BALASAN ATAU KEBETULAN..FIKIRKANLAH
8:54 PM | Author: Hamiza

Assalamualaikum wrbth...

Saya harapkan anda semua dalam peliharaan ALLAH selalu hendaknya..Amiiinnn..kali ni sy x nk ulas pnjang lebar isu yang akan saya tulis dan paparkan disini..cuma saya minta jasa baik dr anda semua baca dan fahami kemudian sama2 kita ambil iktibar dari kesah ini..

Kali ni saya nak mengajak anda semua mendengar luahan hati seorang bapa yang sangat menyesali dosa2 yg telah dilakukan satu masa dulu..mungkin ini adalah pembalasan dr ALLAH yg di tunjukkan di dunia atau pun secara kebetulan ianya berlaku..tp kesah ini memang satu kesah benar..jom sama2 kita dgr luahannya melalui satu kiriman email yg di hantar..

Hari ini aku terpanggil nak meluahkan ape yang terbuku dlm hati aku..

Minggu lepas , anak dara kesayangan aku telah dicabul..aku tak nak cerita secara detail,kerana terlalu perit untuk aku harungi. Anak aku baru berusia 12 thn, tapi kena cabul dengan orang yang sangat aku percaya,iaitu guru mengajinya.

Hati bapa mana tak gusar, sekarang selepas buat report pada polis dan medical checkup, anak aku dah macam orang hilang ingatan, hysteria.Aku sedih sangat, setiap malam aku berdoa agar pulihkan semangat anak aku dan semoga Allah mengampunkan dosa2 ku yang lalu.Sekarang aku sedar, apa yang terjadi pada anak aku, mungkin adalah dari kesilapan lampau aku.

Dulu aku ada affair dengan seorang gadis berumur 22 thn, 2 tahun dahulu. Pada awalnyer hanya sebagai kawan dikala aku kesepian. Masa tu aku ada masalah rumahtangga dgn isteri aku. Nak dijadikan cerita aku ada buat benda tak elok pada this girl. Aku namakan die Ayu.

Gambar Hiasan

Setiap kali dating dengan Ayu, nafsu sentiasa meluap2..tau2 la suami yang dah lama tak diberi makan isteri. Masa tu aku berniat nak tut2 dengan Ayu. Tapi Ayu ni gadis yang baik, even aku nak pegang pun die tak bagi,cium apetah lagi.Aku juga menipu ayu aku adalah duda. Hubungan aku dengan die berjalan lancar selama 5 bulan.

Oleh kerana tak tahan nafsu ku ini, satu hari aku ajak ayu pergi karaoke.Di situ aku dah plan sesuatu. Aku ada memasukkan pil khayal dlm minuman ayu. Lepas aku tengok die high, aku cepat2 bawa die check in di hotel berdekatan. Dek dihasut nafsu yang meluap2, aku bersetubuh dengan ayu tanpa ayu sedari. Nikmatnyer tak terkata..namun selepas menyedari keesokkan paginyer, aku menyesal, ayu pulak menangis sekuat hati..


Dalam keadaan huru hara tu, aku berjanji pada ayu aku akan bertanggungjawab di atas segala kesalahan aku. Masa tu aku piker nak nikah dengan ayu,memandangkan hubungan aku dengan isteri dah di ambang maut.Selepas berjanji dengan ayu, aku pun menghantar pulang ayu kerumah sewanya.Sambil ayu menangis teresak2,ayu merayu jangan tinggalkan die dalam keadaan mcm ni.Aku berjanji dan bertekad akan tebus kesalahan aku..nak nikah jugak dalam masa terdekat.

Nak dijadikan cerita, balik saja kerumah,tiba2 isteriku melayan aku dengan baik sekali, kemudian aku rasa bersalah yang amat sangat pada isteri, sambil melihat wajah anak2 ku yg masih kecil, aku tak sanggup nak menduakan isteriku..aku masih sayang pada isteriku..

Gambar Hiasan

Bile terfikir tentang ayu, aku rase bersalah yg amat sgt pada isteriku..sejak itu isteriku melayan
aku dengan baik, seperti kami bercinta balik. Ingatan aku pada ayu makin pudar.Ayu pula
semakin paranoid, pabila aku bersikap acuh tak acuh, kerana aku masih sayang pada keluarga
aku.

