KENALI RASULLULLAH S.A.W...
5:54 PM | Author: Hamiza
Tajuk : BIODATA RASULULLAH SAW....

Pepatah Melayu ada mengatakan "Tak Kenal, Maka Tak Cinta". Demikianlahsikap kita terhadap Rasulullah SAW. Seseorang itu tidak akan menyambutkelahiran Rasulullah SAW jika tiada perasaan cinta terhadap baginda.Malahan sesetengahnya langsung tidak mempedulikan Rasulullah SAW,seolah-olah tiada apa-apa keistimewaan dengan kelahiran dan pengutusannya.Menyedihkan lagi, sebahagian daripada umat Islam lebih mengingati kelahiran paderi ' St. Valentino ' daripada mengingati Rasulullah SAW, lebih mengingati biodata para artis daripada biodata Rasulullah SAW.

Beginikah kecintaan kita kepada seorang kekasih dan utusan Allah SWT? Justeru itu kita harus berasa bertanggungjawab untuk memaparkan biodata dan kronologi hidup Baginda SAW untuk tatapan dan ingatan kita bersama agar kita lebih mencintai kehidupan dan perjuangan Rasulullah SAW.

BIODATA RASULULLAH SAW.....

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.·

Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).·

Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.·

Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.·

Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.·

Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).·

Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).·

Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN.....

· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN.....

· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN.............

· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan..· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN.........

· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN...........

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN........

· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah.· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN......

· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN.......

· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622 M.

USIA 63 TAHUN.........

· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi..

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW..........

§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW,,,,,,,,,,

1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW..........

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada SaidatinaKhadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,Khadijah adalah seorang janda)..

IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN........

1. Thuwaibah
1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

SAUDARA SUSUAN......

1. Halimah Al-Saidiyyah
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam.## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

Sabda Rasulullah SAW:"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong........

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.
Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..-
-Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah..
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut..
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik..
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca..
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contohsepanjang zaman.Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.
KELEBIHAN SAHUR DENGAN TAMAR...
3:35 AM | Author: Hamiza
Salam sejahtera Muslimin dan Muslimat serta Keluarga.

KELEBIHAN SAHUR
DENGAN TAMAR(BUAH KURMA)
Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


Ibadat puasa adalah satu perkara yang dituntut dan diwajibkan ke atas semua umat Islam yang telah cukup umur dan berkemampuan. Dalam mengerjakan ibadat puasa, sahur adalah satu amalan sunat yang digalakkan kepada mereka yang berpuasa.

Namun dalam era globalisasi yang sentiasa bergerak pantas ini, umat muslimin menjadikannya sebagai satu alasan untuk tidak bersahur. Mengantuk dan letih kerap dijadikan jawapan kepada keengganan bersahur walaupun ia telah dianjurkan oleh Rasulullah SAW kepada setiap yang berpuasa.

Umum begitu arif dengan kaum lain yang juga mengerjakan puasa, namun apakah yang membezakan amalan puasa kaum muslimin dengan mereka? Perbezaannya jelas terletak di dalam pengambilan makanan sahur yang mana mereka tidak bersahur. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa pada waktu bersahur juga adalah waktu yang mustajab untuk berdoa dan Allah SWT tidak akan menghampakan doa mereka.

Bagi mereka yang bersahur Allah SWT akan memberi keuntungan yang berlipat kali ganda. Selain daripada memperolehi kekenyangan dan kekuatan untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, mereka juga akan memperolehi berkat yang diturunkan pada sepanjang hari mereka melaksanakan ibadat tersebut.Ibnu Hajar dalam mengulas Sahih Bukhari telah menyenaraikan beberapa kelebihan puasa, yang antara lainnya ialah:

PERTAMA - Menuruti sunnah;

KEDUA - Membezakan diri dengan Ahlul Kitab;

KETIGA - Menambah kekuatan untuk beribadat;

KEEMPAT - Meningkatkan keikhlasan dalam beribadat;

KELIMA - Menghilangkan perasaan marah yang diakibatkan oleh kelaparan dan

KEENAM - Mendapat peluang untuk mengingati Allah dengan berzikir dan berdoa.

Namun, kita tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau sedikit pasti akan menimbulkan rasa kurang selesa.


Sebaik-baik sahur yang dianjurkan ialah dengan memakan buah kurma atau tamar serta seteguk air mineral. Bersahur dengan memakan kurma adalah sebahagian daripada sunnah Nabi, justeru jika kita mengamalkannya, Allah SWT akan memberikan pahala sebagai ganjaran.

Abu Hurairah ra berkata Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya: Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma – Petikan dari Hadis Riwayat Ibnu Hibban & Baihaqi.
Seandainya keletihan menimbulkan kesukaran untuk bersahur, Rasulullah SAW menganjurkan agar tetap mengambil sebiji kurma ataupun memadai dengan seteguk air untuk mengisi perut.


Waktu sahur yang paling afdhal ialah pada waktu menjelang Subuh, iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.. Selamat bersahur dan wassalam.
والسلام

BIRO AGAMA, PENDIDIKAN & KEBAJIKAN
KELAB REKREASI TOURISM MALAYSIA



SAHABAT...
2:18 AM | Author: Hamiza
Mengenali seseorang itu, kadangkala membuat kita ketawa,

mengenali seseorg itu juga kadangkala membuat kita mengalirkan airmata... sesunguhnya,

mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa marah, sedih, gembira, sayang dan rindu..

tapi, sedarilah kita... mengenali seseorang itu sebenarnya adalah 1 Anugerah... biarpun hadirnya hanya seketika & Sekadar teman Sementara...

bersyukurlah dengan kehadirannya.. .. kerana barangkali melaluinya kita mengerti apa itu erti PERSAHABATAN. ...
RAHSIA BANTAL....
1:36 AM | Author: Hamiza
Subject: Rahsia Bantal

1) Memeluk Bantal... Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik.Kadangkala ada yang boleh membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin terhadap kesusilaan.

2) Menggunakan Banyak Bantal.... Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.

3) Tidur Dengan Satu Bantal... Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan bukan nafsu semata-mata.

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki... Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.

5) Tidur tanpa Bantal.... Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.

6) Tidak punya bantal....Kasihan betul... pergi kedai belilah satuuuuuuuuu!!!

WALLAHUALAM...
KISAH PAKU DI DINDING....
9:35 PM | Author: Hamiza
Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku.

"Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu dihadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya.

Pada hari yang Pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.

Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.

Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun. Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.

Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan. Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.

Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini.

Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya. Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.

Sahabat adalah permata yang sukar dicari. Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan. Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka hatinya kepada kita.


"Maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda."


MAAF ZAHIR BATHIN....
KENTUT PUNYE CITER....
7:20 PM | Author: Hamiza
Jarang sekali kita dengar pompuan kentut kuat kuat terutamanya bila tengah keluar dengan lelaki. Mereka sanggup tahan kentut sampai biru biru muka semata mata tak mau kentut depan teman lelaki mereka. Padahal,lelaki sikit pun tak kisah jika pompuan terkentut. Adat la tuh dah nak terkentut.

Paling kurang lelaki akan berkata ¿Eh! Makan apa kentut busuk dan kuat sangat nih???¿ Dan secara otomatik lelaki dan pompuan tadi akan ketawa bersama sama. Ini akan menjadikan hubungan mereka semakin ceria.

Lelaki secara lazimnya terkentut secara tak sengaja. Dan apabila benda ni terjadi, lelaki dengan secara tak malunya akan mengaku depan teman wanitanya bahawa dia terkentut. Dan teman wanita secara spontan akan berkata ¿Tak senonoh la¿¿ sambil mengejek manja teman lelakinya itu.

Dan lihatlah betapa harmoninya hubungan mereka.Jika dahulu pompuan asyik menahan kentut ketika bersama teman lelakinya,namun kini pompuan dengan beraninya memberitahu lelaki bahawa dia nak terkentut. Pendek kata, kentut mintak izin.

Tengok¿bagaimana kentut mendidik pompuan supaya menjadi begitu tertib. Dan hubungan mereka secara tak langsung akan bertambah baik.

Jika dahulu pompuan berkata perbuatan teman lelakinya yang asyik terkentut sesuatu perbuatan yang tak senonoh, namun kini dia semakin mengaguminya dan semakin menghormati¿kerana itu adalah trademark teman lelakinya. Mana nak jumpa dah lelaki camtu¿

Akhir sekali, jangan sesekali malu jika anda terkentut ketika anda berkunjung ke rumah dan menemui ahli keluarga pasangan anda. Ini kerana jika anda terkentut, ahli keluarga pasangan anda akan gelakkan anda secara beramai ramai.

Secara tak langsung, ini akan mengeratkan hubungan anda bersama bakal bakal ahli keluarga anda.

Kesimpulan:Kentut itu membahagiakan¿ .anda setuju???

WALLAHUALAM.....
TEH PANAS V/S TEH SEJUK....
7:17 PM | Author: Hamiza
Seorang pemuda yang sengkek melangkah berani ke sebuah kedai mamak. Di dalam sakunya betul-betul ada duit sebanyak 70 sen jerk.

Pemuda : Mamak berapa harga teh panas dengan teh sejuk?

Mamak : Panas 70 sen...Sejuk RM1.20.

Pemuda : Bagi teh panas satu!Sampai saja teh tersebut, pemuda itu terus minum dengan sekali teguk. Mamak yang berasa sedikit pelik pun bertanya;

Mamak : Kenapa awak minum cepat sangat?

Pemuda : Kalau saya tunggu, nanti sejuk pula teh tu....Tak pasal-pasal saya kena bayar RM1.20!

HUHUHU....
KISAH SI BEDAH.....
6:58 PM | Author: Hamiza
Seorang bapak memanggil anak gadisnya masuk kedalam bilik. Dialog dia lebihkurang macam ni la...

Bapak : Bedah, mai sini sat. Bapak nak tunjuk sesuatu ni.

Bedah : Ya bapak, ada apa?

Bapak : Mai masuk dalam bilik pastu tolong tutup semua tirai tingkap.

Bedah : Apa???!!! (isk? bapak aku ni? lain macam jerr)

Bapak : Dengar tak bapak kata.....

Bedah : Ya bapak, Bedah dengar... cuma Bedah tak percaya apa yang bapak kata ni.

Bapak : Betulll. Bapak suruh hang masuk dalam bilik pastu tutup semuatingkap. Bedah pun dalam ragu-ragu tu, dia ikut jugak la apa yang bapak diasuruh. Sambil tu dok pikir gak laa... apa la bapak dia nak buat, dah la kat rumah.

Bapak : Okeh... mai duduk sebelah bapak. Heh? heh...

Bedah : Eh!!! bapak, Bedah kena keluar dari bilik ni. Sat lagi makbalik...abis aaaa.

Bapak : Tak payah risau... mai duduk sini cepat!!!! Jangan bagi bapakberkasar. Bedah pun terpaksa la duduk jugak... hati dia takleh cakap laa...berdebar giler ahhh. Dalam kepala dok terbayang jadi apa la nanti kat dia.

Bapak : Cantikkk!!! Yiihaaa. Astalavista bebeh. Okeh, mai masuk dalamselimut bapak plak.

Bedah : Apa???!!!

Bapak : Masuk la cepat!!! Dok cakap banyak pulak. Bapak ikat mulut tu karang aaa.

Bedah : Bapak...Bedah takut laaa. (nak nangis)

Bapak : Bedah, tengok niBedah tak sanggup nak tengok... dia pejamkan mata. Dia tahu, bapak dia dok buang tebiat. Bapak dia dah gila. Kiranya, bapak dia tunjuk tu konon-konon nak intro dulu ler tu.. Tapi dalam hati, Bedah teringin gak la nak tengok.Dia pun bukak la mata sikit.

Bapak : Cantik tak jam G-Shock baru bapak ni. Dia ader cahaya bila gelap.Mahal nih!!! Dah, pegi keluar.

WAT SUSPEN JERRR.....HUHUHU
PERKONGSIAN YG ROMANTIK....
5:52 PM | Author: Hamiza
Perkongsian yg romantik ....... kau dan aku

SALAM,Pada suatu hari,sepasang suami isteri yang sudah lanjut usianya mengunjungipejabat lama mereka bagi mengingati kembali nostalgia semasa merekaberkerja dahulu.

Kesempatan ini digunakan oleh mereka untuk menikmati supekor yang terkenal di kantin masa itu.. Kebetulan pada masa makan itu ramaipegawai yang turut serta makan melihat pasangan tersebut dan melihatkemesraan mereka.

Si suami dan isteri berbaris memesan sup ekor mereka tetapi mereka hanya memesan satu mangkok sup ekor, sepinggan nasi dan dua gelas ais serta satu pinggan dan mangkok kosong.

Semua orang memerhatikan gelagat pasangan suami isteri dengan rasa hairan. Mengapa mereka hanya membeli satu pesanan sup dan nasi sahaja? Malah beberapa orang pekerja sedih melihat kedaifan keduaorang tua itu kerana hanya mampu membeli makan untuk seorang sahaja.

Sisuami mula membahagikan nasi dan sup ekor itu kepada dua bahagian. Satu bahagian untuk dirinya dan satu lagi diserahkan kepada isterinya. Kemudian mereka pun makan dan sisuami terus makan dan si isteri tersenyum melihat sisuami makan tanpa makan walaupun sedikit.

Seorang pekerja tiba-tiba berdiri dan berjalan menuju ke meja mereka.Dengan rasa sedih, pekerja itu mempelawa mahu membelanja pasangan berkenaan semangkuk sup ekor lagi. Dia terharu melihat pasangan suami isteri yang difikirkannya hanya mampu membeli satu hidangan sahaja.

Namun pelawaan itu di tolak dengan lembut oleh pasangan tersebut dengan mengunakan bahasa isyarat, sambil keduanya tersenyum mesra.Si suami kembali menyambung menikmati makananya sementara isterinya memandang sambil tersenyum sehinggalah sup ekornya sendiri menjadi sejuk.

Selepas beberapa lama, pekerja tadi datang semula ke meja pasangan berkenaan kerana gelisah melihat gelagat mereka berdua. Si isteri masih tidak makan hanya menunggu suaminya menghabiskan makanan. Betapa besarnya cinta isteri kepada suami sehingga rela berkorban menunggu suaminya selesai makan.

Pekerja tadi sudah tidak dapat menahan rasa hairanya lalu bertanya,"Makcik, saya lihat dari tadi makcik tidak makan tetapi hanya menunggu dan melihat pakcik makan. Boleh saya tahu, mengapa makcik tidak makan dan apayang makcik tunggu?" Dengan tersenyum, si isteri menjawab,Makcik tunggu gigi palsu, yang sedang dipakai oleh pakcik tu!!!!

Amacam ada sanggup tak ?.............

HEHEHEHE......
PENAWAR KEPENATAN..
7:59 PM | Author: Hamiza
Assalamualaikum Teman-Teman.....

Amalkanlah ia di ajar oleh Rasullullah S.A.W Penawar Kepenatan, amalkan...

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata : "Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu." Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.

Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata: "Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yg lebih baikndaripada apa yang kamu minta daripadaku?

Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur, bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan bertakbir (Allahuakbar! ) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam." Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. ini. Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."

Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata. Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya- Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

wassalam...
''SAAT INDAH AWAL PERKAHWINAN''...
6:56 PM | Author: Hamiza
TAKE A BRAKE......
*Saat indah awal perkahwinan....*

Teruna : Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama

Dara : Apakah kau rela kalau aku pergi?

Teruna : Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran begitu!

Dara : Apakah kau mencintaiku?

Teruna : Tentu! Selamanya akan tetap begitu!

Dara : Apakah kau pernah berlaku curang?

Teruna : Tidak ! Aku tak akan melakukan hal seburuk itu!

Dara : Mahukah kau menciumku?

Teruna : Ya !

Dara : Sayangku.....!


Sesudah 5 tahun perkahwinan. ....


Korang baca dari bawah keatas pulak.....Kuang3..... hehehehehehe

SAJERR..NK SURUH ANDA TERSENYUM....
MORAL PENGANTIN BARU...
6:30 PM | Author: Hamiza
Dalam keheningam malam penuh syahdu, ramli masuk kekamar kerana mengantuk.(kemungkinan ada juga rasa yg lain - paham2 je lah.. pengantin baru! ) Dilihat isterinya sudah berselimut dari hujung rambut ke hujung kaki. "Malu agaknya. Maklumlah malam pertama..." bisik hati a ramli.

Dimatikanya lampu dan ia pun berbaring di katil. Dicelah2 suara kodok menyeru pasangannya, terdengar suara isteri berbisik, penuh romantis, "Buah papaya dah masak ranum, bila tupai nak datang merasa ?""Dah, apa citer ni ?" tanya Ramli dlm hati. Separuh malam dia terbaring berfikir. "Oh, agaknya isteri ku teringat kampung halaman.. sian.. sampai mengigau? Takpelah, biarlah dia tidur" bisik hatinya penuh understanding.

Mlm ke 2 adegan yg sama cuma dialognya agak berbeza. Bisik isteri "Sawah bendang dah siap dibajak, bila pak tani nak turun menyemai?" "kesiannya bini aku.. masih ngigau lagi.. aku mesti cari penawar !" Ramli bertekad.

Esok harinya, Ramli bercerita pada ayah yg kebetulan datang untuk bertanya khabar `pengantin baru' "Lah.." keluh ayah Ramli, "aku antar belajar sampai Universiti, benda cam ni pun kau tak paham?"Ayahnya pun mula bercerita perihal adam & hawa, laila & majnun, romeo & juliet... (yg relevan untuk pegantin baru je!) Sepatah cakap orang putih "about the birds & the bees". "oh. cam tu." sengih ramli, "baru saya paham.

Taulah apa nak buat malam ni!"Malam yg sangat ditunggu2 ramli pun tiba... adegan sama dikamar tidur. cuma kali ini isterinya membisu seribu bahasa. "lah..nape pulak senyap. takkan dia give up" tertanya2 si Ramli.Setelah sekian lama tanpa suara dari isteri, Ramli pun berkata, "Dah lapar betul rasanya perut, boleh tupai datang merasa?" Malam dingin semakin sunyi.. tak jawab pun... "Kain pelikat dak disinsing rapi, boleh pak tani turun menyemai ?" pun..masih takde jawaban...Ramli mencuba lagi."Juruterbang dah siap sedia... boleh pesawat turun mendarat ?"Sayu sekali jawaban si isteri dari bawah selimut,"Maaf tuan... Landasannya baru saje banjir...!

"Moral cerita :Pada kaum lelaki - Kalau nak naik pelamin, jangan tunggu sampai cukup bulan. Nanti dah datang bulan kan rugi sendiri..

HAHAHAHA....
''MASYAALLAH''jgn disalah guna....
6:14 PM | Author: Hamiza
Kadang2 kita terpengaruh dengan, terutama citer p. ramlee yang banyak menggunakan 'masyaallah' situasi yang silap.

Didapati ramai di kalangan kita menggunakan lafaz 'MasyaAllah' ketika dgn situasi yang tidak disukai atau tidak elok, contoh terlihat gambar2 censored atau bila anak2 kita buat perangai nakal.

Sebenarnya istilah 'MasyaAllah' bermaksud ALLAH THE ALMIGHTY atau ALLAH YANG MAHA AGUNG.Mengikut buku 'What Do Say' by Kathyn Abdullah, kita menggunakan istilah 'MasyaaAllah' bila kita melihat 'something nice' seperti melihat bayi/kanak-2 yg comel, ketika menjamah makanan yang sedap, terbau wangi-wangian dan sebagainya. Jadi pengunaan MasyaAllah ketika berhadapan dgn situasi yg tidak elok adalah salah dan tidak digalakkan. Yg patut kita lafaz ialah 'Astagfirrullahhalazim' (Aku memohon ampun kepadamu Ya Allah) ataupun 'Innalillah' (Kepada Allah kita kembali). Yang baik dari Allah yang salah dari saya..!

Wallahulam....!!!
PERINGATAN UTK SEMUA.....
5:50 PM | Author: Hamiza
BACA TAU!!!!! Jangan Memain.. Bacalah!!!

Bagi sesiapa yang punya anak remaja atau saudara mara remaja berhati-hati! Pupuk & didiklah pengajaran Islam dari kecil lagi......

Dua orang pelajar telah menemui maut ketika kemalangan jalanraya antara motosikal dan kereta. Setelah jenazah diuruskan, didapati salah satu dari jenazah telah merayau merata-rata, mengetuk pintu rumah dan lain-lain.

Apabila ditanya kepada pihak hospital yang menguruskan jenazah berkenaan, kakitangan terlibat telah memaklumkan bahawa salah seorang dari mayat yang diuruskan terpaksa dibuang kukunya kerana ada cutex dan dicukur kepalanya kerana rambutnya telah diwarnakan. Pelbagai cara dilakukan untuk memastikan 'roh" tersebut tidak merayau, namun gagal. Ditanya pula pada kawan-kawan simati, dimaklumkan bahawa di dua bahagian badan simati ada terdapat tatoo, namun tidak diketahui apa yang dilukiskan. Setelah beberapa lama, dan mungkin penyelesaian terakhir, jenazah simati telah dipindahkan ke kubur Kristian. Selepas itu, rohnya tidak merayau lagi...


Pengajaran:-

Berkemungkinan tatoo yang terdapat pada simati berlambangkan salib dan simati sebenarnya adalah seorang kristian, walau pada zahirnya berpakaian dan berkelakuan sebagai seorang Islam.. Simati tersebut adalah pelajar sekolah yang berusia 16 tahun. Kisah kedua Si A adalah seorang pelajar yang sering gagal dalam peperiksaan. Beberapa kali beliau menduduki peperiksaan PMR tetapi dia gagal. Satu hari, dihadapan kawan-kawan beliau telah berkata, kalaulah aku lulus PMR kali ini, aku akan masuk kristian..

Ditakdirkan Allah, beliau telah lulus dan kemudiannya meninggal dunia kerana kemalangan. Mayatnya diuruskan sebagai seorang Islam mengikut kebiasaanya dan di kebumikan berdekatan dengan masjid. Selepas beberapa ketika, imam masjid mendengar suara menangis dari kubur simati. Ditanya pada ahli keluarganya, dimaklumkan bahawa simati adalah seorang budak yang baik...namun dari kubur berkenaan terdengar tangisan yang berterusan. Setelah ditanya dan diperiksa barulah dimaklumkan mengenai nazar simati.....dan mayatnya pun dipindahkan ke kubur Kristian.. Barulah tiada tangisan kedengaran.. Inilah keadaan yang berlaku sekarang....

Oleh itu ambil tahulah akan aktiviti anak-anak, adik-adik kita...kerana dakyah kristian amat halus dan ada di mana-mana... tanpa disedari. Baru-baru ini, telah dimaklumkan bahawa satu kontena bible dalam bahasa melayu telah sampai di Port Klang. Walaupun dibantah kemasukannya, ianya telah dimaklumkan bahawa ia telah diimport secara sah oleh salah sebuah pertubuhan Kristian yang berdaftar... ..

Samada benar atau tidak, saya juga dimaklumkan bahawa di Subang Jaya, bible telah diedarkan kepada pelajar-pelajar sekolah... Wallahu'alam.. ......


" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu..... .........., kami lah hamba yang mengharap belas darimu .........., Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa...... ......, ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia, Cukup lah Allah bagi ku, tiada Tuhan melainkan Allah, hanya kepadaNYA aku bertawakkal dan Allah lah yang memiliki arasy yang agung "


WASSALAM..
AIR TANGAN ORANG YANG TIDAK SOLAT...
7:29 AM | Author: Hamiza
Buat peringatan untuk kita yang sentiasa 'sibuk' /mencari alasan... .dll.... Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..,

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat tu, adalah dosa besar, dan malahan lebih hina drpd khinzir..Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat spt yg dikisahkan pd zaman NabiMusa A.S.

Begini kisahnya...pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yg sudah berumahtangga , dia tak de .. zuriat lalu, terdetik dlm hati dia (nazar), "kalau aku dpt anak, aku akan minum air kencing anjing hitam. " Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Bila dah dpt anak, laki ni pun runsinglah.. . Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pd zaman Nabi Musa berbeza dgn syariat yg turun utk umat Nabi Muhammad. kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yg haram, maka tak payah buat, tapi kena denda(dam) atau sedekah.. Tapi, kalau zaman Nabi Musa, brg siapa bernazar, walaupun haram, tetap kena laksanakan nazar tu.. lalu, si lelaki yg dapat anak tu, dgn susah hatinya, pun pegilah bertemu dgn Nabi-Allah Musa.

Dan menceritakan apa yg terjadi ke atas dirinya.. lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu xpayah minum air kencing anjing hitam, tapi akan minum air yg lebih hina dr air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut utk pergi menadah air yg jatuh dr bumbung rumah orang yg meninggalkan sembahyang dan minum air tu. lalu, lelaki tu pun senang hati, menjalankan apa yg diperintahkan oleh Nabi Musa tadi...

Lihat... betapa hinanya org yg meninggalkan solat, sampai dikatakan air yg jatuh dr bumbung rumah dia, lbh hina dr air kencing anjing hitam.. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi..

Menyentuh bab air tangan ni, selalu kita suka makan masakan ibu, isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat , sbb kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dsb.. anak-anak, suami pulak yg akan makan makanan yg dimasak. takkan nak biarkan suami & anak2 gelap hati minum air tangan org tinggalkan solat.. tak gamakkan?

Tapi..lain pulak halnya dgn kita ni.. pagi petang.. mamak!! teh tarik satu, roti canai satu.. ada pulak segelintir tukang masak yg tak solat.. kita pun makan bekas air tangan dia.. gelap lah hati kita.. sbb tu liat nak buat keja2 yg baik. beware apa yg kita makan... betapa beratnya amalan solat ni, hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj, sedangkan kewajipan2 lain memadai diutus melalui Jibril a.s

Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kpd Saidina Ali (&utk umat Islam) , "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum." maknanya,"Solat, solat jgn sekali kamu abaikan dan peliharalah org2 yg lemah di bawah tanggunganmu. " jadi, sama2lah kita pelihara solat kita, dr segi zahir & batinnya, kerana amalan solatlah amalan yg mula2 akan ditimbang di neraca Mizan Kelak

WALLAHUALAM...
HATI-HATI...PERINGATAN
7:10 AM | Author: Hamiza
1)Baru dapat tahu dari seorang kawan THAT adik ipar dia, seorang perempuan, menjadi mangsa samun dan bunuh di Sunway. Berlaku kira-kira jam 9 PAGI, beliau sedang memandu keretanya di Sunway selepas menghantar suaminya ke SJMC. Keretanya telah dilanggar dari belakang dan kemudiannya disamun dan ditikam di Sunway. Sekarang berada di ICU disebabkan kehilangan 75% darahnya akibat tikaman tersebut.

2)2-3 hari lepas, di Negeri Sembilan, seorang wanita yang keretanya telah dilanggar dari belakang, menjadi mangsa samun dan rogol.

3)Kejadiaan serupa ini banyak berlaku sejak 2-3 bulan ini . Dalam TV, rancangan 999 kemarin ada memaparkan kejadian serupa. Dalam rancangan tersebut, 2 kejadian dipaparkan.

4)Pertama, seorang wanita yang memandu di Seksyen 7 Shah Alam kira-kira pukul 11 malam, keretanya di langgar dari belakang. Dia kemudiannya dilarikan ke kawasan pembinaan di Shah Alam dan dirogol bergilir-gilir.

5)Kedua, di Gombak Setia. Kereta seorang wanita di langgar dari belakang . Semasa pertengkaran, lelaki yang pura-pura menyuruh wanita tersebut memeriksa sama ada pintu belakang boleh dibuka atau tidak, telah menolak wanita tersebut kedalam kereta dan rakan lelaki itu telah memandu kereta tersebut. Mangsa telah dirogol rasanya (mungkin saya silap). Dia juga telah dicederakan dengan pisau di jari termasuk diKELAR dipaha (ada la dalam 3-4 inci).

6)So FRIENDS, berhati-hati lah. Tidak kira yang dah kawin ataupun belum. Sebab yang di Gombak tue rasanya dah bersuami. Per ‘INGAT’ kanlah kenalan, saudara mara serta isteri (atau isteri-isteri) kita " MAKE SURE LOCK YOUR CAR & JANGAN KELUAR DARI KERETA! ."

7)MAKE SURE ADA NBR. PHONE POLICE DLM HANDSET & CALL YOUR HUSBAND/NEARBY RELATIVE, KALAU DAH SYAK ACCIDENT TU SCAM, CEPAT-CEPAT PECUT KE BALAI POLIS BERDEKATAN (BILA ‘MEREKA’ KELUAR DARI KERETA) BERSAMA-SAMA MAKLUMAT KERETA MEREKA YANG MELANGGAR ITU SEPERTI NO. PENDAFTARAN KERETA, JENIS KERETA, WARNA KERETA,CIRI- CIRI PEMANDU, DLL YANG DIRASAKAN PENTING.

PLEASE...... . TAKE THIS MESSAGE SERIOUSLY!

BILA ANJING MENGELUH...
6:55 AM | Author: Hamiza
BILA ANJING MENGELUH...

LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yang tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : Eh? Kenapa?

ANJING: Aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yang sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!".

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia.Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekalipun, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yang bukan mahramnya tanpa ikatan yang sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun disamak.

ANJING: Wah... ayat ko memang power la. Manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan bahawa : "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram".

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat).

Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat, tetapi menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat..

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)"

Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna". (Surah Zumar: 9)

"Lahirnya manusia disambut dengan azan... matinya manusia diiringi solat... antara azan & Solat ... alangkah singkatnya hidup ini"

WALLAHUALAM...
DIALOG DUA HANTU..hehehe
12:29 AM | Author: Hamiza
Dialog Dua Hantu> > Tersebutlah kisah dua orang hantu.

Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berboraklah untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil.

Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya, "Apsal kau ni asyik menggigil je?" "Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!"

Jawab Hantu B sambil menggigil lagi. "Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya ..." jawab Hantu A sayu.

"Cerita la sikit..Sambil-sambil lepak nih.." "Camni ..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die tak mo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri cerita nya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata, "Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

hmmmmmmm......
FIKIRKAN SEJENAK...
12:06 AM | Author: Hamiza
1)Otak seorang Mat Rempit...
Pada suatu hari, seorang mat rempit yang aktif dalam perlumbaan haram telah mendapat habuannya. Kemalangan itu begitu ngeri hingga sebatang besi telah tercucuk di kepalanya.

Menurut doktor, jika besi itu tidak mengenai otak, pelajar itu mempunyai harapan untuk diselamatkan.Mendengar penjelasan doktor itu, bapa berkenaan berkata: "Dia akan selamat kerana besi itu pasti tidak dapat mengenai otaknya.

"Doktor yang kagum dengan keyakinan si bapa ini terus bertanya: "Bagaimana pak cik boleh begitu yakin, hingga perkataan isya'Allah pun pak cik tak sebut?" .Sampuk si bapa: "Masakan besi itu boleh mengenai otaknya kerana dia memang TAK ADA OTAK, kalau dia ada Otak, tentu dia tak buat kerja gila lagi merbahaya ini, buat abis duit aku jer antobelajor!".Hmmmm...

2)Masa aku balik dari Singapore menaiki keretapi adalah tiga orang yang duduk bersama, dua didepan aku satu kat sebelah. Yang kat depan aku ni, orang American dan disebelahnya orang cuba.Sebelah aku pulak orang Bangladesh .

Dalam perjalanan tu kami pun berborak-boraklah pasal negara sendiri...borak punya borak, tiba-tiba si American ni pun keluarkan duit dollar dia lalu dibakarnya, dikeluarkannya sebatang rokok lalu dibakarnya rokok itu dengan duit tadi, lepas tu dibuangnya duit itu keluar.

Terkejutlah semua melihat kelakuan Mat salleh tu tadi... bertanyalah siorang Cuba tadi "Why you do that for?". Dengan selamba mat salleh tu menjawab "Don't worry, I got a lot of American dollar in my country".Tercengganglah masing-masing. Belum habis tercenggang. .Si Cuba ni pun tiba-tiba mengeluarkan sebatang curut (curut Cuba adalah antara yang termahal didunia) lalu dinyalakannya.

Belumsempat beberapa sedut..terus dia membuangnya keluar tingkap....."Why you do that for" kata American tadi... "Don't worry, i got a lot of cigar in my country".Terkejutlah aku dibuatnya.

Masa tu aku tengok Bangladesh tu tengah pikir apa nak dibuat pulak. Masa dia tengah fikir. Aku pun apa lagi... tangkap Bangla tu terus aku campak ke luar tingkap....belum sempat dia orang tanya lagi aku pun cakap lah.....,"DON'T WORRY, I GOT A LOT BANGLADESH IS IN MY COUNTRY....

huhuhuhu.....
AZAB WANITA....
11:30 PM | Author: Hamiza
Azab Bagi Wanita (tlg ingatkan kpd semua kaum perempuan yg kamu kenal) Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat.. Renungan khususnya untuk para wanita dan diri sendiri.....



Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis manakala ia datang bersama Fat imah . Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis.


Beliau menjawab, "Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.


Putri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.


Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking..

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.


Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi.

Fat imah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.


*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.


*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.


*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.


*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.


"Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.

Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan orang yang anda kenal dan Insya Allah ridha Allah akan bersama org2 yg sudi membaca artikel ini...


WALLAHUALAM..
SENYUM...KERANA SENYUMAN ADALAH PENAWAR..
10:33 PM | Author: Hamiza
SAPE HEBAT.......

Man : Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.

Ali : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk..

Man : Wow! Bapa kau keja apa?

Ali : Tukang gunting rambut. ...hehehe

KELAS BI ....

Ayah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?

Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan....huhuhu

SUDU Doktor......

Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.

Pesakit : Eh! tak boleh la doktor.

Doktor : Kenapa?

Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer....????????

MAYAT.....

Cikgu : Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'

Hasan : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah. ...huahua

TIRU....

Cikgu : Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.

Bapa : Apa bukti awak?

Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang?Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkautak tahu, aku lagi la tak tahu". ...hehehe

DOKTOR Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT , kerana telinganyadi masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.

Doktor : "Selamat petang..."

Pesakit : "Selamat petang Doktor!"

Doktor : " Ada masaalah apa .....?"

Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."

Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!" setelah diperiksa... .

Doktor : " Ada2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."

Pesakit : "Apa caranya doktor?"

Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua pula percuma..."

Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"

Doktor : "Yang percuma kena sabar..."

Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya....?"

Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika sudah jadi tauge' anda tinggal tarik keluar."

Pesakit : "Huh....

p/s Mulakan hari dengan senyuman, kerana senyuman adalah ubat. Jangan tension2.
KEISTIMEWAAN PEREMPUAN.....
9:34 PM | Author: Hamiza
Subject: Keistimewaan perempuan..

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab beliau, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahim nya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan bagi nya setiap hari dengan 1000 kebajikan dan menghapus kan dari nya 1000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatat kan bagi nya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahir kan anak, keluar lah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibu nya melahirkan nya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susu nya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anak nya yang sakit, maka Allah memberi nya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barang siapa yang menggembira kan anak perempuan nya, darjat nya seumpama orang yang sentiasa menangis karena takutkan Allah dan orang yang takut kan Allah, akan diharam kan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barang siapa membawa hadiah, (baik makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarga nya, maka pahala nya seperti bersedekah. Hendak lah mendahulu kan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyuka kan anak perempuan seolah-olah dia memerdeka kan anak NabiIsmail.

9. Tiap perempuan yang menolong suami nya dalam urusan agama, maka Allah memasuk kan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suami nya (10,000 tahun).

10. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

11. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatan nya serta taat akan suami nya, masuk lah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapa kah yang lebih besar hak nya terhadap wanita? Jawab rasulullah, "Suami nya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibu nya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapa mu, maka jawab lah panggilan ibu mu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suami nya, semua ikan- ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar bagi nya selama mana dia taat kepada suami nya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suami nya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anak nya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang bagi nya dari api neraka.




WALLAHUALAM...
AMALAN HARIAN...
8:41 PM | Author: Hamiza
ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮ ﷲﺍ ﺔﻤﺤﺭﻮ ﻡﻜﻴﻠﻋ ﻢﻼﺴﻠﺍ

Salam sejahtera......

Kubur itu gelap , cahayanya ialah Laa Ilaaha illAlLah . Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah ' Laa ilaaha illAlLah ' ini .

Rasulullah saw. bersabda ( mafhumnya ): ' Wahai manusia ! Ucaplah ' Laa ilaahaillalLah' , kamu pasti berjaya!' Marilah kita ucapkan kalimah ini : ' Laa ilaaha illallah !' x 10 Setelah ucapkannya sebanyak 10 kali, . Bayangkan betapa besarnya pahala yang Allah sediakan, hanya untuk usaha kita yang sedikit ini Laa ilaaha illalLah !

Sekian terima kasih Wassalam.

WALLAHUALAM..
KESAH CELANA PANJANG..HEHEHE...
8:29 PM | Author: Hamiza
Disebuah desa ada sepasang kekasih. Si gadis sedih, sebab setiap kalikekasihnya datang ke rumahnya, kekasihnya itu selalu hanya memakai kain, maklumlah di desa. Akhirnyagadis itupun menceritakan kesedihannya,

"Abang, kalau datang kerumah, jangan pakai kain la....., malulah dengankeluarga". Akhirnya si kekasih menyanggupinya untuk memakai seluar:

" Ok esok abangbeli kain untuk buat celana panjang."

Sesudah membeli kain, pemuda itu pergi ke tukang jahit untuk menjahitkan bahan celananya. Pada hari yang dijanjikan, pemuda itu kembali ke tukang jahit untukmengambil celana yang sudah siap.

Kata tukang jahit; "mas..., celananya sudah siap. Masih ada sisa bahan1/2 meter lagi. Bisa dibawa pulang"

Pemuda itu gembira, jadi juga celananya, fikirnya. Dia balik ke rumah dan petang harinya terus menuju kerumah si kekasihuntuk menunjukkan celana barunya. Dia memakai celana itu. Tapi kerana kebiasaan, dia tetap juga memakai kain sarungnya. Maknanya celana di dalam dan di luar ialan kain sarung. Ditengahperjalanan, si pemuda sakit perut. Kerana tidak tahan, akhirnya dia ke tandas awam. Segera setelah selesai buang hajat, dia terburu-buru memakai kain sarungnya , dan lupa memakai celana panjang barunya. Ketika sampai dirumah sang kekasih, si gadis berkata;

"Laa banggg mengapa masih pakai kain sarung, katanya mau pakai celana panjang....tapi masih pakai kain jugak" Dengan bangga si pemuda mengangkat kain sarungnya sambil berkata;

"Nih..tengoklaaa, kan abang pakai celana panjang baru abang". Seketika itu si gadismenjerit ;

"eeeIhhhhhhhhh...bangg, panjangnyaaaa..." Dengan tersenyum bangga si pemuda menjawab;

"Memanglah ...panjang.Dirumah masih ada ½ meter lagi"...

hahahaha....nk suruh anda senyum jerrr..
AMALAN TERBALIK YG PERLU DI PERBETULKAN...
7:14 PM | Author: Hamiza
Marilah Kita bermuhasabah atau menilai Dan menghitung kembali tentang amalan Harian Kita.
Kadang-kadang Kita akan dapati amalan Kita adalah terbalik atauBertentangan dari apa yang patut dilakukan Dan dituntut oleh Islam.. Mungkin Kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup Orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan Yang Terbalik:


-1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simatiSelepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh Dan Seterusnya)Adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah Telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati Untuk Meringankan kesusahan Dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpaKesedihan, terpaksa pula menyedia makanan Dan belanja untuk mereka yang Datang Membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir Kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simatiAtauHarta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam Berisi (hadiah Wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak Ada duit nak Dikepit dalam tangan, maka segan IA nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau IA Menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau Menziarah keluarga si matilah Kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri Kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan Bukan Untuk IA menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara Kita berpakaian cantik kemas Dan Segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian Lebih Kurang saja bahkan Ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang Terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang Dan di beri jamuan, Kita rasa segan Nak Makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan Dan malu, Sedangkan Yang dituntut dibanyakkan makan Dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan Rumah rasa gembira Dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat Malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah Seperti Yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang Berlebihan Tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam Carta perbelanjaan setiap rumah Orang Islam akan Kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yangTertinggi Dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang Terendah.Bukankah terbalik amalan Kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum Bertolak ke Mekah Dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran Berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka Dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah Amalan ini terbalik? Atau Kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka Dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak Tak Boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen Baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam.
Kalau guru tuisyen sanggup Dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran Nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan Kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak Tidak Dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak Lulus periksa.


9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, Mesti Pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi Peraturan Kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun Tetap Tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta Tapi nak ke rumahNya segan Dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, Bukan Main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang Dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk Orang Lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang Bahagia.

11. Marilah Kita berlapang dada menerima Hakikat sebenarnya.. Marilah Kita beralih kepada kebenaran agar hidup Kita Menurut landasan Dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut Selera Kita.
Allah yang mencipta Kita maka biarlah Allah yang menentukan Peraturan hidup Kita. Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun Satu Ayat." (Riwayat Bukhari)
Dalam sepotong ayat Dan hadis Ada menerangkan:"Sesungguhnya yang mengada-adakan kebohongan itu hanyalah orang-orang yang tidak beriman dengan ayat-ayat Allah Dan merekalah pembohong-pembohong." (An-Nahl ayat 105)"Barangsiapa mengatakan dariku apa yang aku tidak katakan, maka hendaklah Ia bersedia mengambil tempatnya dari Neraka."(HR: Az-Zahabi dlm Al-Kabair.)-

Berpesan-pesan sesama insan-

WALLAHUALAM....
LAWAK PAGI....TP JGN JD MACAM NI...
7:33 PM | Author: Hamiza
JANGAN MINTA CERAI...


