JENAKA HUJUNG MINGGU...
5:25 AM | Author: Hamiza
Sama jugak....

Semasa aktiviti berkhemah di Taman Negeri Endau-Rompin, Irwanshah @ Anchor (bukan nama sebenar) telah tersilap masuk ke tandas yang telah dikhaskan untuk peserta perempuan.
Kerana terkejut, gadis-gadis yang berada di dalam tandas itu semuanya menjerit.

Gadis:
Ni untuk perempuan je bang.
Dengan selamba si Anchor menanggalkan seluarnya sambil berkata,

Anchor:
Yang ni pun untuk perempuan jugak...


Cemburu....

Suatu hari Syahrom @ Caum (bukan nama sebenar) pergi ke Jeya Juko dengan isterinya untuk bershopping. Isterinya ke bahagian wanita dan Caum pula melihat bahagian kanak-kanak di section sebelah.

Tetiba Caum terjumpa sahabatnya, Apak dan bersembang kerana lama tak berjumpa. Selepas Apak beredar, Caum pun melilau mencari isterinya. Cari punya cari, tak juga berjumpa.

Kemudian Caum ternampak seorang sales girl yang cun di bahagian menjual rokok. Lantas Caum menuju ke arah sales girl tersebut dan menyapa,

Caum:
Hai adik manis. Saya sedang mencari isteri saya ni. Boleh tak saya bersembang dengan cik adik dalam 5 minit.

Sales girl:
Apasal pulak?

Caum:
Tak taulah...tapi sebelum ni, tiap kali saya bercakap dengan perempuan cantik...isteri saya mesti muncul.

hehehe...senang jer nk cari bini ilang pernye ....
|
This entry was posted on 5:25 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: