang beralamat No. 22,24,26,
Tingkat Perusahaan Utama 1,
Taman Perindustrian Bukit Tengah, 14000
Bukit Mertajam.


Kilang Bihun Beras Indah Sdn Bhd masih mengeluarkan bihun di bawah nama Zakaria Dan Anak Anak Sdn Bhd, iaitu Cap Langsat, meskipun sudah sekian lama syarikat ini tidak lagi beroperasi.

Jika diteliti, kedua- dua produk ini juga mempunyai tanda “halal” dalam tulisan jawi dan rumi.

Dimanakah kuasa yang dapat menghalang perbuatan ini!!! JAKIM ?? KPDNHEP ?? ataupun MPSB itu sendiri.

Kerajaan wajib menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas serta memastikan bahawa sebarang penggunaan Tanda, Logo, Cop mahu pun perkataan rumi atau jawi yang memberi maksud Suci, Bersih, Makanan orang Islam atau Ditanggung Halal yang tidak diluluskan oleh pihak JAKIM wajib dikenakan tindakan mahkamah. Jika tidak dikawal dan masih berterusan ia akan memberi kesan negatif kepada Negara Malaysia memandangkan Negara kita merupakan Negara Islam dan pengeluar produk HALAL di dalam dan di luar Negara.



Lakaran kasar kawasan kilang BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD.



Gambar hadapan KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD.



KILANG BIHUN BERAS INDAH SDN. BHD.


Pandangan tepi kanan kilang BIHUN BERAS INDAH – betapa luas dan besarnya kilang ini


Ladang kelapa sawit yang berjiran sebelah dengan kilang BIHUN BERAS INDAH dan kandang penternakan babi



Pandangan 2D dari jalan utama



Dibelakang semak kira-kira 30m ini terdapat kandang babi



Betapa kotornya kilang BIHUN BERAS INDAH



Parit menjadi tempat perkongsian sisa kumbahan babi dan bihun

Saluran paip air

Pandangan dari hadapan dan papan tanda Kilang Bihun Beras Indah Sdn. Bhd

Bukti kewujudan kilang :
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM)

WALLAHUALAM..FIKIR2KAN LA BERSAMA

BALASAN ATAU KEBETULAN..FIKIRKANLAH
8:54 PM | Author: Hamiza

Assalamualaikum wrbth...

Saya harapkan anda semua dalam peliharaan ALLAH selalu hendaknya..Amiiinnn..kali ni sy x nk ulas pnjang lebar isu yang akan saya tulis dan paparkan disini..cuma saya minta jasa baik dr anda semua baca dan fahami kemudian sama2 kita ambil iktibar dari kesah ini..

Kali ni saya nak mengajak anda semua mendengar luahan hati seorang bapa yang sangat menyesali dosa2 yg telah dilakukan satu masa dulu..mungkin ini adalah pembalasan dr ALLAH yg di tunjukkan di dunia atau pun secara kebetulan ianya berlaku..tp kesah ini memang satu kesah benar..jom sama2 kita dgr luahannya melalui satu kiriman email yg di hantar..

Hari ini aku terpanggil nak meluahkan ape yang terbuku dlm hati aku..

Minggu lepas , anak dara kesayangan aku telah dicabul..aku tak nak cerita secara detail,kerana terlalu perit untuk aku harungi. Anak aku baru berusia 12 thn, tapi kena cabul dengan orang yang sangat aku percaya,iaitu guru mengajinya.

Hati bapa mana tak gusar, sekarang selepas buat report pada polis dan medical checkup, anak aku dah macam orang hilang ingatan, hysteria.Aku sedih sangat, setiap malam aku berdoa agar pulihkan semangat anak aku dan semoga Allah mengampunkan dosa2 ku yang lalu.Sekarang aku sedar, apa yang terjadi pada anak aku, mungkin adalah dari kesilapan lampau aku.

Dulu aku ada affair dengan seorang gadis berumur 22 thn, 2 tahun dahulu. Pada awalnyer hanya sebagai kawan dikala aku kesepian. Masa tu aku ada masalah rumahtangga dgn isteri aku. Nak dijadikan cerita aku ada buat benda tak elok pada this girl. Aku namakan die Ayu.

Gambar Hiasan

Setiap kali dating dengan Ayu, nafsu sentiasa meluap2..tau2 la suami yang dah lama tak diberi makan isteri. Masa tu aku berniat nak tut2 dengan Ayu. Tapi Ayu ni gadis yang baik, even aku nak pegang pun die tak bagi,cium apetah lagi.Aku juga menipu ayu aku adalah duda. Hubungan aku dengan die berjalan lancar selama 5 bulan.

Oleh kerana tak tahan nafsu ku ini, satu hari aku ajak ayu pergi karaoke.Di situ aku dah plan sesuatu. Aku ada memasukkan pil khayal dlm minuman ayu. Lepas aku tengok die high, aku cepat2 bawa die check in di hotel berdekatan. Dek dihasut nafsu yang meluap2, aku bersetubuh dengan ayu tanpa ayu sedari. Nikmatnyer tak terkata..namun selepas menyedari keesokkan paginyer, aku menyesal, ayu pulak menangis sekuat hati..


Dalam keadaan huru hara tu, aku berjanji pada ayu aku akan bertanggungjawab di atas segala kesalahan aku. Masa tu aku piker nak nikah dengan ayu,memandangkan hubungan aku dengan isteri dah di ambang maut.Selepas berjanji dengan ayu, aku pun menghantar pulang ayu kerumah sewanya.Sambil ayu menangis teresak2,ayu merayu jangan tinggalkan die dalam keadaan mcm ni.Aku berjanji dan bertekad akan tebus kesalahan aku..nak nikah jugak dalam masa terdekat.

Nak dijadikan cerita, balik saja kerumah,tiba2 isteriku melayan aku dengan baik sekali, kemudian aku rasa bersalah yang amat sangat pada isteri, sambil melihat wajah anak2 ku yg masih kecil, aku tak sanggup nak menduakan isteriku..aku masih sayang pada isteriku..

Gambar Hiasan

Bile terfikir tentang ayu, aku rase bersalah yg amat sgt pada isteriku..sejak itu isteriku melayan
aku dengan baik, seperti kami bercinta balik. Ingatan aku pada ayu makin pudar.Ayu pula
semakin paranoid, pabila aku bersikap acuh tak acuh, kerana aku masih sayang pada keluarga
aku.

Janji yg aku tabor pada ayu, hanya janji manis saja.Aku cuba jauhkan diri aku pada ayu, supaya aku setia pada keluarga aku.Ayu pula makin menekan aku supaya menikah dengan dia walau apa yang terjadi.Satu hari yang tak disangka, apabila aku pulang kerumah,aku nampak kereta
ayu didepan rumah aku, aku tercari2 ayu dimana die. Dlm perjalanan menuju kerumah aku
terdengar riuh rendah suara perempuan bergaduh..aku panic, tapi ape yang terjadi aku akan
hadapi.

Bila melangkah masuk kerumah, aku lihat ayu merayu2 melutut depan isteriku,dengan muka
bengis isteriku, isteriku ceritakan segalanya. Isteri aku memberitahu perempuan gila ini, mendakwa telah menjalin hubungan dengan aku dan die mau aku bertanggungjawab. Ya Allah, aku hampir pitam. Namun isteriku tak marahkan aku, sebaliknyer menendang dan menampar ayu sepuas-puasnye. Aku pula bingung. Dengan lantas aku buat cerita ayu ni perempuan murahan, sudah pasti selalu main dengan jantan lain,

Tanpa rase bersalah aku menarik ayu dan menghalau die keluar dari rumah.Menangis ayu
melihat tingkah laku aku, tapi apakan daya, aku tak mau rahsia aku pecah.Ayu siap bersumpah dgn nama Allah, anak yang dikandung ini adalah hasil kerja keji aku dulu. Ayu pregnant?aku hamper pengsan lagi..dan ayu juga melafazkan'aku benci kau, aku benci kau dan keturunan kau, aku doakan agar semua keturuanan kau mati dirogol'..setelah itu ayu terus menghilangkan diri.

Selepas kekecohan itu, isteriku face to face dengan aku, siapa ayu?aku dengan tenang mengatakan ayu ni bekas pekerja aku, pernah sakit mental selepas ditinggalkan kekasih lama..oleh kerana aku selalu mendengar keluhan hati die, die naik syok dengan aku..
Isteriku tak puas hati tapi die siap warning jika benar aku takde ape2 affair dengan ayu, die maafkan aku, kalau tak die akan minta cerai.

Kerana sayangkan isteri aku bersumpah mmg aku tiada affair dengan ayu.Keesokkan harinyer, aku cube call ayu untuk memutuskan hubungan dengan ayu.. Sebaik ayu mengangkat telefon terus die hysteria dan menyumpah2 aku.. sumpah yang aku masih teringat2.. 'aku doakan keturunan kau semua mati kena rogol'..