Sepasang suami isteri yang selalu menghadapi masalah perhubungan tengah berbincang masalah mereka dalam sebuah kereta di mana suami tengah memandu.

Isteri : kita dah berkawin 15 tahun dah,saya rasa saya tak sesuai lagi bersama dengan awak... saya nak mintak cerai dengan awak.....
si suami diam dan terus memandu kereta ....bertambah laju....(70km)

isteri : saya dah tak cintakan awak lagi...sebenarnya saya dah ada teman lelaki....dia akan berkawin dengan saya lepas awak ceraikan saya... saya malas nak cerita panjang lagi..dan saya tak nak awak cuba pujuk saya..saya dah bosan hidup dengan awak...!!
si suami terus memandu dengan penuh perasaan marah...masih diam...

Isteri : bila kita bercerai,saya nak rumah kita...
si suami masih diam ...memandu dengan lebih laju....(80km)

isteri : saya nak anak kita juga...awak bukan boleh pelihara mereka.....
si suami masih diam ...tambah kelajuan (100 km)

isteri : saya nak kereta ini,kredit card dan saving akaun kita
si suami masih diam, membelok kereta ke arah jaya jusco......

isteri : awak ada ingin minta apa2??

suami : tak perlu....saya dah ada apa yang saya perlukan...

isteri : ya kah?? apa yang awak ada..??

suami : si suami menjawab sebelum beliau melanggar dinding konkrit jaya jusco... saya ada airbag....awak tak ada..



hahahaha.....nasib la....
KITA BERTANYA...AL-QURAN MENJAWAB...
6:08 PM | Author: Hamiza
1)Kita bertanya, Al-Quran menjawab....

>>>JANGAN MENGELUH ............
Kita selalu Bertanya .......dan Al-Quran sudah menjawabnya. .........

2)KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI? QURAN MENJAWAB........

>>>'Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami telah beriman,' ('I am full of faith to Allah') sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.'( -Surah Al-Ankabut ayat 2-3 )

3) KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? QURAN MENJAWAB ........
>>> 'Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.'(- Surah Al-Baqarah ayat

4) KITA BERTANYA : KENAPA UJIANSEBERAT INI?QURANMENJAWAB........

>>>'Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. '(- Surah Al-Baqarah ayat 286)

5)KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?QURAN MENJAWAB.......

>>>'Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.'(- Surah Al-Imran ayat 139 )

6)KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?QURAN MENJAWAB......

>>>'Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). '
7)KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?QURAMENJAWAB....
>>>'Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk'(- Surah Al-Baqarah ayat 45 )
8)KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?QURAN MENJAWAB......

>>>'Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?(- Surah At-Taubah ayat 111)
9)KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?QURAN MENJAWAB.........

>>>'Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal........ '( Surah At-Taubah ayat 129)
10)KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!QURAN MENJAWAB.......

>>>'... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.'( Surah Yusuf ayat 12 )
CARA-CARA COVER MALU.......
6:13 AM | Author: Hamiza
Subject: Cara - Cara Cover Malu..,

1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun,
sebaliknyer anda baring dan terus berguling- cam pejoget rap tu
hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang
nampak..

2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal
anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali
supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...


3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah
anda dirasuk atau sedang berlawan dengan
makhluk halus...

4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah
sampah yang ada sambil marah-marah dengan
suara yang kuat, pasti orang menyangka anda
seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan.. ..

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-
kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang
di blakang anda....


6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat
pengsan sehingga ada orang
membantu
anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan
takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah
masa sesuai untuk bangun semula.....

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la
kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda)
untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda
sorang je yang dapat malu...ye tak?....
SALAM.....
5:46 AM | Author: Hamiza
SEKADAR PERINGATAN SEMULA UNTUK SEMUA UMAT ISLAM.....

Sunnah Rasulallah s.a.w. dalam bab memberi salam. Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh"......

1) Beri salam - assalamualaikum" Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"......

2) Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada PULAN ye" contoh lerr...

3)Bukannya : "Kirim salam kat PULAN ye" Dan bukannya "Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan! Semoga ada manfaat.

4)"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot" Maksud singkatan " A'kum" Untuk renungan bersama : Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan. Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "As Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.

5) Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email.

6)Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.

7) Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya.

WALLAHUALAM.........
TERDAPAT 9 JENIS ANAK SYAITAN...
5:21 AM | Author: Hamiza
UMAR AL-KHATTAB BERKATA,TERDAPAT 9 JENIS ANAK SYAITAN........

1)ZALITUUN......

>>> Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2). WATHIIN.....

>>>Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3) A'AWAN.......

>>>Menghasut sultan/raja/ pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4). HAFFAF.......

>>>Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).

5). MURRAH.....

>>>Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

6). MASUUD.......

>>> Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.

7). DAASIM.......

>>> (# BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8). WALAHAAN.......

>>> Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain..

9). LAKHUUS........

>>> Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari

WALLAHUALAM......
AMALAN MANDI....
4:33 AM | Author: Hamiza
KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.

Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

1)Mengeluarkan racun:

Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.

2) Jangkitan kulit :

Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

3)Selesema dan sakit kepala :

Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

4) Insomnia :

Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda. Yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selsema dan sembelit. Pesanan:-. kalau ramai orang dapat baca artikel ni....lagi bagus kan?
KAWAN TU MACAM MANA ERK.....
4:17 AM | Author: Hamiza
1)Kawan tu bkn mcm maen FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak.....

2)Kawan tu bkn mcm maen SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak..

3)Kawan tu bkn mcm maen RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..

4)Kawan tu bknnya mcm PAMPERS.. dah pakai, buang..

5)Kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.

6)Kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..

7)Kawan tu bkn mcm KERETA. Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..

8)Kawan tu bkn mcm CHIPSMORE.. skejap ade skjp tak..

9)Kawan tu bkn mcm BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.

10)Lagi.....kawan tu mcm ape ye???? Haa..kawan tu mcm AWAK LA. . bila saya hantar msg, awak akan baca msg saya dgn teliti sampai habis. Walau ape pun tanggapan org tentang kawan.. bagi saya, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya.. :)