KHASIAT LOBAK....
5:33 PM | Author: Hamiza



NAMA VERNAKULAR: Lobak merah

NAMA SAINS : Daucus carota

Lobak merah merupakan sayur yang mempunyai banyak khasiat .Lobak merah mengandungi beta carotene, vitamin B dan C , alpha carotene, klasium, dan potasium. Ia adalah baik untuk menguatkan sistem pertahanan badan untuk melawan penyakit. Ia juga meningkatkan pertumbuhan sel-sel- baru dan membuang toxic dalam badan .

Jus lobak merah boleh dijadikan sebagai minuman dan ia juga digunakan untuk baiki keadaan kulit kita. Lobak merah adalah amat berguna untuk mengurangkan masalah sakit jantung , diarrhea , dan juga mengatasi selsema iaitu dengan membentuk antibodi dalam badan.

Selain itu Lobak Merah juga kegunaannya memanaskan badan. Ia juga melancarkan aliran haid dan air kencing.

LOBAK PUTIH.

Lobak putih juga dikatakan mengandungi kandungan khasiat yang tinggi dan sering dikaitkan dengan mereka yang mengalami masalah penghadaman. Masalah perut meragam sering kali berlaku akibat ketidak hadaman makanan dan ia bukan sahaja menyakitkan tetapi turut menyebabkan seluruh badan terasa tidak selesa.Salah satu kaedah dalam perubatan tradisional untuk mengubati masalah perut meragam ialah dengan menggunakan lobak putih.

Selain daripada masalah ketidak hadaman makanan, lobak putih juga baik dimakan oleh mereka yang menghidap bronkitis, sakit tenggorok, asma, batuk dan selesema.Ia bertindak menentang bakteria, menguatkan limpa serta mempunyai kesan-kesan antipiretik. Berasal dari keluarga crucifera, lobak putih juga sesuai dimakan sebagai ulam terutamanya di kalangan mereka yang mengalami masalah kencing tidak lawas.

Di sini juga saya nak kongsi sedikit tips untuk buat sup lobak putih. Dikatakan Sup ini adalah baik untuk kesihatan buah pinggang….dan juga untuk ibu2 yg menyusukan anak…
Cara-caranya mudah sahaja…

1. Hiris bawang merah , bawang putih dan halia. Tumis dalam minyak yang sedikit.

2. Masukkan 3 cawan air dan rangka ayam.

3. Biar ia mendidih selama 15 minit. Masukkan serbuk pati ayam dan garam.

4. Akhir sekali, masukkan lobak putih yang telah dihiris bulat.

5. Biar ia mendidih sebentar dan boleh dihidangkan.

6. Boleh dihias dengan daun bawang dan daun sup dan tabur bawang goreng semasa menghidang.

WASSALAM...
|
This entry was posted on 5:33 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

1 comments:

On February 11, 2010 at 6:32 PM , hasan said...

Salam, bagus kalau ditambah lagi maklumat dengan kajian menyeluruh melalui sumber2 yang dipercayai. Pernah dengar daripada radio IKIM, lobak elok untuk mata. Sebab tu kalau lobak dipotong 2, kita akan lihat seperti mata dengan bulatan ditengahnya. Banyak lagi buahan lain yang Allah cipta untuk kebaikan manusia seperti kacang badam yang baik untuk otak yang bentuknya pun seperti otak.