Semenjak itu, ayu hilang, dan berita terakhir aku dengar ayu sudah meningal dunia tahun lepas.
Sekarang bila aku terfikir balik, adakah ini balasan tuhan kepada aku? Aku menangisi nasib
aku, anak2 aku.. Apa harus aku buat, perlukah aku meminta maaf dari ayu,tapi ayu sudah tiada.
Aku bingung,..setiap malam aku buat sembahyang sunat,taubat...tapi bayangan ayu selalu
hadir dlm minda ku....

Dan paling sedih, perkara sama berlaku pada anak gadisku...perit..sungguh perit.. ya, kisah
aku lebih kurang dlm cerita2 rekaan yg selama ni kite tonton di tv, tapi tak ku sangka ia benar2 berlaku, hingga aku terkelu sendirian.. terima kasih pada yang memberi nasihat tak kurang juga yg menyindir..tapi mmg aku akui aku telah melakukan kesilapan besar dalam hidup..hidup
aku,hidup family aku dan hidup insan lain..

Tat kala menulis ini, dari memandu kereta tadi, fikiran aku bercelaru..memikirkan hal anak
aku,aku hampir kemalangan kerana tak concentrate langsung semasa memandu.. anak aku sekarang semakin histeria,die tak boleh langsung melihat kelibat lelaki dewasa,takut,bingung,menangis.. aku dan isteri sangat sedih.anak aku suka sendirian dalam
bilik, pernah die berada dalam tandas begitu lama, sampai kami terpaksa menendang pintu.

Kami takut die bunuh diri atau mencederakan diri..setiap malam, aku dan isteri bersolat hajat agar Allah memulihkan semangat anak ku,minggu lepas kami ada bawa die berjumpe kaunselor, tapi nampaknye anak ku hanya menyembunyikan diri dibelakang kerusi.. isteriku menangis
dan aku menahan sebak..kaunselor kata bawa bila keadaan anakku reda sikit nnt..sekarang
mungkin die rase tak selamat nak berjumpe org asing..


Gambar Hiasan

Anak ku juga tak berapa nak makan,kami risau die akan sakit.. aku pun tak tau nak buat apa, anak ku hanya suke bersendiri, kadang2 terdengar die menyanyi seorang2, risau juga takut die alami gangguan emosi. Die terlalu naif dan muda untuk memahami semua ini, tapi tak mustahil die tau ape yang bakal die alami bila dewasa kelak..

Jadi, setiap hari aku berdoa ke hadrat Ilahi, agar dosa ku di ampunkan..berbalik pada kisah ayu, sebelum aku mengetahui arwah sudah tiada, aku ada menghubungi sepupu die Kay..kay yang memberitahu aku yang ayu sudah meninggal dunia..kes nya terkena buatan orang..yang aku tak berapa pasti, kay memberitahu ayu telah keguguran bayi akibat tekanan perasaan selepas bertengkar dengar isteri aku.

Selepas itu, ayu kuatkan semangat, pindah kerja dan hidup seperti normal kembali walaupun disudut hatinya masih tertinggal derita yang die tanggung, kay beritahu mujur ayu keguguran bayi, kalau tidak macamana die nak hadapi familynya dan masyarakat..hmmm aku mengucap panjang tanda keinsafan.

Selepas beberapa bulan berlalu, ada jejaka di kampungnya meminang ayu, tapi ayu menolak, ayu jelaskan pada kay, die tak layak menerima pinangan dari jejaka itu kerana kisah hitamnya...
aku terkedu bila mendengar, menitis juga air mata aku kerana aku merasakan akulah manusia paling kejam.

Jejaka tu berang bile ayu menolak pinangannya ..lepas tu hidup ayu terus porak peranda..puas
dibawa berubat, akhirnya ayu menghembuskan nafas terakhir..kay kata ayu terkena santau dari siam..siapa yang buat wallahualam..selepas kay bagitau semua ini, hidup aku makin tertekan..sampaikan aku terfikir aku ni adalah pembunuh dalam senyap, menghancurkan hidup org lain sekaligus..

Mengenai anak ku ini, kejadian hitam yang berlaku keatasnya mungkin kerana kecuaian aku dan isteri juga.Sebelum ni kami hantar anak ke rumah orang untuk mengaji..tetapi selepas hari
raya lepas, aku menghantar anak ku pergi mengaji ke rumah org ni lagi.Pada malam tu hanya
anak ku sorang saja yang hadir pada kelas mengaji. Pelajar lain tidak hadir lagi kerana masih
ada yang belum pulang dari kampung beraya. Masa kejadian itu isterinya kerumah org untuk
beraya..kalau aku periksa dulu dan tau hanya anak ku saja yang hadir sudah pasti aku tak benarkan die pergi mengaji malam tu..tapi kerana nak cepat aku tak sempat nak check .

Aku pun hairan, dalam banyak2 perempuan kenapalah budak sekecil anak ku yang menjadi
mangsa? aku pun tak sanggup nak cerita secara detail lagi, sedih yang teramat..kes ni masih
bawah siasatan, oleh kerana ia melibatkan org berpengaruh dan melibatkan kanak2 bawah
umur, maka kes ni tidak didedahkan atas permintaan isteriku dan pihak yang dituduh..kadang2 aku geram sangat..geram pada lelaki tu..nak saja aku kerjakan die cukup2.. aku ingat nak bertukar kerja dan berpindah ke tempat lain,kerana lambat laun kes ni pasti terbongkar..kalau
penduduk area rumah aku tau..aku tak mau anak ku alami tekanan perasaan sebegitu juga isteri dan anak2 yang lain..

Akhir2 ni aku dan keluarga tidak banyak keluar rumah..hidup kami tidak lagi ceria..tapi alhamdullilah kami suami isteri saling memahami, sentiasa bersolat jemaah sama2, berdoa untuk kesejahteraan hidup kami sekeluarga.. aku masih sebak..malam ni aku dan isteri akan buat solat hajat agar semangat anak ku pulih, aku sedih karena anak ku masih kecil.

Nasihat aku pada ibu bapa, kalau boleh pantau anak2 anda dimana berada,pastikan mereka
selamat, aku maksudkan jangan biarkan anak gadis bersendirian dengan mana2 lelaki, walau
sealim mana pun..ya kadang2 sebagai ibu bapa kite hanya menyerahkan anak kite pada guru
sekolah,guru tuisyen, mengaji, tukang gaji, driver,guard...tapi kite tak pernah pun amik tau
siapa mereka..ada yang ikhlas dan ada juga yang mengambil kesempatan.

Salam..

Harap sama2 kita ambil iktibar dr kesah ini..Menyesal kemudian tak berguna dah..

Wallahualam..
PENGAJARAN BUAT KITA...
9:17 PM | Author: Hamiza

Assalamualaikum wrbth...

Terkedu…!!!! Itu saja satu perkataan yang mengambarkan perasaan aku saat aku mendengar kisah yang diceritakan teman. Aku tidak mampu untuk berkata, marah tak mampu aku zahirkan, tapi sedih yang teramat rasanya..

Kisahnya :

Nini bekerja disebuat pusat asuhan dikawasan elit yang kebanyakkannya didiami orang melayu di X .. pusat asuhan yang menempatkan anak2 golongan bijak pandai dan dah tentunya juga berada. Pusat asuhan yang bagus, system yang teratur, disiplin yang baik. Malah bagusnya majikan Nini menerapkan nilai2 pendidikan Islam sedari kanak2 ini kecil lagi.


Gambar hiasan..

Dari peringkat bayi hinggalah prasekolah, terdapat lebih kurang 50 org semuanya anak2 jagaan mereka. Semua berjalan lancar hinggalah pada satu hari, mereka menerima seorang ahli baru, kanak2 lelaki berusia 4 tahun. Daniel namanya. Kecil tapi teserlah ketampanan wajahnya seiras wajah siayah. Di pusat asuhan itu juga ada seorang budak perempuan berusia lingkungan 3 tahun, Norish yang juga sangat comel dan cantik.


Gambar Hiasan..

Kelihatan dari hari pertama, Daniel sudah mula tertarik untuk berkawan dengan Norish. Kemana Norish kesitulah Daniel mengekori. Apa pun aktiviti yang dilakukan Norish, Daniel pasti akan turut sama.Di dlm pusat asuhan itu, bayi akan diletakkan satu bilik, kanak2 lelaki dan kanak2 perempuan juga akan diletakkan dibilik berasingan. Tiap hari selepas makan tengahari, mereka akan dikerahkan untuk tidur dan tentunya dalam bilik masing2.

Pada satu hari, Nini yang sedang memeriksa setiap bilik bagi memastikan tiada masalah telah terkejut kerana terlihat kelibat Daniel duduk disisi Norish yang sedang tidur sambil mengusap2 wajah nya. Nini segera mendapatkan mereka dan memujuk Daniel untuk pergi kebilik kanak2 lelaki dan tidur.

Esoknya waktu ada aktiviti bermain, Daniel kelihatan begitu rapat dan mesra kepada Norish, dibelainya rambut Norish dan diciumnya pipi Norish. Nini mula rasa pelik. Tapi merasakan itu sekadar biasa untuk kanak2 seusia, yang mungkin menunjukkan sayang, maklumlah kebiasan kita juga mencium kanak2.


Sekadar Hiasan..

Tengahari itu, sama seperti semalam, Daniel sekali lagi ke bilik Norish dan rupanya dia berbaring sebelah Norish dan terlelap sama sambil tangan nya memeluk Norish. Bila Nini kejutkan dia menangis kerana tidak mahu tidur dibilik kanak2 lelaki.
Kebetulan hari itu keluarga Norish lambat datang menjemput. Norish bermain2 dan seperti biasa Daniel adalah peneman yang setia. Kali ini dia agak bertindak luar biasa, memeluk dan membelai Norish. Nini seperti biasa akan menegah dan memisahkan pelukan itu.

Namun hari ini adalah kemuncak kepada apa yang selama ini menjadi tanda tanya kepada Nini..hari itu kebetulan hujan. Tiada aktiviti bermain diluar. Semua kanak2 bermain di dalam bangunan. Tapi tidak kelihatan Daniel mahupun Norish. Puas dicari kelibat mereka diserata bilik tapi tidak ketemu.

Akhirnya Nini separuh pengsan bila dia menolak pintu stor dibelakang dan terlihat Daniel yang berusia 4 tahun itu duduk dipeha Norish dan sedang mencium perut Norish sambil melondehkan seluarnya dan Norish sudah tidak berbaju Cuma yang tinggal seluar dalam!!!

Pantas Nini menjerit dan mengangkat Daniel sambil Norish menangis (mungkin terkejut kerana Nini menjerit, sebab sebelumya dia hanya diam). Norish segera dipakaikan baju dan Daniel juga segera di paksa memakai semula seluarnya.
Di bilik pengetua yang tenang dalam ribut. Daniel ditanya mengapa dia bertindak demikian dan dengarlah jawapannya...

“Papa buat kat mama boleh, kata papa dan mama tu cara kita nak tunjuk kita sayang, kalau kita sayang kita buatlah macam tu”!!!!!!!!!...

Segera keluarga Daniel dipanggil, pada mulanya mereka menafikan cerita Daniel, tapi bila Nini dan pengetua menceritakan perbuatan Daniel kepada Norish.. si ibu terkejut dan mula menangis sambil mengakui sebenarnya ini adalah pusat asuhan yang ke 3 mereka tukar kan Daniel. Tapi kejadian yg sama telah juga terjadi.

Pengetua secara diplomasi menasihatkan mereka dan minta agar anak mereka dirujuk kepada pakar untuk mendapatkan rawatan.Bapa Daniel agak ego dan tidak mahu menerima teguran dan agak sombong dengan mendakwa tidak ada apa silapnya tapi ibu Daniel mengaku bahawa Daniel pernah beberapa kali melihat mereka melakukan hubungan intim.

Pada mulanya mereka agak kekok ,tapi akhirnya merasakan tiada apa yg perlu dirisaukan kerana Daniel masih kecil, tapi rupanya kesan dari tindakkan itu telah merosakkan ‘jiwa’ Daniel. Apatah lagi dgn penjelasan yang salah.

Moral :
sebagai ibubapa, tolonglah!! Usah risau dengan anak yang kurang mendengar kata2 kita kerana mereka lebih terdidik dari apa yang mereka lihat iaitu tingkah laku kita. Dalam islam juga ada garis panduan antara anak dan ibu bapa, batas aurat dan juga waktu bila yang boleh dan tidak anak2 untuk masuk kebilik ibubapa..

Anak2 sekarang bukan macam anak2 dahulu, mereka sangat pantas berfikir dan naluri ingin tahu lebih hebat, selaras dengan kemajuan dunia. Jadi tolonglah agar berhati2 dalam hal2 yang sebegini. Bila ketika dan waktu yang sepatutnya dan tidak sepatutnya mereka ketahui, supaya kisah seperti ini tidak berulang..

Ah jantung ku .. kau bagai ditusuk sembilu..

Wallahualam..