Janji yg aku tabor pada ayu, hanya janji manis saja.Aku cuba jauhkan diri aku pada ayu, supaya aku setia pada keluarga aku.Ayu pula makin menekan aku supaya menikah dengan dia walau apa yang terjadi.Satu hari yang tak disangka, apabila aku pulang kerumah,aku nampak kereta
ayu didepan rumah aku, aku tercari2 ayu dimana die. Dlm perjalanan menuju kerumah aku
terdengar riuh rendah suara perempuan bergaduh..aku panic, tapi ape yang terjadi aku akan
hadapi.

Bila melangkah masuk kerumah, aku lihat ayu merayu2 melutut depan isteriku,dengan muka
bengis isteriku, isteriku ceritakan segalanya. Isteri aku memberitahu perempuan gila ini, mendakwa telah menjalin hubungan dengan aku dan die mau aku bertanggungjawab. Ya Allah, aku hampir pitam. Namun isteriku tak marahkan aku, sebaliknyer menendang dan menampar ayu sepuas-puasnye. Aku pula bingung. Dengan lantas aku buat cerita ayu ni perempuan murahan, sudah pasti selalu main dengan jantan lain,

Tanpa rase bersalah aku menarik ayu dan menghalau die keluar dari rumah.Menangis ayu
melihat tingkah laku aku, tapi apakan daya, aku tak mau rahsia aku pecah.Ayu siap bersumpah dgn nama Allah, anak yang dikandung ini adalah hasil kerja keji aku dulu. Ayu pregnant?aku hamper pengsan lagi..dan ayu juga melafazkan'aku benci kau, aku benci kau dan keturunan kau, aku doakan agar semua keturuanan kau mati dirogol'..setelah itu ayu terus menghilangkan diri.

Selepas kekecohan itu, isteriku face to face dengan aku, siapa ayu?aku dengan tenang mengatakan ayu ni bekas pekerja aku, pernah sakit mental selepas ditinggalkan kekasih lama..oleh kerana aku selalu mendengar keluhan hati die, die naik syok dengan aku..
Isteriku tak puas hati tapi die siap warning jika benar aku takde ape2 affair dengan ayu, die maafkan aku, kalau tak die akan minta cerai.

Kerana sayangkan isteri aku bersumpah mmg aku tiada affair dengan ayu.Keesokkan harinyer, aku cube call ayu untuk memutuskan hubungan dengan ayu.. Sebaik ayu mengangkat telefon terus die hysteria dan menyumpah2 aku.. sumpah yang aku masih teringat2.. 'aku doakan keturunan kau semua mati kena rogol'..

Semenjak itu, ayu hilang, dan berita terakhir aku dengar ayu sudah meningal dunia tahun lepas.
Sekarang bila aku terfikir balik, adakah ini balasan tuhan kepada aku? Aku menangisi nasib
aku, anak2 aku.. Apa harus aku buat, perlukah aku meminta maaf dari ayu,tapi ayu sudah tiada.
Aku bingung,..setiap malam aku buat sembahyang sunat,taubat...tapi bayangan ayu selalu
hadir dlm minda ku....

Dan paling sedih, perkara sama berlaku pada anak gadisku...perit..sungguh perit.. ya, kisah
aku lebih kurang dlm cerita2 rekaan yg selama ni kite tonton di tv, tapi tak ku sangka ia benar2 berlaku, hingga aku terkelu sendirian.. terima kasih pada yang memberi nasihat tak kurang juga yg menyindir..tapi mmg aku akui aku telah melakukan kesilapan besar dalam hidup..hidup
aku,hidup family aku dan hidup insan lain..

Tat kala menulis ini, dari memandu kereta tadi, fikiran aku bercelaru..memikirkan hal anak
aku,aku hampir kemalangan kerana tak concentrate langsung semasa memandu.. anak aku sekarang semakin histeria,die tak boleh langsung melihat kelibat lelaki dewasa,takut,bingung,menangis.. aku dan isteri sangat sedih.anak aku suka sendirian dalam
bilik, pernah die berada dalam tandas begitu lama, sampai kami terpaksa menendang pintu.

Kami takut die bunuh diri atau mencederakan diri..setiap malam, aku dan isteri bersolat hajat agar Allah memulihkan semangat anak ku,minggu lepas kami ada bawa die berjumpe kaunselor, tapi nampaknye anak ku hanya menyembunyikan diri dibelakang kerusi.. isteriku menangis
dan aku menahan sebak..kaunselor kata bawa bila keadaan anakku reda sikit nnt..sekarang
mungkin die rase tak selamat nak berjumpe org asing..


Gambar Hiasan

Anak ku juga tak berapa nak makan,kami risau die akan sakit.. aku pun tak tau nak buat apa, anak ku hanya suke bersendiri, kadang2 terdengar die menyanyi seorang2, risau juga takut die alami gangguan emosi. Die terlalu naif dan muda untuk memahami semua ini, tapi tak mustahil die tau ape yang bakal die alami bila dewasa kelak..

Jadi, setiap hari aku berdoa ke hadrat Ilahi, agar dosa ku di ampunkan..berbalik pada kisah ayu, sebelum aku mengetahui arwah sudah tiada, aku ada menghubungi sepupu die Kay..kay yang memberitahu aku yang ayu sudah meninggal dunia..kes nya terkena buatan orang..yang aku tak berapa pasti, kay memberitahu ayu telah keguguran bayi akibat tekanan perasaan selepas bertengkar dengar isteri aku.

Selepas itu, ayu kuatkan semangat, pindah kerja dan hidup seperti normal kembali walaupun disudut hatinya masih tertinggal derita yang die tanggung, kay beritahu mujur ayu keguguran bayi, kalau tidak macamana die nak hadapi familynya dan masyarakat..hmmm aku mengucap panjang tanda keinsafan.

Selepas beberapa bulan berlalu, ada jejaka di kampungnya meminang ayu, tapi ayu menolak, ayu jelaskan pada kay, die tak layak menerima pinangan dari jejaka itu kerana kisah hitamnya...
aku terkedu bila mendengar, menitis juga air mata aku kerana aku merasakan akulah manusia paling kejam.

Jejaka tu berang bile ayu menolak pinangannya ..lepas tu hidup ayu terus porak peranda..puas
dibawa berubat, akhirnya ayu menghembuskan nafas terakhir..kay kata ayu terkena santau dari siam..siapa yang buat wallahualam..selepas kay bagitau semua ini, hidup aku makin tertekan..sampaikan aku terfikir aku ni adalah pembunuh dalam senyap, menghancurkan hidup org lain sekaligus..

Mengenai anak ku ini, kejadian hitam yang berlaku keatasnya mungkin kerana kecuaian aku dan isteri juga.Sebelum ni kami hantar anak ke rumah orang untuk mengaji..tetapi selepas hari
raya lepas, aku menghantar anak ku pergi mengaji ke rumah org ni lagi.Pada malam tu hanya
anak ku sorang saja yang hadir pada kelas mengaji. Pelajar lain tidak hadir lagi kerana masih
ada yang belum pulang dari kampung beraya. Masa kejadian itu isterinya kerumah org untuk
beraya..kalau aku periksa dulu dan tau hanya anak ku saja yang hadir sudah pasti aku tak benarkan die pergi mengaji malam tu..tapi kerana nak cepat aku tak sempat nak check .

Aku pun hairan, dalam banyak2 perempuan kenapalah budak sekecil anak ku yang menjadi
mangsa? aku pun tak sanggup nak cerita secara detail lagi, sedih yang teramat..kes ni masih
bawah siasatan, oleh kerana ia melibatkan org berpengaruh dan melibatkan kanak2 bawah
umur, maka kes ni tidak didedahkan atas permintaan isteriku dan pihak yang dituduh..kadang2 aku geram sangat..geram pada lelaki tu..nak saja aku kerjakan die cukup2.. aku ingat nak bertukar kerja dan berpindah ke tempat lain,kerana lambat laun kes ni pasti terbongkar..kalau
penduduk area rumah aku tau..aku tak mau anak ku alami tekanan perasaan sebegitu juga isteri dan anak2 yang lain..

