UTK PEDOMAN BERSAMA....PENTING!!!!!!
5:41 PM | Author: Hamiza
TAJUK : ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL..

BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN SEMUA...HIDUP SEBAGAI SEORG BERNAMA ISLAM JGN TERUSAN DLM KEJAHILAN.....

Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.Perkahwinan seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat Tahu anak pregnant luar nikah, cepat cepat kahwinkan...

Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila.... .Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda disini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak bolehmengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?
Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim(atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?
Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini,apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya.

Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

Kesimpulannya: Ibubapa, saudara mara, org2 kampung, tok2 imam, tok2 kadi Dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan,membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat... .

Tolong jangan abaikan artikel ini. Ini merupakan satu perkara yang serious jadi, fahami Dan dalami betul-betul Dan bincanglah dengan Imam/ustaz sekiranya perlu.

Mafhumnya:Katakanlah: 'Sesungguhnya sembahyangku Dan ibadatku, hidupku Dan matiku,hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara Dan mentadbirkan sekalian alam'.

WAHAI PARA SAHABATKU... .INSAFI LAH DIRI.
RENUNGAN BERSAMA....
5:30 PM | Author: Hamiza
MIMPI SEORANG GADIS - MESTI BACA!

Untuk Renungan Bersama.

Bismillahirrahmanir rahim....Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi) oleh Ustazah Noorbayah Mahmood...

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan kedalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya."Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"Lalu gadis malang ini pun menceritakan hal yang berlaku padanya :-

"Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi."Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka.Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata."

Gadis itu berhenti seketika menahan sebak."Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya?

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja. Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi.

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.

Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur....Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi.Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam.Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah.Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah- mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"....

"WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA"....
DIET RASULULLAH S.A.W......
5:40 PM | Author: Hamiza
JENIS MAKANAN...

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh sembarangan. Hal inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lainnya.Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan minum SUSU bersama DAGING....
Jangan makan DAGING bersama IKAN....
Jangan makan IKAN bersama SUSU....
Jangan makan AYAM bersama SUSU....
Jangan makan IKAN bersama TELUR....
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD....
Jangan minum SUSU bersama CUKA....
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL...

CARA MAKAN....

JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI. (yang nie tak boleh buat kat office...;))

JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM .. BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya..... cubalah..... ......... .Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek.... Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.

Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. Kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:
Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud.

Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)

Wassalam...Sama-samalah kita mengamalkannya. ......

WallahuA'lam
Sabda nabi, Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insya Allah... Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya..

HANYA RENUNGAN...
5:47 AM | Author: Hamiza
Luangkanlah waktu sejenak untuk membaca dan merenungkan pesan ini.

SUARA YANG DIDENGAR MAYAT...

Yang Akan Ikut Mayat Adalah Tiga hal yaitu;.

1)Keluarga
2)Hartanya
3)Amalnya Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya yaitu ;

1)Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2)Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad ... Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, " Wahai Fulan Anak Si Fulan..

· - Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu
· - Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu
· - Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu
· - Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu."

Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, " Wahai Fulan Anak Si Fulan...
· - Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah
· - Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara
· - Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa
· - Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Raib Tak Bersuara "

Ketika Mayat Siap Dikafan ... Suara Dari Langit Terdengar Memekik,"Wahai Fulan Anak Si Fulan
· - Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan Ridha
· - Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah
· - Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
· - Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
· - Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan."

Ketika MayatDiusung. ... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..
· - Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
· - Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat
· - Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat."

Ketika Mayat Siap Disholatkan .... Terdengar Dari Langit Suara Memekik, "Wahai Fulan Anak Si Fulan..
· - Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
· - Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
· - Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk."

Ketika MayatDibaringkan Di Liang Lahat .... terdengar Suara Memekik Dari Langit,"Wahai Fulan Anak Si Fulan...
· Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini

Wahai Fulan Anak Si Fulan...
· - Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
· - Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka
· - Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa."

Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian... . Allah Berkata Kepadanya, "Wahai Hamba-Ku .... .
· Kini Kau Tinggal Seorang Diri
· Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
· Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..
· Mereka Pergi Meninggalkanmu. . Seorang Diri
· Padahal , Karena Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku

· Hari Ini,....
· Akan Kutunjukan Kepadamu
· Kasih Sayang-Ku
· Yang Akan Takjub Seisi Alam
· Aku Akan Menyayangimu
· Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya".

Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman , " Wahai Jiwa Yang Tenang
· Kembalilah Kepada Tuhanmu
· Dengan Hati Yang Puas Lagi Diridhai-Nya
· Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku
· Dan Masuklah Ke Dalam Jannah -Ku"

Semoga Kematian akan menjadi pelajaran yang berharga bagi kita dalam menjalani hidup ini.
Rasulullah SAW. menganjurkan kita untuk senantiasa mengingat mati (maut) dan dalam sebuah hadithnya yang lain, beliau bersabda "wakafa bi almauti wa'idha", ertinya, cukuplah mati itu akan menjadi pelajaran bagimu!

Semoga bermanfaat bagi kita semua, Amiin....
Alhamdulillah, Anda beruntung telah terpilih untuk mendapatkan kesempatan membaca mesej ini . Aktifitas keseharian kita selalu mencuri konsentrasi kita . kita seolah lupa dengan sesuatu yang kita tak pernah tau bila kedatangannya. Sesuatu yang bagi sebahagian orang sangat menakutkan.
Tahukah kita bila kematian akan menjemput kita???

WALLAHUALAM...
Subjek:Makanan yang dilarang untuk pengantin perempuan...

RASULULLAH S.A.W...
ADAB UZ-ZIFAF Ahmad telah menceritakan : "Telah menceritakan kepada kami oleh 'Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : "Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda :

"Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia)tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia)membasuh kedua-dua kakinya . Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh (70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu,! dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila, sawan(gila babi) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut.

Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :

1) Susu
2) Cuka
3) Coriander (Ketumbar)
4) Apple Masam

Saidina Ali r.a bertanya : "Wahai Rasulullah,mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?" Baginda menjawab : "Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan)ini untuk menghalang dari dapat anak.

Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak." Saidina Ali r.a ! bertanya : "Wahai rasulullah,mengapakah cuka itu di larang..? (semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan)." Baginda menjawab : "Apabila ia minum cuka semasa haid,sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna .

Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid didalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran . Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya." "WAHAI ALI PELIHARALAH WASIATKU INI SEBAGAIMANA AKU TELAH MEMELIHARANYA DARI JIBRIL A.S."

WASSALAM...
ADA TAK SUAMI OR PAKWE CAMNI...
6:09 PM | Author: Hamiza
Saya suka tengok jari awek saya.....
Cantik betol... Sungguh!
Sampai takut nak pegang...Bukan takut patah...
Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other....
Di satu hari yang giler forever depan yang maha Esa...

Saya suka tengok rambut awek saya...
Cantik betol... Sungguh!
Sebab tu saya belikan tudung...
Bukan sebab jeles orang lain dapat tengok jugak.....
Tapi takut nanti terbakar dek api neraka
Di suatu hari yang giler forever

Saya suka tengok body awek saya....
Cantik betol... Sungguh!
Sebab tu saya belikan dia telekong....
Supaya mase die jumpa dengan Kekasih die Yang Utama...
Dia lagi cantik dan berseri menghadap NYA...
Saya pun tumpang dapat pahala. Pheh syoknye...

Saya sedih tengok awek saya....
Tak tido, tak makan rindu kat saya...
Saya pun macam tu jugak,
Ada problem yang sama..
Die tanya apa ubatnya?
Saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa...
Semoga lebih cintakan NYA dari saya...

Saya sedih tengok awek saya....
Selalu pesan macam-macam kat saya...
"Makan, minum, drive elok-elok tau..
Nanti awak sakit saye susah ati bla bla bla bla" katenya....
Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib gitu...
Die tak kata satu aper pun....
Berdosanye saya....

Kesimpulannya saya memang sayang dia....
Nak jumper die giler forever...
Yang forever punye forever...
Di dunia dan akhirat terutamanya,Janji nak share heaven sama-sama...
Bahagia selamanya...Semoga kami saling mengingati,
Dosa sendiri pun infiniti...
Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni...

Semoga kami menginsafi diri...
Ya Allah ampunkanlah kami.....
Semoga kami dapat bersama selamanya nanti...

P/s - andai anda seorang wanita muslimah...Mesti seronok kan kalau pasangan kita berfikiran camtu....Then kalu anda seorang muslim...Apa kata tanamkan dalam hati camtu...
Cinta tu anugerah Allah......Pandai-pandai la kita menjaga nikmat Allah itu ye..... Semoga saya pun ambik iktibar gak....

Wassalam ..
DISEBALIK PESONA PERIBADI MUSLIMAH....
5:57 PM | Author: Hamiza
Suatu ketika, ada seorang anak laki-laki yang bertanya kepada ibunya. "Ibu, mengapa Ibu menangis?". Ibunya menjawab, "Sebab, Ibu adalah seorang wanita, Nak"."Aku tak mengerti" kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kamu memang tak akan pernah mengerti…."Kemudian, anak itu bertanya pada ayahnya. "Ayah, mengapa Ibu menangis? Sepertinya Ibu menangis tanpa ada sebab yang jelas?"Sang ayah menjawab, "Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan". Hanya itu jawaban yang bisa diberikan ayahnya.

Lama kemudian, si anak tumbuh menjadi remaja dan tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan."Ya Allah, mengapa wanita mudah sekali menangis?" Dalam mimpinya, Tuhan menjawab, "Saat Kuciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.

Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga, bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur. Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan, dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau, seringkali pula, ia kerap berulangkali menerima cerca dari anaknya itu. Kuberikan keperkasaan, yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah, saat semua orang sudah putus asa.

Pada wanita, Kuberikan kesabaran, untuk merawat keluarganya, walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah. Kuberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang, untuk mencintai semua anaknya, dalam kondisi apapun, dan dalam situasi apapun.. Walau, tak jarang anak-anaknya itu melukai perasaannya, melukai hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang terkantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa-masa sulit, dan menjadi pelindung baginya. Sebab, bukankah tulang rusuklah yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak? Kuberikan kepadanya kebijaksanaan, dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyadarkan, bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai istrinya.

Walau, seringkali pula, kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami, agar tetap berdiri, sejajar, saling melengkapi, dan saling menyayangi.Dan, akhirnya, Kuberikan ia air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Kuberikan kepada wanita, agar dapat digunakan kapanpun ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, air mata ini adalah air mata kehidupan".

Maka, dekatkanlah diri kita pada sang Ibu jika beliau masih hidup, karena di kakinyalah kita menemukan surga.Itulah pesona pribadi yang lahir dari seorang Ibu/wanita yang tulus, tak pernah lekang oleh waktu, tak pernah lekang oleh usia, sekalipun usia makin lapuk, jika pesona kepribadian itu sudah melekat dalam dirinya, pesona bathiniyah itu akan terus memancar lewat seraut wajah yang tampak, lewat tindakan, ucapan, tindakan juga perbuatan seorang muslimah.

WASSALAM...
KISAH NYATA...dr seorang teman
2:23 AM | Author: Hamiza
MATEMATIKA SHADAQAH-KISAH NYATA...

Pagi ini saya mendapatkan email yang sangat luar biasa dari seorang teman. Beliau tinggal di salah satu daerah yang jauh dari orang tuanya, karena untuk menuntut ilmu. Setiap bulan dapat kiriman secukupnya untuk kebutuhan kos dan makan serta biaya kuliahnya. Begini isi emailnya (mohon maaf tempat dan nama pengirim saya samarkan, dan saya sudah diizinkan beliau untuk menyebarkan kisah nyata ini, isi emailnya-pun sudah saya edit tetapi tidak mengurangi maksud yang ingin teman saya sampaikan).

Assalamu’alaikum sahabatku, apa kabar?, mudah-mudahan kita selalu berada dalam lindungan dan kasih sayang Allah. Saya punya cerita indah yang wajib untuk saya sampaikan. Setahun yang lalu saya mengikuti pengajian yang dibawakan oleh ust. Yusuf Mansur di sebuah tempat.

Isi ceramah beliau adalah tentang kekuatan shadaqah, beliau menyampaikan suatu firman Allah (maaf saya lupa surah dan ayatnya), bahwa Allah akan melipat gandakan apa yang kita berikan. Dalam ceramah beliau banyak sekali testimoni yang sudah menjadi bukti kekuatan shadaqah, sehingga saya mencoba untuk mulai dari diri saya sendiri.

Saya menyadari bahwa diri saya banyak sekali kekurangan dan kelemahan, bahkan saya sebagai hamba juga banyak mengecewakan Allah dalam hidup saya. Tetapi saya yakin dan seyakin-yakinnya kalau kita mau berusaha secara terus-menerus untuk melakukan kebaikan, PASTI Allah akan memberikan kemudahan dalam hidup kita, yang penting kita konsisten dan rutin secara terus menerus walau sedikit.

Pada waktu itu saya ingin sekali kuliah sambil bekerja. Dalam pekerjaannya itu saya ingin sekali memperoleh penghasilan Rp. 10 juta per bulan. Karena penghasilan ini merupakan IMPIAN saya. Saya bertanya dalam hati... APAKAH MUNGKIN??, dengan tingkat pendidikanku sekarang mendapatkan penghasilan sebesar itu.

Berdasar kepada firman Allah yang telah disampaikan ust. Yusuf Mansur, beliau menyampaikan dengan perhitungan sederhana, bahwa untuk mendapatkan Rp. 10 juta berarti kita juga HARUS MAU mengeluarkan 10%-nya, ini berarti saya HARUS MAU mengeluarkan shadaqah minimal Rp. 1 juta per bulan. Pada waktu itu saya sangat menyadari uang yang diberikan orang tua tidak cukup untuk dikeluarkan sebanyak itu per bulan. Saya sangat sedih, bagaimana cara melakukan ini. Perlu diketahui bahwa uang yang diberikan orang tua itu sebesar Rp. 1.5 juta per bulan, itu berarti uang saya sebulan hanya Rp. 500 rb saja. Sempat saya ragu untuk mengeluarkan uang tersebut untuk shadaqah.

Saya kembali membuka catatan dari ceramah ust. Yusuf Mansur tersebut. Waktu itu perhitungan diatas kertasnya seperti ini:Misalnya, seseorang memiliki uang Rp. 10 kemudian dishadaqahkan Rp.1, maka sisanya adalah Rp. 9, hitungan tersebut merupakan hitungan matematika manusia. Tapi ternyata matematika shadaqah itu berbeda. Karena janji Allah dalam firman diatas akan dilipatkan.

Maka matematika shadaqah itu seperti ini:10–
1=1910-
2=2810–
3=3710–
4=4610–
5=5510–
6=6410–
7=7310-
8=8210–
9=9110–
10=100

Coba perhatikan, 10-10 ternyata secara matematika shadaqah, hasilnya adalah 100. luar biasa, subhanalloh… Itu baru dikali akan 10 kali lipat. Bahkan janji Allah lebih dari itu.Dengan bismillah, tepatnya 2 bulan setelah saya mengikuti pengajian tersebut, saya mulai mencoba melakukan puasa rutin senin-kamis, tidak makan malam, terkadang dalam 1 hari tidak makan. Karena untuk mengurangi belanja makan (hanya cara ini yang bisa dilakukan). Toh dengan berpuasa kita juga tetap sehat. Setelah dihitung-hitung saya hanya mampu mengeluarkan Rp. 900 ribu per bulan saja, dan akhirnya saya keluarkan sebagai shadaqah pertama (nilainya besar menurut saya).

Pada waktu itu saya berikan ke masjid dekat dengan tempat kos saya. Terasa berat memang, tapi jika difikir kembali, kenapa kita harus merasa berat berjuang di jalan Allah. Bulan ke-2 pun alhamdulillah bisa saya keluarkan. Subhanallah, setelah mengeluarkan shadaqah di bulan ke-3, saya mendapatkan informasi dari teman mengenai lowongan kerja yang memang posisi dan bidang itu bisa saya lakukan.

Yang lebih terkejutnya lagi, gaji yang ditawarkan oleh perusahaan tersebut berapa???, apakah sahabat tau....???, demi Allah, gaji tersebut sebesar Rp. 9 juta per bulan, ini merupakan 10 kali lipat dari 900 ribu yang telah saya keluarkan baru 3 kali.

Alhamdulillah, dengan rezki yang telah Allah berikan tersebut, saat ini saya sudah membiayai seorang yatim piatu untuk keperluannya tiap bulan, do’akan saya ya kak?, semoga kisah saya ini bisa diambil hikmahnya dan tidak ada maksud sama sekali untuk berbuat riak...

Segala sesuatu yang benar berasal dari Allah, dan segala yang salah itu merupakan kesalahan saya sendiri.Wassalamu’alaikum

Sahabatmu,IN

Begitulah kisah nyata yang disampaikan oleh teman saya.Saya tambahkan disini, bahwa janji Allah tersebut ada dalam firman-Nya:"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir: seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui." (QS. Al Baqarah: 261)

Sungguh kisah teman saya ini membuat hati jadi terhiris sehingga membuat pertanyaan besar dalam diri saya peribadi, SUDAHKAN KITA BERSHADAQAH HARI INI??....


wallahu’alam

Salam Sukses..
KEAJAIBAN SELAWAT....
11:52 PM | Author: Hamiza
Keajaiban Selawat...

1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescayaAllah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solatfardu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari,insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum.Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8)Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalam dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat,Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi dikalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh,Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca
selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21) Menurut Al-Hafiz Dimyati,
sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka- sangka baginya.

24) Jiwa yang
resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir,termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain

.26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkankeresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa
yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HRAbu Naim.

30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat- HR Thabrani

WALLAHUALAM..
IBU,ANAK DAN MENANTU...
5:47 PM | Author: Hamiza
Ibu, Anak Dan Menantu......

Suzana (nama sebenar)dan razman(nama sebenar) adalah pasangan yang paling bahagia dari sejak zaman sekolah..mereka sering kelihatan bersama di kantin, di dlm kelas mahupun waktu belajar di luar kelas... Sesudah tamatnya zaman persekolahan, mereka menyambung pelajaran di sebuah U swasta yg terletak di sekitar kuala lumpur... mereka bagaikan belangkas yang x dapat di pisahkan lagi.........tetapi dalam setiap percintaan mesti ada dugaan nya.. ‘

Salmah seorang ibu yg bengis & terlalu mengongkong keluarganya untuk mengikuti sgala kehendak nya.. Salmah adalah ibu kpd Suzana.
Pada suatu hari, Salmah mendapat tahu bahawa anak tunggalnya keluar dgn seorang lelaki iaitu Razman. Dia mendengar khabar itu drpd jiran2 nya. Salmah pun naik berang dan sgt marah terhadap Razman & mnyimpan dendam terhadap Razman..

Salmah sanggup memberhentikan pengajian anaknya dari belajar di U itu........dengan niat utk memisahkan mereka.
Setelah 3 bulan Suzana berhenti, datanglah Razman dgn rombongan meminangnya ke rumah Suzana. Ibu nya terpaksa akur dgn perhubungan percintaan mereka kerana menyedari bahawa jodoh anaknya itu memang kuat untuk Razman.

Setelah setahun berlalu mereka pun di ijab qabul kan ...... Mereka berdua bercadang hendak pergi honeymoon ke Pulau Tioman.......tapi malang telah menimpa mereka......
Razman dan Suzana telah mendapat kemalangan semasa dalam perjalanan ke Pulau Tioman. Salmah bertambah marah kerana kemalangan itu menyebabkan muka Suzana mengalami luka yang teruk sehingga kulit muka nya tersiat. Malah meninggalkan kesan yang amat menakutkan......

Sejak kemalangan itu kebencian Salmah terhadap Razman begitu membuak2. Razman berasa kecewa akan sikap Ibu mertuanya......tambahan mengetahui berita tentang wajah isterinya anaknya menjadi cacat seumur hidup.

Razman cuba utk memperbaiki keadaan........Razman bertemu dengan doktor bagi merawat muka isterinya dengan cara mendermakan kulitnya. Perkara ini Razman telah memohon agar doktor berjanji tidak akan menceritakan kepada isteri dan ibu mertuanya.

Setelah seminggu Suzana membuat pembedahan muka, Salmah begitu gembira melihat perkembangan muka anaknya dan memeluk cium muka anaknya. Namun dendamnya terhadap menantu tidak pernah padam. Doktor tersenyum melihat kegembiraan Suzana dan ibunya.
Salmah bertanya kepada doktor dengan penuh harapan siapakah insan yang sanggup mendermakan kulit untuk pembedahan muka anaknya. Doktor terdiam seketika lalu menjawab......penderma tersebut menyuruh saya agar tidak memberitahu akan identitinya kepada puan. Salmah akur dan kecewa dengan jawapan dari doktor tersebut dan mencium muka anaknya berkali-kali.

......................... Sebenarnya Doktor telah menyimpan rahsia Razman yang mana telah mendermakan kulit punggungnya untuk pembedahan muka isteri kesayangannya. Cuba lah kalau rahsia ini terbongkar dan Salmah (ibu mertuanya) tahu yang pipi anaknya di cium berkali-kali itu adalah kulit punggung menantunya yang dibenci.

Macamana erkkk riaksi ibu mertua.....

*HAHAHAHAHA
KESABARAN DALAM BERKELUARGA....
8:14 PM | Author: Hamiza
Menggapai Kesabaran Dalam Berkeluarga....

Pada zaman Khalifah Al-Manshur, salah seorang menterinya, Al-Ashma'i,melakukan perburuan. Kerana terlalu asyik mengejar haiwan buruan, dia terpisah dari kelompoknya dan tersesat di tengah padang sahara. Ketika rasa haus mulai mencekiknya, di kejauhan dia melihat sebuah khemah. Terasing dan sendirian. Dia memacu kudanya ke arah sana dan menemukan penghuni yang memukau; wanita muda dan jelita. Dia meminta air.

Wanita itu berkata, "Ada air sedikit, tetapi aku persiapkan hanya untuk suamiku. Ada sisa minumanku. Kalau engkau ingin, ambillah". Tiba-tiba wajah wanita itu tampak berwaspada. Dia memandang kepulan debu dari kejauhan. "Suamiku datang," katanya. Wanita itu kemudian menyiapkan air minuman dan kain pembersih. Lelaki yang datang itu lebih mudah disebut "manusia kasar".

Seorang tua yang jelek dan menakutkan. Mulutnya tidak henti-hentinya mengherdik isterinya. Tidak satu pun perkataan keluar dari mulut perempuan itu. Dia membersihkan kaki suaminya,menyerahkan minuman dengan khidmat, dan memimpinnya dengan mesra masukke khemah.

Sebelum pergi, Al-Ashma'i bertanya, "Engkau muda, cantik, dan setia.Kombinasi yang jarang sekali terjadi. Mengapa engkau korbankan dirimu untuk melayani lelaki tua yang berakhlak buruk". Jawapan wanita itu mengejutkan Al-Ashma'i, "Rasulullah bersabda, agama itu terdiri dari dua bahagian: syukur dan sabar. Aku bersyukur kerana Allah telah menganugerahkan kepadaku kemudaan, kecantikan, dan perlindungan. Ia membimbingku untuk berakhlak baik. Aku telahmelaksanakan separuh agamaku. Kerana itu, aku ingin melengkapi agamaku dengan separuhnya lagi, yakni bersabar."

Empat Bidang Kesabaran dapat melahirkan keajaiban. Salah satunya tergambar dalam kisah di atas. Dengan kesabaran, wanita cantik tadi mampu berbakti kepada suaminya yang berakhlak buruk. Sesuatu yang terkadang sukar dicerna oleh rasional. Tidak diragukan lagi, kesabaran adalah satu tiang penting dalam pernikahan setelah lurusnya niat. Kekal tidaknya sebuah pernikahan sangat ditentukan oleh seberapa jauh tingkat kesabaran yang dimiliki suami isteri.

Makin banyak bekal kesabaran yang dimiliki, maka akan makin kukuh pula bangunan pernikahan yang dijalani. Tapi makin sedikit kesabaran yang dimiliki, maka makin besar pula kemungkinan hancurnya sebuah pernikahan. Demikian pentingnya sabar dalam pernikahan, ada orang mengatakan;

"Bila sebelum nikah kesabaran kita hanya satu, maka setelah nikah kesabaran kita harus seratus." Persoalannya, kesabaran bagaimanakah yang harus kita miliki dalam menjalani pernikahan?

WALLAHUALAM...
APA YG DINAMAKAN SIFAT SABAR...
7:53 PM | Author: Hamiza
Ada Empat Macam Bidang Kesabaran......

Pertama :
Sabar menghadapi kekurangan pasangan. Pernikahan adalah kesimpulanterakhir setelah seseorang mempertimbangkan semua kekurangan dan kelebihan pasangan. Tidak pada tempatnya bila setelah menikah seorang suami mengeluhkan kekurangan yang ada pada isterinya. Demikian pula sebaliknya. Masing-masing harus menerima kekurangan atau kelebihan pasangannya dengan penuh kesabaran. Pernikahan adalah perantaraan untuk saling melengkapi, bukan untuk saling mengalahkan.

"Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu."

QS An-Nisaa' : 1 Salah satu hakikat sabar dalam pernikahan adalah menghilangkan keluh kesah pada saat tidak enaknya menghadapi segala kekurangan. Tidak ada keluh kesah selain pada Allah SWT. Kerana itu, Rasulullah SAW mengingatkan bahawa sesiapa sahaja yang menikah kerana ketampanan atau kecantikan, maka satu saat rupa tersebut akan menghinakannya.

Kecantikan dan ketampanan itu sementara sifatnya, tidak kekal. Ketika belum menikah, pasangan kita begitu cantik, tapi setelah mempunyai anak maka kecantikan itu akan semakin menurun untuk kemudian hilang sama sekali setelah tua. Tanpa adanya kesabaran, sebuah rumahtangga tidak akanbertahan lama.

Kedua :
Sabar menghadapi godaan. Rumahtangga itu laksana perahu. Untuk mencapai pula kebahagiaan di syurga, perahu itu harus belayar mengharungi luasnya samudera masalah. Indahnya pernikahan analog dengan indahnya pantai.Namun jangan lupa, sesiapa sahaja siapa yang bertolak dari pantai untuk menyeberangi lautan, maka ia akan menemukan ganasnya ombak. Sesiapa saja yang tidak membawa bekal dan persiapan yang matang, tidak mustahil bahtera rumahtangganya akan karam ditelan gelombang. Nikah adalah ikatan yang teramat suci lagi kuat, mitsaqan ghalidza,sehingga jangan dinodai dengan saling menyakiti..

Dalam Al-Quran, kata mitsaqan ghalidza dipakai untuk menyebutkan ikatan antara Allah dengan RasulNya. Tidak akan pernah sukses seorang suami yang sering menyakiti isterinya. Walau awalnya bergelimang harta, sukses dalam kerjaya, tetapi pada suatu saat ia akan menemui kehancuran. Begitu pula seorang isteri yang tidak taat dan selalu menyakiti suaminya, hidupnya tidak akan berkah dan bahagia. Kerana itu, suami isteri harus mempunyai komitmen untuk saling setia.Inilah hakikat mitsaqan ghalidza. Sehingga, menjaga tali pernikahan agar tetap kukuh adalah jihad akbar. Arasy' tidak akan bergoncang saat seseorang meninggalkan shaum wajib, tidak akan bergoncang saat seseorang lalai dalam sholat, namun ia akan bergoncang tatkala sepasang suami isteri memutuskan untuk bercerai.

Pernikahan itu menandai bersatunya darah daging suami dan isteri. Kerana sudah bersatu, maka tidak mungkin lagi ada rahsia. Syurga boleh terbuka kerana pernikahan, dan neraka pun boleh terbuka lebar kerana pernikahan.Orang yang menyayangi isteri atau suaminya, mereka akan disayangi YangMaha Penyayang.

Rasulullah SAW bersabda; " Orang-orang yang kasih sayang (al-rahimun) akan dikasih sayangi oleh yang Maha Kasih Sayang (Al-Rahman). Kerana itu kasih sayangilah manusia dibumi maka Dia yang di langit akan kasih-sayang kepadamu".

Ketiga :
Sabar menghadapi kekurangan dan keterbatasan rezeki . Berapa pun rezeki yang kita dapat , kita harus mampu mensyukurinya . Dengan syukur itulah Allah akan menolong rumahtangga kita dan melipat gandakan rezeki yang kita dapatkan .

Allah SWT berfirman ; " Sesungguhnya jika kamu bersyukur , pasti Kami akan menambah ( nikmat)kepadamu , dan jika kamu mengingkari ( nikmatKu), maka sesungguhnya azabKu sangat pedih "QS Ibrahim : 7

Keempat :
Sabar menghadapi keluarga dari pihak suami atau isteri. Dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW mengungkapkan bahawa pernikahan itu mengawali bertemunya dua keluarga besar . Kerana pertemuan dua keluarga, maka yang nikah bukan aku, tetapi kami. Berkaitan dengan hal ini, Imam Syafi 'i menganjurkan agar orang tua memilihkan jodoh untuk anaknya, dengan catatan anaknya harus saling mencintai. Sesiapa pun yang akan menikah, maka ia harus sedia mempunyai dua ayah dan dua ibu . Ia pun harus bersedia menghurmati mertua sebagaimana menghormati kedua orang tuanya.

"Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaumkerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu."

QS Az-Zumar : 10 Sabar adalah sebuah kenescayaan. Kerana itu, dalam QS Az-Zumar Ayat 10,Allah SWT menjanjikan pahala luar biasa bagi orang yang sabar.Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.

Wallahu'alam.
LIMA PERKARA YG PERLU DI INGAT...
9:33 PM | Author: Hamiza
Lima perkara semua Kita mahukannya Dan Kita usaha utk mendapatkannya
1:-وجه جمي ل
wajah yang cantik

2:- فلوس بالملاين
duit yang banyak

3:- صحة قوية
kesihatan yang baik

4:- اولاد شاطرين وفالحين مثلنا
anak2 yg cerdik Dan berjaya macam Kita

5:- نوم عميق من دون مهدئات و أدوية
tidur yang nenyak tanpa ganguanسهلة جدا و بوصفة سحرية و سهلة تستغرق 15 دقيقة يومياً ! كيف؟؟؟؟؟

Senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap Hari.قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم :
Kata nabi sawمن ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه

Siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya

Dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat
بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس في

Dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,Dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat
أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة
Dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak

بلغ عن الرسول (صلى الله عليه وآله وسلم ) ولو آية
Sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat

WALLAHUALAM..
KESAH BENAR SEORANG TEMAN...
6:37 PM | Author: Hamiza
Kisah Benar Daging Babi Masak Rendang


Assalamualaikum,

Berwaspada lah ketika memberi nasi lemak orang2 Indon ya....Ini adalah kisah benar....... ..

