ZAMAN INI....Gadis belum kahwin pun diseksa..
12:49 AM | Author: Hamiza
KADANG-kadang setelah mendengar cerita demi cerita dari kebanyakan wanita,maka saya terfikir mengapakah kebanyakan wanita begitu lemah,sanggup diperbodohkan oleh suami atau kekasihnya.

Apakah pada pandangan mereka dengan tunduk,menurut perintah,pemurah dan sebagainya maka mereka mendapat apa yang dicitakan.Adakah dengan menurut perintah,maka suami mereka akan jadi seorang suami yang baik dan rumahtangga lebih aman.

Malangnya semakin mereka tunduk dan menurut perintah,sisuami jadi lebih besar kepala,pembengis,kaki pukul,membelit,tambah-tambah bila dilihatnya siisteri lebih berjaya hidupnya dari dirinya sendirinya.Rasa rendah diri ini membuatkan mereka menjadi lebih "ganas" yang secara keseluruhannya berpunca dari rasa cemburu yang lebih berat kepada dengki.

Malangnya wanita yang lemah ini walau dicemburui dan dimarahi teruk sekalipun,sayangnya semakin menebal.Hinggalah kepada suatu keadaan yang tidak dapat ditanggungnya lagi akan menyebabkan mereka memberontak.

Ketika itu barulah tiada maaf bagimu.Hubungannya akan menjadi berputus arang berkerat rotan.
Tetapi untuk mencapai tahap itu dia mengambil masa yang terlalu lama,inilah yang berlaku keatas ramai kaum wanita seperti satu kisah ini yang menimpa kepada seorang gadis bernama Jun ini.

Kata jun nak katakan dia sudah bersuami,dia masih single,nak kata gadis,mereka macam suami isteri.Nak kata jadi perempuan simpanan yang sepatutnya hidup senang lenang atau kaya raya,sebaliknya hidupnya susah malah simpanannya habis dikikis.

"Saya bekerja di sebuah syarikat swata,bukan pangkat tinggi tapi pendapatan boleh tahan ditambah dengan bonus melebihi kecukupan saya dan membolehkan saya menyimpannya sedikit di bank.Lagipun saya bukan seorang yang boros.
"Ditakdirkan saya berkenalan dengan seorng lelaki yang lebih 10 tahun tua dari saya.Perkenalan kami tidak sengaja,kerana dia sering datang kepejabat kononnya ada urusan kerja.Akhirnya kami berkawan rapat.Tak sampai enam bulan dia sudah melahirkan hasrat untuk melamar saya.
"Memang saya terkejut,sebab saya tak kenal dia lebih mendalam,kedua baru berkenalan dan ketiga sebelum saya tanya banyak dia mengaku yang dia pernah berkahwin dan mempunyai dua orang anak,kini duda sudah empat tahun.

"Kerana percayakan dia duda,lantas saya menerima lamarannya,dia kenalkan saya dengan keluarganya,tapi cuma kenal begitu aje.Dan saya yakin akan hasratnya itu.Keluarganya juga tidak bercerita banyak tentang dirinya.
"Kerana percayakan akan dipinang saya pun tunggulah.Dan kerana bodoh,saya bagi dia pinjam duit konon buat modal dia berniaga.Kalau dia berjaya jadi usahawan nanti,saya juga akan senang.Jadi saya pun percaya dan saya hulur Rm $5.000.
"Lepas dua bulan dia minta lagi $5.000 kerana dapat perojek baik.Tanpa banyak soal saya hulur lagi.Tapi kerana duit sendiri tak cukup lagi$3,000 saya pun keluarkan duit melalui kad keredit(dia yang ajar).Saya bagi $5,000 lagi,jumlah $10,000.

"Dalam pada itu saya tanya dia bila nak masuk meminang,katanya tunggu dulu bisnes belum jalan betul.Bila elok nanti baru kahwin.Saya percaya dan terus tunggu.Rupanya dalam pada itu dia minta saya duit lagi tiap-tiap bulan,katanya dia perlu uruskan itu ini untuk perojeknya.Bila saya katakan duit saya tak cukup sebab nak bayar kad keredit.Dia mula tak percaya.Sebaliknya dia mahu saya serahkan duit gaji semua pada nya,biar dia urus.

"Bila saya menolak dia jadi bengis,lantas saya kena penangan,mula tu sekali dua,lepas tu semakin kerap.Peliknya bila didepannya saya menikus,tapi dibelakangnya saya mengamuk sakan.Saya tak tahu apakah ini bermakna saya terlalu sayangkn dia ataupun kerana takut.Saya dikawalnya melebihi seorang isteri.Pakaian,kasut,fesyen rambut,beg tangan hinggakan teman-teman saya dia yang tentukan.Kalau dia terlihat saya berbual dengan lelaki lain,alamatnya bila pulang nanti kena penangan,semua penjelasan saya dia tak mahu dengar.

"Dalam pada bersabar itu,hubungan kami tanpa kahwin itu berjalan lebih empat tahun,bergaduh jadi perkara biasa,pendeknya saya benar-benar hidup bawah konkongannya.Tak boleh nak bersuara langsung.Kerana terlalu teruk di bawah kongkongannya pernah tiga kali saya cuba melarikan diri,tapi dia berjaya menjejaki saya,siapa saja yang melindungi saya terlibat sekali dengan amaran dan ugutannya.Hinggakan mereka takut untuk membantu saya.


"Nak mengadu pada keluarga di kampung pun saya tak berani kerana setiap pergerakan saya di kawalnya.Cuma kawan-kawan rapat saya yang tahu keadaan sebenarnya saya ni belum berkahwin secara sah lagi.Bila mengingatkan ini semua saya menjadi semakin takut dan malu.Malu yang paling utama kerana saya hidup seperti suami isteri,sedangkan belum berkahwin.Apa akan jadi pada hidup saya nanti kalau keadaan saya diketahui ramai,pasti masa depan saya gelap.

"Nak kata saya ni perempuan simpanan tak juga,kerana bukannya hidup kami senang,sebaliknya semakin susah,tambah menderita sebab segala apa yang ada pada saya dikikisnya.Kini saya dapat tahu dia sudah ada teman baru,tapi kongkongannya terhadap saya masih teruk,malah dia mengigatkan saya kalau berani meninggalkan rumah dan tak pulang lagi,dia akan pasang kaki cari saya,kalau dapat tak patah tulang-tulang saya,dia akan tinggalkan parut pada muka saya.Ini yang membuatkan saya takut,"..demikian cerita jun panjang lebar tentang pengalamnnya.

Sebenarnya takut pun bertempat,kalau kita terus memperbodohkan diri sampai bila-bila pun nasib kita tak berubah.Lagipun jangan di tagih cinta dari orang yang tak menyanyangi kita,kita dibuat macam kain pengesat kaki.Kerana itu bentuk lah diri,sayangi diri kita baru kita di hormati.


WALLAHUALAM
...
|
This entry was posted on 12:49 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: