SYAITAN DN HIDUNG..
6:28 PM | Author: Hamiza
SYAITAN DAN HIDUNG
Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur (Muslim)

Malah ada orang jatuh cinta kerana terpesona dengan hidung seseorang.Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan. Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur.

Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya.
Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung,
tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur. Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi.Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita,macam-macam dia bikin. (macam-macam adaa) Oleh itu bersihkanlah sebaik bangun dari tidur.Cara nak membersihkannya

Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil,bersihkanlah perlahan-lahan.
Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek
kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal,
boleh jadi juga lubang hidung akan menjadi luas macam serombong kapal daa.Nak bubuh sabun pun boleh, tetapi jangan le banyak sangat,
nanti berbuih pulak lubang hidung tu, boleh lemas tu, kan susah,
setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang hidung. Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya
kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah
dan dapat menghidu bau syurga (ini bergantung kepada amalan masing-masing).

Akhir kata........"Walaupun dirimu tidak kukenal,tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku"..hehehe

WALLAHUALAM..
|
This entry was posted on 6:28 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

1 comments:

On December 5, 2009 at 11:46 PM , Master Azlan said...

hehehe.. boleh tahan gak, pandai buat kelakar pengarang blog kita nie yer..

sy ada satu cadangan, bagaimana membersihkan lubang hidung. cara ini RASULULLAH mengamalkan ketika berwudhu'..
caranya, tangan kanan menakung air yang bersih, dan sebahagian di masukkan dalam mulut (untuk berkumur), dan sebahagian lagi diletakkan di hidung, dan kita manarik air masuk perlahan2.. boleh menarik air dengan hidung (macam ambik nafas laa) atau menyumbatkan air kedalam lubang hidung, dann kemudian, tangan kiri terus memicit hidung kebawah..
maksudnya, tangan kiri dari tulang hidung menarik ke bawah.. dan lakukan nye sebanyak 3 kali..
(semasa tangan kiri menarik hidung tu, air dalam mulut yang dah dikumur, dibuang keluar)..

tu cara RASULULLAH berkumur dan membersihkan hidung ketika berwudhu'..

ermmm, tak perlu laa pakai jari, or apa2 saja alat, kerana ingat rongga hidung amat laa sensitif. letak sabun jauh laa sekali.. hehehe..