Just to contribute dijual oleh perempuan Indon.... Lately, we can see banyak makcik-makcik, kakak-kakak yg menjual nasi lemak, especially pada kawasan perumahan baru.. Sometimes kita tak begitu teliti samada yang jual nasi lemak tu Indon ke, malay ke....becoz nampak sama saja,skaf or just anak tudung.

This story happened to myself..last few month in Selangor (before I shift to JB). Setelah berpindah kerumah yg baru kami beli di satu kawasan yang sedang membangun di salah satu daerah di Selangor, breakfast, I cari yg nampak bersih and the lady mesti pakai skaf (Muslim, I supposed) So I jumpa satu makcik....jual nasi lemak, very nice nasi lemak, banyak lauk,ayam,daging, ikan dsbnya..presentationnya pun menarik, lauk-lauk dimasuk dalam bekas yang cantik, mejanya bersih, semua ada cover termasuklah kepalanya sekali..... then I continue jadi dia punya regular customer.

For almost two weeks I really enjoyed her nasi lemak......, until one day I terserempak dengan seorang Chinese lady, asking that makcik "apa lauk yang special hari ni..??" Dengan pelat yg Kurang indonannya mungkin dah lama kat sini).. dia menjawab... ......Ikan sambel ada, ayam sambel ada, daging lembu rendang ada, DAGING BABI MASAK RENDANG ada, bla, bla, bla,....."

Hampir nak pengsan saya dibuatnya nasib baiklah sebelum ni saya hanya membeli nasi lemak biasa dan adalah sekali dua beli nasi berlaukkan ayam......)..So,I asked her.....are you muslim?? She say NO..!!! Then I ask her why is she wearing anak tudung.....guess what she told me..... takut rambut jatuh dalam nasi supaya nampak bersih...... ....

So, be carefull.... .esspecially if you just! shift to new housing area coz there are a lot of Indon workers and may be their wife looking for extra money, then they decide to sell nasi lemak...., just BECAREFULL!!!

WASSALAM..
.
RENUNGAN DAN TAULADAN...
6:22 PM | Author: Hamiza
*KISAH BENAR - WASIAT BUAT ISTERI TERSAYANG.....

Semoga cerita ini dapat kita ambil sebagai pengajaran. InsyaAllah.
Buat semua, pada yang dah berkahwin, baru nak kawin ataupun akan kawin nanti,kisah nie biarlah tersemat didalam jiwa...

Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A), telah pun kembali ke rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).Allahyarham adalah merupakan seorang yang amat di hormati dan di segani di kampung beliau. Semasa jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham tidak berhenti-henti meratap jenazahnya sambil merungut-rungut.

Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudaraAllahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu. Beliau merasa amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah.Kira-kira 10 minit kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun sampai.Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan sebabnya.

Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu. Antara jawapannya ialah: Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).Tanah pusaka milik suaminya tidak sempat ditukarkan kenama beliau dan anak-anaknya. Suaminya tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya kepada beliau (Allahyarhammemegang saham sebanyak 50% dan 5 orang adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).

Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya. Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini. Di samping itu, arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah di pinggir Putra Jaya dan kira-kira 50 ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil. Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6 tahun.

Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer perniagaannya di serahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan,dan 20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara perempuannya sebagai pemegang amanah. Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara lakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya. Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, di berikan tanah 15 ekar seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.Saham-sahamnya diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%. Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untukmenampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi. Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau,dan hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam. Harta-hartanya yang lain iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima; manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan kakaknya.

Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh isterinya). Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.'Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali keampunan. Terlalu banyak dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga.' 'Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi jika aku sihat.' 'Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah). Kain bajuku tidak pernah diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga.' 'Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas seharianku,anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai pengganti ibu).'

Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu, barulah penulis faham mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada disisi jenazahnya. Marilah kita renungi bersama. Semoga dengan apa yang terjadi di atas,akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat Islam.

She should be thankful..... she got the forgiveness from her husband....

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a..w.bersabda, 'Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!