LELAKI SEJATI..
8:48 AM | Author: Hamiza

Bagaimanakah lelaki sejati?


Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia dihormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati di dalam rumah…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada di sebalik itu…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dinikahinya…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan…

Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca…

Sabar itu iman…
Duit bukan kawan…
Dunia hanya pinjaman…
Mati tak berteman…

“Manusia Hawa diciptakan dari rusuk Adam. Bukan dari kepalanya untuk dijunjung, bukan pula dari kakinya untuk dijadikan pengalasnya, tetapi dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya, dekat dengan lengan untuk dilindungi dan juga dekat dengan hatinya untuk Dicintai dan dikasihi serta disayangi.”

WALLAHUALAM...


RAHSIA DARAH..
8:06 AM | Author: Hamiza

Salam..

Rahsia DiSebalik Jenis Darah..
Apakah jenis darah anda? A? B? AB? O?

Adakah anda percaya jika saya katakan bahawa memang ada rahsia disebalik jenis darah anda? Tahukah anda banyak kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa jenis darah dapat memberikan gambaran tentang perangai dan sifat seseorang itu? Berikut ini saya kongsikan dengan anda RAHSIA yang terselindung disebalik jenis-jenis darah.


* JENIS DARAH O...

Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri.

Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan..

Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun.

Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat.

Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri.

Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan.

* JENIS DARAH A...

Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan.

Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda.

Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat.

Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai.

* JENIS DARAH B...

Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan.

Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri.

Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.

Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

* JENIS DARAH AB...

Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini.

Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda.

Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria.

Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu.. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.

Anda percaya? Terpulanglah pada anda untuk menilainya sendiri…

WALLAHUALAM...


JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA....
5:54 PM | Author: Hamiza

Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……

Begitulah juga……

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……

Begitulah juga……

Jika kamu sedang memiliki seseorang….
TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN..
tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat..
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya..
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……


Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……

Begitulah juga……

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU …. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN..
yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA..
itu lebih BERMAKNA !

“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”....


PEREMPUAN LAWA VS PEREMPUAN X LAWA..
5:17 PM | Author: Hamiza

LAWANYA DI HATI...


Kalau perempuan lawa pendiam
Lelaki akan cakap:: woow, ciri-ciri isteri idaman...
kalau perempuan tak lawa pendiam..
Lelaki akan cakap: eh tak reti komunikasi betul...

kalau perempuan lawa berbuat jahat..
Lelaki akan kata: musti ada krisis dalaman
nih...kesian..
kalau perempuan tak lawa berbuat jahat..
Lelaki akan cakap: dah la tak lawa, perangai pulak
huduh...

kalau perempuan lawa menolong Lelaki yg diganggu..
Lelaki akan cakap: heroin sejati...!
kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang diganggu..
Lelaki akan kata: taktik nak ngorat le tu..

kalau perempuan lawa dapat Lelaki hensem..
Lelaki akan kata: ok gak la....
kalau perempuan tak lawa dapat Lelaki hensem..
Lelaki akan kata: kesian..mesti kena bomoh lelaki tuh!

kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu betul mamat tu....
kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih..
Lelaki akan kata:...patut pun kena reject...

kalau perempuan lawa penyayang binatang..
Lelaki akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang..
kalau perempuan tak lawa penyayang binatang..
Lelaki akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

kalau perempuan lawa bawa BMW..
Lelaki akan cakap: ntah dato' mana bela nih....
kalau perempuan tak lawa bawa BMW..
Lelaki akan cakap: musti anak org kaya nih.....

kalau perempuan lawa tak mau bergambar
Lelaki akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya
tersebar..
kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar ..
Lelaki akan kata: sedar pun diri...

kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki..
Lelaki akan cakap: caring sungguh....

kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas lelaki..
Lelaki akan cakap: nak tunjuk caring le tu....

kalau perempuan lawa bersedih hati..
Lelaki akan cakap: dont worry..i will make u happy forever..
kalau perempuan tak lawa bersedih hati Lelaki akan kata: sikit2 nak nangis!! mengada2...

kalau perempuan lawa masak..
Lelaki akan kata: dah la lawa, pandai masak pulak tu...
kalau perempuan tak lawa masak..
Lelaki akan cakap: ntah sedap ke tak????

kalau perempuan lawa main2 miss call..
Lelaki akan kata: takpe...
kalau perempuan tak lawa main2 miss call..
Lelaki akan cakap: ko ni takde keja lain ke... sibuk ni tau.

kalau perempuan lawa hantar2 email
Lelaki akan kata: sukenya....
kalau perempuan tak lawa hantar2 email
Lelaki akan cakap: balik2 email dia...boring

Hehehe...betul kerr



OTAK SEORANG MAT REMPIT...
6:37 AM | Author: Hamiza

Pada suatu hari, seorang mat rempit yang aktif dalam perlumbaan haram telah mendapat habuannya. Kemalangan itu begitu ngeri hingga sebatang besi telah tercucuk di kepalanya. Menurut doktor, jika besi itu tidak mengenai otak, pelajar itu mempunyai harapan untuk diselamatkan.

Mendengar penjelasan doktor itu, bapa berkenaan berkata: "Dia akan selamat kerana besi itu pasti tidak dapat mengenai otaknya."

Doktor yang kagum dengan keyakinan si bapa ini terus bertanya: "Bagaimana pak cik boleh begitu yakin, hingga perkataan isya'Allah pun pak cik tak sebut?" .

Sampuk si bapa: "Masakan besi itu boleh mengenai otaknya kerana dia memang TAK ADA OTAK, kalau dia ada otak, tentu dia tak buat kerja gila lagi merbahaya ini, buat abis duit aku jer anto belajor!".

tunggang dengan cermat...ingat yang tersayang...


RENUNGAN..
9:32 PM | Author: Hamiza

Fikirkan bersama..

> Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1) Ayahnya

> Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2.) Suaminya

> Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki ygbukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.

(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana.)

3) Abang-abangnya

> Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga

maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara

lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaranIslam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4) Anak2 lelakinya

> Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu juga insan biasa... x lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)

> Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T;

"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."

WALLAHUALAM....


UNTUK RENUNGAN BERSAMA...
9:06 PM | Author: Hamiza

Untuk renungan bersama....

> Kurma/ Kismis / Madu....

Sabda Rasulullah s.a.w "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

> Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.

> Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Puan janganlah risau kerana takut diserang kencing manis.Apa yang harus puan buat, makanan manis2 yang lain puan jauhkanlah.

> Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

1) KURMA

> Nabi Muhammad SAW bersabda: "Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat". Nabi Muhammad SAW bersabda: "Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)".

> Abu Abdillah a.s. bersabda: "Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir".

>Abu Abdillah a.s. bersabda: "Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan".

> Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati".

2) KISMIS

> Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

> Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

> Imam Ali a.s. bersabda: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

> Imam Ali a.s. bersabda: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa".

> Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa".

3) MADU

> Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur'an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

> Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu".

> Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sebaik-baik minuman ialah madu karena dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada".

> Nabi Muhammad SAW bersabda: "Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai obat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi".

> Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: "Madu adalah obat dari segala penyakit,tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati".

> Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda:"Rasulullah s.a.w sangat menyenangi madu".

> Dari Imam Ja'far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: "Biasakanlah dirimu memperoleh dua obat yaitu meminum madu dan membaca Al-Quran".

WALLAHUALAM...



HUKUM ISTERI MELETERI SUAMI...
7:34 PM | Author: Hamiza

Assalamualaikum

Hukum Isteri Meleteri Suami ......

" Abang ni balik je kerja, tak nak langsung tolong saya siapkan kerja
rumah. Baca suratkhabar, menghadap TV, itu jelah yang awak tahu. Kitakan
sama-sama bekerja bang. Saya pun penat macam abang juga.Sekurang- kurangnya
buatlah air kopi sendiri, bukannya susah pun. Tukarkan lampin anak ke,
ringan sikit kerja saya ni. Nak masak lagi. Abang juga yang nak makan
nanti... pot.. pet.. pot.. pet..... " leter Ina kepada suaminya sejurus
kembali dari pejabat masing-masing.

Kalaulah Ina tahu, betapa besar hukuman serta dosanya meleteri suami
sendiri,sudah tentu dia tidak akan mengulangi perbuatannya itu. Lebih-lebih
lagi, sekiranya Intan menghayati ganjaran pahala yang tidak ternilai kerana
berbakti kepada suaminya. Dia tidak akan merasa susah mahupunpenat dalam
melaksanakan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu.

Dewasa ini boleh dikatakan fenomena isteri meleteri suami atau dalam kata
lain tidak menghormati suami. Bagaikan sudah menjadi satu perkara lumrah
bagi kebanyakkan pasangan, tanpa sedikitpun merasa bersalah melayani mereka
seperti adik lelaki sahaja lagaknya.

Apa yang lebih mendukacitakan, apabila ada di kalangan isteri yang
menyifatkan menjaga peribadinya dengan bersikap sopan terhadap suami
sebagai ketinggalan zaman.

Keadaan ini juga akan menjadi model yang tidak baik kepada anak-anak yang
mungkin diwarisi dari satu generasi ke satu generasi lain sehingga akhirnya
menjadi satu budaya yang negatif.

Banyak nas al-Quran, terutamanya hadis Nabi yang membincangkan tentang
kewajipan isteri mentaati suami, selagi tidak diminta melakukan perbuatan
maksiat.

Sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: " Jika sekiranya aku berhak
menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain, nescaya aku
menyuruh para isteri sujud kepada suaminya. " Hadis tersebut menerangkan
betapa kepatuhan isteri terhadap suami amat diutamakan demi kebaikan
sesebuah institusi keluarga, sesuai kedudukannya sebagai pemimpin rumah
tangga.

Demikian juga halnya ketika junjungan besar Nabi Muhammad s. a. w. mikraj
kelangit. Baginda telah dipersaksikan dengan neraka dan penghuninya yang
kebanyakkannya terdiri daripada kaum wanita.

Ali Karramallahu Wajhah berkata: " Aku masuk ke rumah Nabi beserta
Fatimah,aku mendapati baginda sedang menangis tersedu-sedan ." Aku
bertanya, " Ya Rasulullah, apa yang! membuat anda menangis? "

Baginda menjawab, " Ya Ali, pada malam aku diangkat ke langit, aku melihat
kaum perempuan daripada umat ku disiksa di neraka dengan bermacam-macam
seksaan. Lalu aku menangis kerana begitu berat seksaan mereka yang aku
lihat. "

MENGHERDIK

Baginda antara lain melihat perempuan yang digantungkan dengan lidahnya,
sedangkan air panas dituangkan ke dalam tenggoroknya kerana ia telah
menyakiti dan menyumpah-nyumpah suaminya.

Ada isteri yang tergamak bercakap kasar malah mengherdik suaminya kerana
tidak mendapat apa yang diminta seperti barang kemas, perabot rumah berupa
set sofa dan TV rata 29 inci yang menjadi trend semasa.

Lebih buruk lagi perangai si isteri apabila membanding-bandingkan suami
dengan jiran tetangga yang mampu menyediakan barangan terbabit, sekali gus
dilabelkan sebagai suami mithali. Bukan tidak boleh sama sekali meminta
sesuatu daripada suami tetapi janganlah menggesa mereka menuruti kemahuan
anda sehingga membebankan dirinya.

Sebaliknya, isteri patut bersyukur kerana berpeluang meraih keredhaan
Allah.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda, " Sesungguhnya Allah tidak memandang
kepada seorang isteri yang tidak bersyukur kepada suaminya. "

Hal ini biasa terjadi kepada suami yang miskin, manakala isterinya pula
tergolong dalam orang-orang berada, yang suka mengungkit-ungkit mengenai
hartanya, apatah lagi yang telah dinafkahkan kepada suaminya.

Mungkin ia agak sukar untuk dipenuhi apatah lagi bagi isteri yang
bekerja,namun percayalah, ia bukan sahaja akan menjadi perkara biasa tetapi
juga ringan dan lancar, jika kita menganggapnya sebagai ibadah dan juga satu
jihad.

Marilah kita sama-sama merenungi kisah anakanda kesayangan Nabi Muhammad s.
a.w. iaitu Fatimah Az-Zahra yang melaksanakan rutin hariannya sebagai
seorang suri rumah tangga secara sendirian tanpa pembantu. Fatimah pada
suatu hari telah meminta suaminya, Ali pergi menemui Rasulullah s. a. w.
dan meminta jasa baik baginda untuk menyerahkan seorang wanita tawanan
perang sebagai pembantu rumah.

Rasulullah bagaimanapun tidak dapat memperkenankan permintaan puterinya
kerana semua harta rampasan perang termasuk wanita-wanita itu bukan menjadi
milik baginda, tetapi milik negara Islam dan kaum Muslimin seluruhnya.

Baginda tidak dapat memberikan sesuatu yang bukan menjadi miliknya.

Permintaan Fatimah itu membimbangkan baginda, bukan kerana tugas berat yang
sedang dipikul oleh puterinya itu tetapi disebabkan oleh bayangan keluh
kesah seorang isteri yang tertekan akibat tugas-tugas yang perlu
dibereskannya.

Pada sebelah malamnya, baginda telah mengunjungi rumah Fatimah dan
menyatakan kepadanya: " Apakah kamu berdua (Fatimah dan Ali) suka kepada
satu pemberian yang akan ku berikan ini, sedangkan ia lebih baik daripada
apa yang kamu minta siang hari tadi? "

Fatimah amat sukacita mendengarkan tawaran tersebut sekalipun dia tidak
mengetahui apa bentuknya. Rasulullah menyatakan kepada Fatimah bahawa
hendaklah dia membaca Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar,
masing-masing sebanyak 33 kali setiap kali sebelum tidurnya.

Semenjak itu, wirid yang diajarkan oleh Rasulullah telah menjadi amalan
anak dan menantunya. Hasilnya, Fatimah mendapati dia tidak lagi menjadi
keluh kesah dalam menghadapi apa jua kerja-kerja sehariannya yang berat,
malah merasa cukup bahagia melakukannya.

Baginya, segala tugasan yang disempurnakannya sebagai seorang suri rumah
merupakan satu amalan yang solehah. Dengan taufik Allah, sesungguhnya
walau seberat mana sekalipun tugasan yang menanti di rumah, tidak akan
memenatkan selagi steri tidak meletakkan dirinya seolah-olah sama taraf
dengan suami, walau setinggi mana sekalipun darjatnya.

Kepada para suami, kita sama-sama maklum, dalam zaman moden yang serba
mencabar ini terutamanya di bandar-bandar besar, kita tidak dapat mengelak
kos sara hidup yang tinggi sekaligus memerlukan kedua-dua suami isteri
keluar bekerja.

Si isteri telah melakukan pengorbanan mencari rezeki tambahan untuk menyara
keluarga yang sepatutnya menjadi tanggungjawab suami. Jadi sudi apalah
kiranya sang suami bersama-sama meringankan tugas si isteri seadanya.
Bukankah Rasulullah s. a. w. telah berpesan supaya para suami berbuat baik
kepada isteri mereka.Jikalau isteri taat kepada kalian, janganlah pula
menyusahkan mereka.

Nabi Muhammad s. a. w. bersabda yang ertinya: " Orang-orang yang
terbaik daripada kamu sekalian adalah yang lebih baik dalam mempergauli
keluarganya dan saya adalah yang terbaik dalam mempergauli keluargaku. "

Bagi kaum wanita & lelaki yg sudah berumah-tangga, marilah kita sama-sama
belajar saling tolong-menolong meringankan beban pasangan kita.

Semoga kisah tadi membawa menfaat bagi kita semua... insya'Allah. .

SIKAP ISTERI tidak menghormati SUAMI adalah GEJALA SOSIAL MUSLIM sekarang.
Ia dilakukan kerana berfikir bahawa SUAMI mesti buat seperti ISTERI dalam
RUMAHTANGGA.

TABIAT-ISTERI suka meleteri suami dan TABIAT-SUAMI yang suka meletakkan
semua tanggungjawab rumahtangga ke atas bahu isteri semata-mata; mestilah
dihentikan, demi mendidik MENTAL ZURIAT kita ke suatu BUDAYA IBADAT.

WASSALAM..


KENANGAN DIZAMAN RASULULLAH S.A.W...
7:19 PM | Author: Hamiza


Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata,

"Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"
Maka berkata orang muda itu,"Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.. "

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikuti orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W..T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula.

Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?" Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mau mengerjakan shalat."

Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan bangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Dizaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka coba membunuh ular itu.

Apabila mereka coba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammad Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku?
Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyiksanya sehingga sampai hari kiamat."

Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?"

Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, diantaranya
1. Apabila dia mendengar azan dia tidak mau datang untuk sembahyang berjamaah.
2.. Dia tidak mau keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mau mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya.
Karena sesungguhnya ilmu yang bermanfaat itu akan abadi jika diamalkan dan sesungguhnya yang mengamalkannya itu tidak akan pernah kekurangan ilmu..

Allah Maha Melihat.

Dalam sepotong ayat dan hadis ada menerangkan:

"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong." (An-Nahl ayat 105)

"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)

-Berpesan-pesan sesama insan-

WALLAHUALAM..
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia?

Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah, pun tidaklah setabah Fatimah.

Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita- cita menjadi solehah....

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama.

Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya.
Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya.
Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya.
Isteri adalah murid kamu mursyidnya.
Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya.

Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya.
Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya.
Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.

Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa.

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana.

Justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w.
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah.
Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin..!


Untuk isteri.... renungkanlah. ....

Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia?

Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw.
Tidaklah setaqwa Ibrahim.
Pun tidak setabah Ayyub
Atau pun segagah Musa ... apalagi setampan Yusuf.

Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangunkan keturunan yang soleh..

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama

Suami menjadi pelindung kamu penghuninya.
Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya.
Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya.
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya.
Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya.
Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya.

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa. Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah s.w.t. kerana memiliki suami yang tak segagah mana.

Justeru kamu akan tersentak dari alpa.

Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna dalam menjaga.
Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara .
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin!

Justeru itu wahai para suami dan isteri,

Jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya. Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semuliaRasulullah? Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha? Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman DAN Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.

WALLAHUALAM..








UTK RENUNGAN BERSAMA..
5:58 PM | Author: Hamiza
UNTUK RENUNGAN BERSAMA

UNTUK AMALAN KITA BERSAMA SUPAYA KITA SAMA-SAMA MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT - "Au zubilla himinashsyaitan nirrajim ... Bismillahirrahmannirrahim" Tafsirannya : Aku berlindung dengan ALLAH daripada syaitan yang direjam, dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat:
Qulhuwallahuahad. Allahussamad. Lam yalid walam yu-lad. walam yakul lahu kufuwanahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca Bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Jangan tinggalkan solat kerana dengan bersolat, salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur.

Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap diakhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada sahabatnya : Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Umar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengkhatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka :

Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan. Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi ALLAH yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahad itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Nota: Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

1) Sedekah/amal jariahnya

2) Doa anak-anaknya yang soleh

3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya

WASSALAM..


PERINGATAN BERSAMA..
5:50 PM | Author: Hamiza
MESTI DIJAUHI !

Pada hampir semua bidang kehidupan, baik aqidah, ibadah, kemasyarakatan, budaya, sosial, politik dan yang lain dalam masyarakat yang lelaki juga wanita.

Kita temui bermacam penyakit yang luar biasa. Diantara penyakit yang terjadi pada seperti berikut :

Tidak sopan pada kedua orang tua, tidak berbakti kepada keduanya, misalnya berani mengangkat suara di hadapan keduanya, mengherdik dan tidak mentaati keduanya.

Penderhakaan ini sangat banyak dilakukan oleh para wanita di zaman ini, tidak hanya dilakukan oleh orang awam saja, namun juga para penuntut ilmu. Padahal ALLAH berfirman, maksudnya : "Maka janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan 'AH !'..."

Bila berkumpul di majlis-majlis wanita, misalnya berbicara tentang ALLAH tanpa ilmu, berdusta, membicarakan keburukan orang lain, mengumpat, meleceh dan lainnya. Bagi yang terakhir ini seakan jadi hal umum yang dilakukan di majlis kaum wanita (lihat pembahasan tentang lidah dan bahayanya).

Meninggalkan amar ma'ruf & nahi mungkar serta dakwah di kalangan kaum wanita. Mungkin kerana malu atau takut pada mereka.
"dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan sebahagian mereka adalah penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh mengerjakan yang makruf dan mencegah dari yang mungkar, mendirikan solat, menunaikan zakat dan mereka taat kepada ALLAH dan Rasulnya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh ALLAH sesungguhnya ALLAH Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.( At- Taubah : 71).

Tidak menundukkan / memalingkan pandangan ketika melihat lelaki yang bukan mahramnya seolah-olah perintah untuk memalingkan pandangan hanya berlaku untuk lelaki sahaja, tidak untuk wanita. Firman Allah :

"katakanlah kepada wanita yang beriman hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya" (An-Nur: 31).

Seorang wanita melihat wanita lain kemudian menceritakannya dengan ‘detail’ kepada salah seorang kerabatnya seolah-olah dia melihatnya secara langsung se’detail’nya, padahal tidak ada tujuan-tujuan syarie yang dibolehkan agama seperti untuk nikah misalnya.

"janganlah seorang wanita berkumpul dengan wanita lain kemudian menceritakan pada suaminya seolah-olah dia (suami) melihatnya keseluruhannya" (Mutafaqun alaih).

Meniru penampilan lelaki, baik dalam hal pakaian , gerakan, cara berjalan atau gaya bicaranya. Rasulullah saw, bersabda :

"ALLAH melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan melaknat wanita yang memakai pakaian lelaki".

beliau juga bersabda :

"ALLAH melaknat orang-orang yang meniru lelaki dari kaum wanita" (HR. Abu Dawud).

WALLAHUALAM..


12 NASIHAT UTK WANITA....
5:36 PM | Author: Hamiza
12 NASIHAT UNTUK WANITA

Nasihat adalah sebuah kejernihan yang sewajarnya hadir dalam kehidupan masyarakat Islam. Terkhusus bagi wanita muslimah yang hidup di zaman ini. Sentuhan nasihat adalah penyejuk yang menyegarkan langkah dalam menuju redha Yang Maha Rahmah, Allah Tabaraka Ta'ala.

1)Wanita muslimah yakin bahawa ALLAH adalah Tuhannya, Muhammad adalah nabinya dan Islam adalah agamanya, dan menampakkan jejak keimanan dalam perkataan, amalan dan keyakinan. Maka ia pasti selalu menjauhi murka ALLAH, takut akan pedihnya azab ALLAH dan balasan akibat menidakkan perintah-Nya.

2)Wanita muslimah selalu menjaga solat-solat wajibnya, berwudhu, menjaga kekhusyukan dan ketepatan waktu melaksanakan solat. Janganlah menyibukkan diri dengan aktiviti yang lain ketika datang waktu solat. Meninggalkan hal-hal yang tidak bermanfaat. Ia akan meletakkan atsar (keberkesanan) solatnya dalam kehidupan, kerana sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar, solat adalah penjaga terbesar dari kemaksiatan.

3)Wanita muslimah selalu menjaga hijabnya (memakai jilbab) merasa mulia dengan hal tersebut dan dia tidak keluar dari rumah kecuali dalam keadaan berjilbab, dengan jilbab tersebut bertujuan agar ALLAH menjaganya. Ia pun bersyukur kepada ALLAH yang telah memuliakan, menjaga dan mengehendaki terjaganya kesuciannya dengan jilbab. "Wahai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu anak-anakmu dan wanita beriman agar mereka mengenakan jilbab-jilbab mereka". (al ahzaab: 59).

4)Wanita muslimah selalu mentaati suaminya, bersikap lembut, cinta, mengajak kepada perkara kebaikan, menasihati dan menghibur suaminya. Ia tidak mengeraskan suara dan kasar dalam berbicara kepada suaminya. Rasulullah s.a.w. bersabda : “Apabila seorang wanita menjaga solat lima waktunya, berpuasa di bulan ramadhan, menjaga kehormatannya, dan mentaati suaminya nescaya ia akan masuk syurga” (Hadis Sahih jami').

5)Wanita muslimah sentiasa mendidik putera-puterinya untuk taat kepada ALLAH, mengajarnya dengan aqidah yang benar, menanamkan kecintaan kepada ALLAH dan Rasul-Nya serta menjauhi maksiat dan akhlaq yang buruk, firman ALLAH : “wahai orang-orang yang beriman jagalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka” (At tahrim: 6).

6)Wanita muslimah tidak berdua-duaan dengan lelaki yang bukan mahramnya. Sabda Rasulullah : “Barangsiapa wanita yang berdua-duaan dengan lelaki, maka syaitan adalah yang ketiganya”.

7)Wanita muslimah tidak akan pergi jauh kecuali untuk keperluan yang tidak boleh ditinggalkan dan disertai mahram dengan berjilbab.

8)Wanita muslimah tidak menampilkan diri atau berdandan seperti kaum lelaki. Sabda Rasulullah : “ALLAH melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki” (Hadis sahih).

9)Wanita muslimah juga tidak meniru tatacara orang-orang kafir dalam kekhususan dan kebiasaan mereka, "Barang siapa yang bertasyabuh (menyerupai) suatu kaum, maka ia termasuk golongan kaum tersebut" (hadis sahih).

10)Wanita muslimah adalah da'iyah (orang yang berdakwah) dibarisan kaum wanita dengan menggunakan perkataan yang baik melalui jalan menziarahi tetangganya, menyambung persaudaraan, melalui telefon, memberikan buku-buku dan kaset-kaset Islam. Ia pun beramal dengan apa yang ia ucapkan dan bersemangat dalam menghindarkan diri dari azab ALLAH : “Kalau ALLAH menghidayahi seseorang melalui perantara kamu maka hal tersebut lebih baik bagimu dari pada binatang ternak yang merah (harta dunia yang banyak)” (HR. Bukhari dan Muslim).

11)Wanita muslimah menjaga hatinya dari kerancuan dan hawa nafsu , menjaga pandangannya dari pandangan-pandangan yang haram, menjaga telinganya dari hal-hal yang melalaikan dari zikrullah, ini semua yang dinamakan dengan taqwa. “Malulah terhadap ALLAH dengan sebenar-benarnya, barang siapa yang malu dengan sebenar-benarnya maka jagalah kepalanya dan apa yang ada didalamnya, dan jagalah perutnya serta yang ada didalamnya, ingatlah kematian dan musibah, barang siapa yang menghendaki akhirat hendaknya ia meninggalkan (tidak cinta) perhiasan-perhiasan dunia, barang siapa berbuat demikian nescaya sikap malunya kepada ALLAH adalah benar” (Hadis Sahih Jami').

12)Wanita muslimah tidak mensia-siakan waktu siang mahupun malamnya untuk perbuatan yang tidak ada gunanya, atau melewatkan masa mudanya hilang dengan percuma : “Tinggalkanlah mereka yang menjadikan agamanya sebagai permainan dan kesia-siaan” (Al An'am: 70). ALLAH berfirman tentang orang yang mensia-siakan umurnya : “Alangkah ruginya diri kami dari apa yang telah kami tinggakkan” (Al An'am: 31).

Wahai wanita muslimah, laksanakanlah nasihat-nasihat ini nescaya engkau akan berjaya di dunia dan di akhirat.

WALLAHUALAM...


WASIAT RASULULLAH S.A.W....
4:59 AM | Author: Hamiza
WASIAT RASULULLAH s.a.w KEPADA SAIYIDINA ALI k.w.

IBNU ABBAS r.a meriwayatkan bahawa Ali Abu Talib berkata : "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah, Rasulullah SAW bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:"

1)Hai Ali , takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barangsiapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat dijari telunjuk dan dijari tengah.

2)Hai Ali, janganlah engkau memakai cincin dijari telunjuk dan dijari tengah. Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.

3)Hai Ali, sesungguhnya ALLAH mengkagumi hambanya yang melafazkan istighfar; "Rabighfirli Fainnahu Layaghfiruz-zunuba illa Anta"( Tuhanku ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan engkau). ALLAH lalu berfirman ,"Hai malaikat Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Ku. Hai malaikat-Ku ,jadilah saksi bahawasanya Aku telah mengampunkan dia".

4)Hai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sodiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidiq (benar) itu berkat dan kazzab (dusta) itu celaka.

5)Hai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya siksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.

6)Hai Ali, Janganlah engkau bersumpah dengan nama ALLAH, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan dharurah, dan janganlah jadikan ALLAH permainan sumpah engkau, Sesungguhnya ALLAH tidak mensucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.

7)Hai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya ALLAH Taala mendatangkan rezeki engkau setiap hari.

8)Hai Ali, Takutilah engkau daripada berbantah bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan sumpah seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.

9)Hai Ali, senantiasalah engkau bersugi dan mencolek gigi. Bahawasanya bersugi itu mensucikan mulut, mencerahkan mata dan diredhai ALLAH, manakala mencolek gigi itu dikasihi oleh malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak dicolek selepas makan.

10)Hai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah. Apabila timbul rasa marah duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran ALLAH Taala keatas hamba-Nya. Pertahankanlah diri engkau daripada dikuasai oleh kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.

11)Hai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurnia Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau perolehi peruntukan daripada ALLAH.

12)Hai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau , maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau , yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.

13)Hai Ali, perbaikilah perhubungan diantara penduduk (jiran) sekampung dan diantara ahli rumahmu. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.

14)Hai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan perolehi kemenangan dan kelepasan. Insya Allah.

WASSALAM..


WUDUK ZAHIR DAN BATIN...
4:44 AM | Author: Hamiza
Wudhuk zahir dan batin

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang ‘abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimnakah caranya tuan solat?"

Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin." Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? "

Hatim berkata, "Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dgn air".

Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dgn tujuh perkara :-

• Bertaubat

• Menyesali dosa yg telah dlakukan

• Tidak tergila-gilakan dunia

• Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')

• Tinggalkan sifat berbangga

• Tinggalkan sifat khianat dan menipu

• Meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dgn penuh kewaspadaan dan aku rasakan aku sedang berhadapan dgn Allah, Syurga di sebelah kananku,

Neraka di sebelah kiriku, Malaikat Maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula
aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan m'anggap bahawa
solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dn bertakbir dgn
baik."

"Setiap bacaan dn doa di dalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan
sujud dgn tawadhuk, aku bertasyahud dgn penuh pengharapan dan aku memberi salam dgn
ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 thn."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yg kurang baik bila dibandingkan dgn Hatim.

Utk manafaat kita bersama.

WALLAHUALAM..
NIAT WUDUK...
4:34 AM | Author: Hamiza
UTK AMALAN BERSAMA..

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa
mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah putihkanlah
mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,
berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,
janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunglah
daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,
ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah,
permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,
Bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan
tempat-tempat maksiat".

Penjelasannya:

1. Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah

2. Ahli syurga mukanya putih berseri-seri

3. Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan

4. Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri

5. Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala

6. Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll

7. Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali

8. Qada' dan Qadar kita di tangan Allah

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang
dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.

WALLAHUALAM..
MENGAPA KITA SUJUD..
8:42 PM | Author: Hamiza
Mengapa Kita Sujud

Hikmah sujud antara lain ialah:

a.) Melegakan sistem pernafasan (rilieved congestion for breathing).
b.) Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud akan:
a) Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya
b) Membetulkan pundi peranakkan yang jatuh(prolapsed uterus/fallen band womb)
c) Melegakan sakit hernia.
d) Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
e) Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan(high parts of the lungs)
f) Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @ SPLEEN (limpa)
g) Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.
h) Meringankan bahagian PELVIS.
i) Memberi dorongan untuk mudah tidur
j) Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut,punggung ketika akan sujud dan bangun darinya.
k) Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik, secara otomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik (smooth blood circulation).
l) Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.
m) Mengurangkan kegemukkan (obesity).
n) Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit bergelombang perut (convulsions).
o) Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
p) Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima tekanan darah ke otak secara kuat dan mengejut, terhindarlah penyakit seperti
APOPLEXIA RUPTURE OF BLOOD VESSELS DAN ARTEIOSECLEROSIS OF CEREBRUM.

Kesan psikologi adalah dengan merasa rendah diri di hadapan Pencipta, sifat sombong, riak, takabur dapat dikikiskan.

WALLAHUALAM..
RENUNGAN...
2:24 AM | Author: Hamiza
Untuk renungan bersama…

Assalamualaikum wbt, Segala puji bagi Allah ,Tuhan yang menciptakan kita dari Air yang hina Sehingga menjadi bayi seterusnya menjadi manuasia. Tetapi apabila dewasa atau matang kenapa kita melawan segala Suruhan Nya .Adakah kita Tidak mengenang Budi ,Allah yang menciptakan dan dengan Rezeki yang kita dapat setiap hari dan menberikan udara utk kita bernafas setiap hari tidakkah kita berfikir atau bersyukur dengan segala anugerahNya. Jadi di kesempatan ini saya sebarkan Makna bacaan solat yang kita baca setiap hari…………… untuk dijadikan renungan dan ikibar yang boleh diamalkan .

Allah Maha Besar....

Doa Iftitah...
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah...
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk...
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk...
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal...
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud...
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud...
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal...
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir...
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut...
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-apa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

"wahai tuhan ku,aku tak layak utk kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. ..kami lah hamba yang mengharap belas kasihan darimu ."ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

WASSALAM..
TIGA CAHAYA DI HARI KIAMAT...
5:53 PM | Author: Hamiza
Hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :

* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini ? Lalu dijawab :

"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.
"Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.
"Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi.
"Kala Jengking Neraka Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking.Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat.Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang.

"Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
"Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
"Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
"Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
"Kelima, orang yang suka minum arak.

"Simpanlah baik2 amanat ini dan sebagai peringatan kita setiap hari.Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah..

"Dalam sepotong ayat dan hadis ada menerangkan:"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah dan merekalah pembohong-pembohong." (An-Nahl ayat 105)"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair..)-Berpesan-pesan sesama insan-

WALLAHUALAM..
.
RENUNGAN BERSAMA...
9:37 PM | Author: Hamiza
Utusan kematian

Dalam kitab Zahrir Riyadh, diceritakan bahawa Nabi Yaakub alaihissalam bersahabat dengan Malaikat Maut.
Suatu hari Yaakub dikunjungi Malaikat Maut. Dia bertanya kepada Malaikat Maut, “Adakah engkau datang untuk menziarahi atau mencabut nyawaku?”

Kata Malaikat Maut, “Untuk berziarah saja.”

Kata Yaakub, “Aku ada permintaan. Apabila ajalku telah dekat dan engkau hendak mencabut nyawaku, hendaklah engkau beritahu aku terlebih dahulu.”

Jawab Malaikat Maut, “Baiklah, aku akan utus dua atau tiga utusan.”

Ketika ajal Yaakub semakin hampir, Malaikat Maut datang kepadanya, lalu ditegur Yaakub, “Adakah engkau datang utnuk berziarah atau mencabut nyawaku?”“

Aku datang untuk mencabut nyawamu!” balas Malaikat Maut.Yaakub kehairanan dan bertanya, “Bukankah engkau sudah berjanji akan menghantar dua atau tiga utusan terlebih dahulu?”

Malaikat Maut menjawab, “Benar dan aku telah melakukannya. Rambut hitam berubah putih, tubuh kuat berubah lemah, itu adalah utusanku kepada manusia sebelum mereka mati, wahai Yaakub.”

Firman Allah SWT :[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

WALLAHUALAM..
MOTIVASI DIRI...
9:17 PM | Author: Hamiza
RAHSIA ATASI PENYAKIT MALU....

"Malu adalah sebahagian dari iman" malu yang dimaksudkan pada kata-kata ini adalah malu kepada Allah untuk melakukan perbuatan yang melangar perintah Allah.

Isu yang hendak diperkatakan pada artikel kali ini ialah malu yang terbit dari perasaan rendah diri dan kurang berkemampuan dalam melakukan sesuatu perkara yang ingin dilakukan. Sebagai contoh malu untuk berhadapan dengan orang ramai, malu untuk bercakap dan pelbagai perasaan malu yang menyebabkan banyak peluang disia-siakan akibat perasaan malu. Penyakit malu ini dapat di atasi dengan pelbagai cara.

Anda mesti TRANSFORMASI DIRI ANDA

1)Tingkatkan rasa penghargaan kendiri.
Iaitu dengan cara menerima diri tanpa syarat. Kita dapat menerima diri kita terutamanya keadaan fizikal yang sedia ada dengan reda dan kita patut bersyukur atas kejadian fizikal kita yang nengandungi hikmah yang nikmatnya tidak terhitung banyaknya. Dengan cara ini kita akan mula menyayangi, menerima dan menghormati diri kita.

2)Harga diri juga dapat ditingkatkan melalui cara penampilan diri kita iaitu cara kita berpakaian. Imej pakaian anda menjadikan anda begitu teruja dan akan mengikiskan rasa malu kerana penampilan berpakaian yang akibatkan kita rasa rendah diri. Belajarlah cara berpakaian mengikut situasi tertentu supaya anda kelihatan menarik dan anggun. Dengan cara ini anda tidak akan malu dengan penampilan diri yang baru.

3)Jika anda malu untuk berkomunikasi maka anda hanya perlu belajar cara yang betul untuk meningkatkan kelancaran pertuturan dan mesej penyampaian anda secara verbal dan non verbal iaitu lisan dan bukan lisan. Bukan lisan adalah seperti nada suara, mimik muka, gerakan tangan, kaki , bahu dan badan anda serta jarak yang sesuai. Penyampaian mesej yang berkesan akan meningkatkan penampilan diri anda . Mereka akan kagumi anda dan seterusnya keyakinan baru ini meningkatkan rasa percaya diri yang dapat menghilangkan rasa malu.

4)Hentikan mengkritik diri anda secara negatif. Kritikan perlu dibuat sebagai panduan untuk membina kredibiliti anda. Sebagai contoh anda mengkritik diri anda sukar untuk mudah mesra , maka anda perlu bertanya pada suara hati anda bagaimanakah caranya saya dapat meningkatkannya. Apa sahaja bicara diri yang menidakkan kebolehan anda maka anda perlu bertanya dan terus bertanya supaya anda dapat meningkatkannya.

5)Jaga setiap kata-kata bicara negatif sama ada dari diri anda atau pun bicara luaran yang menidakkan kebolehan anda. Setiap kali berlaku penafian kebolehan anda maka apa yang perlu dilakukan adalah berikan cabaran pada diri anda ialah ucapkan terima kasih dan mulai perbaiki dan tingkatkan diri anda pada mana-mana kelemahan yang ada. Cari cara-cara bagaimana anda dapat meningkatkan diri anda dan seterusnya laksanakan program tersebut.

6)Iktirafkan segala pencapaian anda walau sekecil manapun. Ulangi ucapan kata-kata pujian dan syukur pada Allah atas pencapaian kejayaan anda. Sebutkan selalu sehingga melekat di sanubari anda.

7)Bicara diri positif dapat meningkatkan rasa percaya diri bagi mengikis rasa malu.Katakan pada diri anda secara berulang-ulang apabila ada sesuatu perkara yang ingin anda lakukan bahawa anda pasti dan mesti melakukan.

8)Bergaul selalu dengan orang-orang berjaya bukan untuk dibuat perbandingan yang boleh menjadikan anda semakin malu tetapi belajar dan perhatikan personaliti orang berjaya sebagai panduan kepada anda membina rasa hebat diri.

9)Raptai mental perlu dilakukan supaya anda sentisa dapat 'melihat' diri anda yang hebat dan dikagumi oleh orang sekeliling. Buat latihan berulang kali pada setiap perkara yang anda ingin lakukan . 'Lihat' dulu peristiwaa tersebut sebagaimana yang anda inginkan supaya anda dapat melakukan yang terbaik apabila situasi itu anda lakukan nanti.

10)Berikan cabaran pada diri anda untuk melakukan perkara yang anda takut kerana inilah cara terbaik untuk anda atasi rasa malu. Pengalaman-pengalaman hebat yang anda lalui akan dapat membina rasa percaya diri bagi atasi rasa malu.

11)Ingat! Setiap orang adalah hebat dan unik. Sentiasa rasakan anda orang yang penting dan sesiapa sahaja orang yang anda temui adalah penting. Jadi dengan cara ini anda tidak akan rasa malu kerana harga diri anda telah anda tingkatkan dari masa ke semasa.

12)Akhir sekali berdoalah pada Allah untuk hindari rasa malu..

WASSALAM..
SYAITAN DN HIDUNG..
6:28 PM | Author: Hamiza
SYAITAN DAN HIDUNG
Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur (Muslim)

Malah ada orang jatuh cinta kerana terpesona dengan hidung seseorang.Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan. Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur.

Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya.
Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung,
tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur. Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi.Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita,macam-macam dia bikin. (macam-macam adaa) Oleh itu bersihkanlah sebaik bangun dari tidur.Cara nak membersihkannya

Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil,bersihkanlah perlahan-lahan.
Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek
kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal,
boleh jadi juga lubang hidung akan menjadi luas macam serombong kapal daa.Nak bubuh sabun pun boleh, tetapi jangan le banyak sangat,
nanti berbuih pulak lubang hidung tu, boleh lemas tu, kan susah,
setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang hidung. Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya
kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah
dan dapat menghidu bau syurga (ini bergantung kepada amalan masing-masing).

Akhir kata........"Walaupun dirimu tidak kukenal,tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku"..hehehe

WALLAHUALAM..
Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi...... aauuummmmm!! !

Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.
Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.
Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

Aaaaa!!!!... Ya Allah....... lagilah seram dibuatnya Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya .Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. ..

Bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah....
Tikus yg sedang mengigit tali........

Kalau semua nak tahu ...si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita. Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita.

Kan tikus tu gigit tali tu. Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..

1 minit untuk mengingati Allah ...

1):Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:

*SUBHANA'LLAH*ALHAMDULI'LLAH*LAILAHAILLA'LLAH*ALLAHUAKBAR*ASTAGHFIRU' LLAH*LAILAHAILLA'LLAH, MUHAMMADURRASULU'LLAH *ALLAHUMMASALLYWASALLEMWABAREK ALA SAYYEDINA MUHAMMAD *WA'AALIHE WA SAHBIHI AJMA'EEN

Step 2):Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataan demi perkataan..

INSHA'A'LLAH.. Oleh itu... duduklah sambil merenungi betapa kekuasaan Allah dalam kehidupan kita seharian kerana melakukan segala yang di redhoiNya. Bersamalah kita berdoa agar sentiasa diberi nikmat kesejahteraan dan kelapangan akal dan fikiran dalam kita menjalani kehidupan seharian dalam apa jua yang kita lakukan.... Amiiiinn

WALLAHUALAM...