1)SOLAT ISYAK/SOLAT SUNAT....
Malam adalah waktu yang paling sesuai untuk tidur dan beristirehat.Jadi jangan dikorbankan waktu malam anda dengan aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak atau berfoya-foya.Bagi umat islam,sebaik-baiknya mengambil wuduk dan menunaikan solat isyak atau solat sunat sebelum tidur.
2)PERBINCANGAN SUAMI ISTERI.....
Sebelum masuk tidur inilah perkara yang paling baik untuk anda berbincang dengan suami mahu pun anak-anak mengenai harapan dan impian anda terhadap masa depan yang anda inginkan.
3)BACAKAN BUKU UNTUK ANAK-ANAK....
Bagi anak-anak pula bacakan mereka buku-buku cerita yang bermanafaat.Ketika anak-anak "tidur-tidur ayam" inilah yang palin baik untuk anda bisikkan ketelinga mereka doa-doa yang baik-baik dan juga nasihat berguna kepada mereka.Usap kepala mereka,katakan "I LOVE U" dan lakukan amalan bermaaf-maafan dengan anak-anak.Kaedah ini juga salah satu cara untuk melembutkan hati anak-anak anda.Anak-anak yang telah memasuki usia enam tahun hendaklah dipisahkan tempat tidurnya.
4)BERMAAF-MAAFAN..
Amalkan kaedah yang sama dengan suami atau isteri anda.Mohon maaf kepada mereka dan maafkan juga kesalahan mereka.
5)BACA DOA...
Sebelum tidur dan sesudah bangun tidur hendaklah membaca doa dan menyucikan hati dari sifat dengki yang mungkin timbul sebelum ini.Bersihkan hati dari persaan marah terhadap orang lain.Anda juga perlu menilai diri sebaik bangkit dari tidur.Apakah amalan baik dan buruk yang telah anda lakukan sebelum ini.
6)JANGAN TIDUR BERLEBIHAN....
Masa tidur hendaklah dijaga dengan sebaik-baiknya.Jangan tidur melebihi lapan jam.Tidur yang berlebihan menyebabkan mata sembab dan pening kepala.
WALLAHUALAM....
Puasa Ramadhan 1441 H
4 years ago
0 comments: