MENGURUS TEKANAN.....(CARA UTK GEMBIRA)
11:16 PM | Author: Hamiza
1)PILIH UTK GEMBIRA
Anda berupaya utk menjadikan hari2 anda gembira.Mulakan dengan belajar kemahiran menguruskan diri,berinteraksi dgn baik pilih persekitaran yang menyumbang ke arah lebih positif.

2)SENTIASA BERSYUKUR
Tidak ada kesudahannya jika anda asyik membandingkan diri dengan kelebihan orang lain.Namun ada baiknya pula jika anda menjadikannya sebagai penguat semangat untuk berusha lebih gigih.

3)MENJADI PEMAAF
Berfikiran negatif,memendam perasaan dan sering kali melepaskan kemarahan akan memberi kesan buruk terhadap kesihatan mental.Satu2nya cara untuk mengikis kesan buruk ini dengan memaafkan kesilapan orang lain.

4)LAWAN PEMIKIRAN NEGATIF
Anda perlu mengenal pasti pemikiran negatif supaya ia boleh dikawal.Tepis pemikiran negatif dan cara sifat positif di sebaliknya.

5)TAMBAH SAHABAT
Bahagianya jika mempunyai baik yang mengambil berat mengenai anda.Walaupun anda lelaki,tidak salah jika mempunyai sahabat baik untuk berkongsi cerita.

6)LEMPARKAN SENYUMAN
Mulakan dengan menghadiahkan senyuman kepada orang lain walaupun tidak dikenali.Bukan sahaja anda senang hati tetapi mereka juga berpendapat anda seorang yang positif.

7)BERBUAT BAIK
Tidak kira sekecil mana pun bantuan yang dihulur,ia akan membuatkan si penerima akan gembira.

8)BUKAN MENGENAI WANG
Walaupun wang boleh merangsang kegembiraan,hakikatnya bukan semua kegembiraan boleh dibeli dengan wang.

9)BERILAH PUJIAN
Jangan kedekut memberi pujian kepada keluarga dan rakan2.Juga berterima kasih atas bantuan yang mereka hulurkan.Pujian boleh merangsang kepada banyak perkara baik seperti menjadi lebih bersemangat.

10)TERIMA DUGAAN
Belajar terima setiap dugaan dengan hati terbuka.Ia membolehkan anda berfikir dengan tenang dan dapat membuat keputusan dengan baik.

11)DEKATKAN DIRI DENGAN AGAMA
Ketenangan yang hakiki hanya boleh diperolehi dengan mendekatkan diri dengan ALLAH s.w.t.Apabila anda berasa susah hati atau dalam kesukaran,ingat bahawa ALLAH sentiasa mendengar rintihan hamba-Nya.

AMIN..SALAM
|
This entry was posted on 11:16 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: