Baca sampai abis ...
Aku ada cerita ni.... lawak la jugak..
tapi jangan ketawa tau... Aku baru
berkahwin setahun yang lepas
dan duduk dengan isteri aku. Kami
duduk berdua sahaja sebab belum
dikurniakan anak. Aku ni ada satu
kegemaran -iaitu makan telur rebus.
Aku pun taktahu kenapa aku suka makan
telur rebus, sedap agaknya.
Sebelum aku kahwin, aku memang gila
telur rebus. Pagi petang siang malam
makan telur rebus.. Tapi semenjak
aku kahwin ni aku terpaksa
berkorbanlah, iaitu dengan
meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga
aku dah tak
pekena telur rebus ni.. sebab orang
rumah aku masak sedap-sedap.. so aku
dah tak kisah lagilah..
Ceritanya begini, bulan lepas masa aku
balik kerja, tiba-tiba kereta aku
rosak.. akupun telefon bini aku
katakan aku balik lambat sebab kena
menapak. Sebab lapar akupun singgah
satu kedai makan tu... ada telur
rebus lah.. akupun makan nasi dengan
telur rebus.. lepastu aku order telur
rebus lebih lagi untuk diratah.
Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji
telur rebus untuk makan sambil
berjalan balik nanti. Tiba je kat
rumah aku rasa amatlah kenyang..
maklumlah balas dendam sebab lama tak
pekena telur rebus. Sebelum aku masuk
kerumah,i steri aku tiba-tiba cakap
dia ada 'surprise' untuk aku malam
ni. Dia suruh aku tutup mata dengan
kain hitam yang diikat kemas
dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya
aku sampai ke meja makan Aku duduk
dikerusi dan isteriku pesan jangan
cuba buka ikatan yang menutup mataku.
Aku nak pergi toilet sebab perutku
mula buat hal, tapi malaslah nak
spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku
pun t ahan ler... Tetiba telefon
berbunyi, isteriku pergi
mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku
pun melepaskan kentut yang ditahan
sekian lama.. Fuuuuhhh lega r
asanya... bau boleh tahan... maklumler
berapa biji telur tah aku bedal
tadi... Alamak.. ada lagi satu la..
aku pun angkat sebelah punggung dan
lepaskan satu das lagi.. bunyinya
PROOOTTT!! .. fuh bau jangan cakap
beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku
kipas pakai tangan angin dia kasi
kurang sikit bau dia... adalah macam
bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku
dengar bunyi telefon berdering
lagi... hai lamanya tunggu isteri aku
ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu
surprise dia ni.
Aku terasa ada lagilah, kali ni memang
aku rasa power punyalah.. aku kumpul
dulu kasi padu.. lepastu aku bangun,
tonggeng sikit dan lepaskan angin
taufan tu... PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh
lega... bergegar sikit meja makan
dibuatnya... peh tak tahan aku bau
dia power gila... aku tutup hidung
aku.. aku rasa bau dia ada sikit-
sikit macam bangkai la.. mau mati
bunga atas meja makan aku ni.. sambil
tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'.
Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai
tu hilang.. Lepas tu isteri aku
kembali dan minta maaf sebab lambat..
lalu dia kata 'SURPRISE!!
HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka
kain penutup mata aku.. laaa birthday
aku hari ni le... camne boleh lupa
ni.. Aku buka le kain penutup mata
aku.. mulutku terus melopong...
ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat..
muka merah padam pak mertua aku, mak
mertua aku, adik ipar aku dua orang,
duduk keliling meja makan. Bos aku
dengan jiran sebelah rumah rumah aku
pun ada!!. ? jadi aku pun nak kaber
malu, aku tanya la kat pak mertua
aku. 'dah lama ke pak sampai?'.Dan pak
mertua aku pun jawab.'Dah lama.
Sebelum kentut pertama lagi!!'.:
habih :.
Sekian Terima Kasih..
HEHEHEHEHEHE..:)
Puasa Ramadhan 1441 H
4 years ago
0 comments: