MENJADI ISTERI IDAMAN
Hak dan Kewajipannya
( Oleh : Dr. Wahbah Zuhaili )
Pernikahan adalah sebuah hal yang agung di dalam Islam. Memiliki banyak keutamaan dan pelajaran berharga bagi ulil-albab. Di dalamnya ada kasih sayang, cinta dan ketenangan. Sebagaimana terkandung pula bentuk-bentuk tanggungjawab dan penunaian amanah yang indah.
Ia adalah bentuk ibadah bagi seorang muslim kepada Rabbnya, ketika dengan pernikahan terjauh dari perbuatan kekejian dan kehinaan.
Kita mengetahui bahawa pernikahan sebagaimana ikatan perjanjian yang lain yang berkaitan antara dua orang, memiliki hak-hak dan kewajipan yang mesti ditunaikan, sesuai dengan prinsip-prinsip keadilan, tanggungjawab dan persamaan. Al-Quran sendiri mensyaratkan prinsip-prinsip, hak dan kewajipan sebagaimana firman Allah :
"Bagi mereka seperti apa yang menjadi kewajipan mereka dengan kebaikan" Iaitu bagi para wanita memperolehi hak-hak dari lelaki sebagaimana untuk lelaki ada kewajipan bagi wanita. Asas peletakan hak dan kewajiban ini adalah urf (adat) dan fitrah. Prinsipnya adalah "setiap hak balasannya adalah kewajiban"
Untuk hal ini ada tiga pembahasan :
Hak-hak isteri
Hak-hak suami (kewajipan isteri)
Hak-hak bersama, isteri dan suami
Hak-hak Isteri
Isteri memiliki hak-hak maliyah (material) berupa Mas Kahwin (MAHAR), nafkah dan hak ghoiru maliyah (tidak material) berupa kebaikan pergaulan, muamalah yang toyyibah (bagus) dan keadilan suami. Adapun mahar merupakan hak khusus isteri yang termaktub dalam Al-Quran dan As Sunnah.
Rasulullah pun selalu memberikan mahar dalam pernikahan beliau. Adapun nafkah, merupakan perkara yang ditetapkan di dalam Al-Quran dan As Sunnah. Anak yang dilahirkan bagi mereka adalah rezeki sebagaimana para isteri dan pakaian sebagaimana para isteri dengan kebaikan.
Dari Muawiyah Al Qusyairy, bertanya kepada Nabi S.A.W. seorang lelaki, "Apakah hak seorang wanita terhadap suaminya? Beliau berkata: Engkau memberikan makan kepadanya sebagaimana engkau makan, dan engkau memberikan pakaian kepadanya apabila engkau berpakaian, jangan engkau memukul wajah, jangan menghinanya dan jangan meninggalkannya (meninggalkan isteri) kecuali di dalam rumah" (HR Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majah).
Iaitu jangan engkau mengatakan kepada isterimu semoga Allah menghinamu dan meninggalkan iaitu hanya dari tempat tidur sahaja, tidak berpindah ke rumah lain atau memindahkan isteri ke tempat lain.
Yang dimaksud mempergauli adalah apa yang terjadi antara kedua pasangan berupa ikatan dan hubungan. Keakraban bagi setiap pasangan adalah mempergauli pasangannya dengan ma'ruf (kebaikan) dari persahabatan yang indah, tidak memberikan gangguan tidak menidak haknya dan tidak menampakkan kebencian dengan apa yang diusahakan. Bahkan bermuamalah dengan kegembiraan, keceriaan, tidak mencela dan mengganggu aktivitinya yang syarie. Hal ini adalah kema'rufan sesuai dengan firman Allah : “Dan pergaulilah mereka dengan kebaikan”.
Abu Yazid berkata : “bertaqwalah kamu atas isteri-isteri kamu, sebagaimana para isteri wajib taqwa kepada Allah atas kamu”.
Ibnu Abbas berkata : “Saya suka berhias untuk isteri sebagaimana saya suka isteri saya berhias untuk saya”.
Allah S.W.T. berfirman : "bagi mereka semisal apa yang wajib bagi mereka dengan kemakrufan".
Rasulullah S.A.W. pun memerintahkan untuk mempergauli isteri dengan baik dan ada pula riwayat yang menerangkan tentang hak dan kewajiban kedua pasangan "berwasiatlah kepada wanita dengan kebaikan, kerana sesungguhnya mereka di sisi kamu adalah tawanan. Tidaklah kamu memiliki dari mereka selain itu. Kecuali mereka melakukan perbuatan maksiat yang jelas, apabila mereka mengerjakan keburukan maka tinggalkan mereka dari tempat tidur dan pukullah mereka dengan pukulan yang tidak keras (membuat cacat) apabila mereka mentaati kamu maka janganlah kamu mencari jalan-jalan lain. Sungguh bagi kamu ada hak yang harus ditunaikan isteri dan bagi isteri atas kamu ada hak".
Puasa Ramadhan 1441 H
4 years ago
0 comments: