UMAR AL-KHATTAB BERKATA,TERDAPAT 9 JENIS ANAK SYAITAN........
1)ZALITUUN......
>>> Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2). WATHIIN.....
>>>Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3) A'AWAN.......
>>>Menghasut sultan/raja/ pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4). HAFFAF.......
>>>Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab malam & tempat yang ada minuman keras).
5). MURRAH.....
>>>Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.
6). MASUUD.......
>>> Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut.
7). DAASIM.......
>>> (# BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...) Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
8). WALAHAAN.......
>>> Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yang lain..
9). LAKHUUS........
>>> Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari
WALLAHUALAM......
Puasa Ramadhan 1441 H
4 years ago
0 comments: