Al-Fatihah untuk Arwah Pemilik Blog Ini.
6:46 PM | Author: Hamiza
Assalamu'alaikum..wr wb

Kepada semua warga pengunjung blog Hamiza-NKY ini,

Saya adalah wakil kepada KAMARIAH BT MD YUSOF (HAMIZA [Nama panggilan] )..

Dengan ini, saya harap kpd semua pengunjung dapatlah kiranya sedekahkan Al-fatihah utk beliau yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 5.30a.m 7hb Februari 2010 yg lalu di h0spital Sg.Bul0h..

Pada 4.2.2010 (khamis) yg lalu, waktu petang, beliau mengadu sakit perut yg amat sgt. Pada mulanya kami menyangka beliau hanyalah sakit perut biasa sahaja. Kami mendapatkan rawatan drpd pembantu perubatan & seterusnya refer ke hospital sungai buluh kerana sakit yg tidak reda sehingga awal pagi jam 2. Setelah membuat pemeriksaan x-ray, doktor masih ragu sama ada beliau berkemungkinan menghidap sakit Gastrik atau Apandiks.

Lebih kurang jam 5 pagi, beliau telah dihantar ke wad utk pemeriksaan lanjut. Tengahari 5.2.2010, hari jumaat, kami dimaklumkan beliau telah melalui rawatan ctscan dan doktor mengesahkan terdapat ketumbuhan kecil di bawah bahagian bawah hati dan di bahagian pembuluh darah utama yang menyalurkan darah ke buah pinggang pula telah koyak dan darah beku telah menghalang pengaliran darah ke buah pinggang yg secara langsung sebelah buah pinggangnya telah rosak. Itulah yg menyebabkan beliau sakit yg teramat sangat.

Kami diberitahu beliau akan dipindahkan ke hospital Serdang pada malam itu utk membuat pembedahan kerana pakar saluran darah hanya terdapat di Serdang, HKL dan IJN. Walaubagaimanapun, pemindahan tidak dpt dilakukan kerana tekanan darah yg terlalu tinggi. Jadi, doktor terpaksa menunggu tekanan darah menurun hingga ke tahap seminimum yg boleh supaya tidak menghadapi risiko yg terlalu tinggi. Doktor telah menangguhkan pemindahan pd mlm itu ke pagi sabtu 6.2.2010..

Pada pagi sabtu 6.2.2010 pula, tekanan darah masih tidak turun ke tahap yg dikehendaki namun keadaan beliau tidak menampakkan sebarang tanda2 kritikal. Hanya di waktu tengahari pada waktu melawat, lebih kurang jam 1.30pm tiba2 semua yg melawat terkejut apabila beliau tiba2 kekejangan dan semua doktor yg berada disitu bergegas memberikan rawatan. Segala usaha telah dilakukan termasuk memasang mesin2 bantuan dan doktor telah melakukan ctscan sekali lagi di bahagian otak pula.

Setelah itu, kami dimaklumkan oleh doktor bahawa terdapat pula saluran darah dibahagian tengah otak telah pecah. Dan menurut doktor berkemungkinan peluang beliau utk terus hidup, amat tipis. Sehinggalah kami diberitahu lebih kurang jam 5.30a.m, beliau telah pun pergi menghadap Ilahi.Ya Allah, ampunilah dia.amiin.

--------------------------------------------------------------

Saya berharap anda semua dapat memaafkan Arwah sekiranya beliau ada terlanjur kata dan sebagainya. Saya berharap anda semua dapat memanfaatkan artikel-artikel yang telah dipostkan oleh beliau sebelum ini. Semoga segala yang baik mudah-mudahan Allah memberikan ganjaran kepada Arwah.

Harapan saya sebagai wakil beliau, sm0ge Arwah ditempatkan bersama dgn 0rg2 mukmin yang beriman. Aminn..

Al-Fatihah.....

TABIK SETAN..ASTAGHFIRULLAHALADZIIIMM..
3:51 AM | Author: Hamiza

Assalamualaikum wrbth...

Harapan dan doa saya sepanjang masa agar semua sahabat2 dn ahli keluarga saya dlm lindungan ALLAH sentiasa dr godaan iblis laknatullah..

Kali ni saya masih nak mengajak anda semua bermuhasabah diri dengan sikap anak2 muda kita sekarang,yg x habis2 dgn kerenah duniawi..selesai isu mandi buih skrg saya bentangkan pula isu segelintir anak2 muda kita sekarang yg suka mengagungkan budaya barat..

Sama2 ambil iktibar dan sama2 kita jaga adab sopan ahli keluarga kita..

Kini anak2 muda kita mengagungkan budaya ini..jom tgok..

TABIK SETAN

Horned God Represents the horned god of witchcraft. Pan or Cernunnos. Note the thumb under the fingers and given by the right hand.

Horned Hand The sign of recognition between those in the Occult. When pointed at someone it is meant to place a curse. Note the thumb over the fingers and given by the left hand.

Witch Sign or Moon Sign Used to salute the rising moon. Also used by surfers and football teams. This is the sign that the furor should be using to indicate the "Hook Um" horns, Not the 2 above


Anton LaVey, leader and founder of the Church of Satan.

Above: Anton LaVey, founder of the Church of Satan and author of The Satanic Bible, displaying the "Horned Hand" (also called the "satanic salute" and Il Cornuto) with his left hand, on the back cover of The Satanic Bible.

A Satanic Ritual

Above: (Satanists making the "Satanic salute" to an altar displaying the Goat of Mendes or Baphomet, to acknowledge their allegiance to Satan, during a Satanic ritual.)



Above, from the Satanic Bible: The ‘Satanic Salute’, Horned Hand or The Mano Cornuto is a signal of allegiance between members of Satanism to their ‘horned god’, a sign of recognition and allegiance.

MELAYU ISLAM....JUGA SAMA...!!!

Kesiannn... tengok mereka-mereka ni semua...


ENTAH APA BENDA LAH PERJUANGAN ANAK-ANAK MELAYU-ISLAM ZAMAN SEKARANG NI....

Dulu-dulu berjuangan menentang penjajah.. kemudian berjuang mendapatkan kemerdekaan. . kemudian berjuang utk mengekalkan kemerdekaan. . kemudian berjuang membangunkan negara.. SEKARANG NI.. ENTAH APA BENDA YANG SEDANG DIPERJUANGKAN. ..??????


Firman Allah SWT :
[7:179] Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

Hadis Rasulullah SAW:
Dari Abu Hurairah r.a., dari Rasulullah SAW., sabdanya: "Siapa yang tasbih tiga puluh tiga kali, tahmid tiga puluh tiga kali, takbir tiga puluh tiga kali, jadi jumlahnya sembilan puluh sembilan kali, kemudian dicukupkannya seratus dengan membaca: "La ilaha illallahu wahdahu la syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai-in qadir. Maka diampuni Allah segala kesalahannya, walaupun sebanyak buih di lautan." (Hadis riwayat Muslim)
¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

WASSALAM..