Akhir2 ni aku dan keluarga tidak banyak keluar rumah..hidup kami tidak lagi ceria..tapi alhamdullilah kami suami isteri saling memahami, sentiasa bersolat jemaah sama2, berdoa untuk kesejahteraan hidup kami sekeluarga.. aku masih sebak..malam ni aku dan isteri akan buat solat hajat agar semangat anak ku pulih, aku sedih karena anak ku masih kecil.

Nasihat aku pada ibu bapa, kalau boleh pantau anak2 anda dimana berada,pastikan mereka
selamat, aku maksudkan jangan biarkan anak gadis bersendirian dengan mana2 lelaki, walau
sealim mana pun..ya kadang2 sebagai ibu bapa kite hanya menyerahkan anak kite pada guru
sekolah,guru tuisyen, mengaji, tukang gaji, driver,guard...tapi kite tak pernah pun amik tau
siapa mereka..ada yang ikhlas dan ada juga yang mengambil kesempatan.

Salam..

Harap sama2 kita ambil iktibar dr kesah ini..Menyesal kemudian tak berguna dah..

Wallahualam..
PENGAJARAN BUAT KITA...
9:17 PM | Author: Hamiza

Assalamualaikum wrbth...

Terkedu…!!!! Itu saja satu perkataan yang mengambarkan perasaan aku saat aku mendengar kisah yang diceritakan teman. Aku tidak mampu untuk berkata, marah tak mampu aku zahirkan, tapi sedih yang teramat rasanya..

Kisahnya :

Nini bekerja disebuat pusat asuhan dikawasan elit yang kebanyakkannya didiami orang melayu di X .. pusat asuhan yang menempatkan anak2 golongan bijak pandai dan dah tentunya juga berada. Pusat asuhan yang bagus, system yang teratur, disiplin yang baik. Malah bagusnya majikan Nini menerapkan nilai2 pendidikan Islam sedari kanak2 ini kecil lagi.


Gambar hiasan..

Dari peringkat bayi hinggalah prasekolah, terdapat lebih kurang 50 org semuanya anak2 jagaan mereka. Semua berjalan lancar hinggalah pada satu hari, mereka menerima seorang ahli baru, kanak2 lelaki berusia 4 tahun. Daniel namanya. Kecil tapi teserlah ketampanan wajahnya seiras wajah siayah. Di pusat asuhan itu juga ada seorang budak perempuan berusia lingkungan 3 tahun, Norish yang juga sangat comel dan cantik.


Gambar Hiasan..

Kelihatan dari hari pertama, Daniel sudah mula tertarik untuk berkawan dengan Norish. Kemana Norish kesitulah Daniel mengekori. Apa pun aktiviti yang dilakukan Norish, Daniel pasti akan turut sama.Di dlm pusat asuhan itu, bayi akan diletakkan satu bilik, kanak2 lelaki dan kanak2 perempuan juga akan diletakkan dibilik berasingan. Tiap hari selepas makan tengahari, mereka akan dikerahkan untuk tidur dan tentunya dalam bilik masing2.

Pada satu hari, Nini yang sedang memeriksa setiap bilik bagi memastikan tiada masalah telah terkejut kerana terlihat kelibat Daniel duduk disisi Norish yang sedang tidur sambil mengusap2 wajah nya. Nini segera mendapatkan mereka dan memujuk Daniel untuk pergi kebilik kanak2 lelaki dan tidur.

Esoknya waktu ada aktiviti bermain, Daniel kelihatan begitu rapat dan mesra kepada Norish, dibelainya rambut Norish dan diciumnya pipi Norish. Nini mula rasa pelik. Tapi merasakan itu sekadar biasa untuk kanak2 seusia, yang mungkin menunjukkan sayang, maklumlah kebiasan kita juga mencium kanak2.


Sekadar Hiasan..

Tengahari itu, sama seperti semalam, Daniel sekali lagi ke bilik Norish dan rupanya dia berbaring sebelah Norish dan terlelap sama sambil tangan nya memeluk Norish. Bila Nini kejutkan dia menangis kerana tidak mahu tidur dibilik kanak2 lelaki.
Kebetulan hari itu keluarga Norish lambat datang menjemput. Norish bermain2 dan seperti biasa Daniel adalah peneman yang setia. Kali ini dia agak bertindak luar biasa, memeluk dan membelai Norish. Nini seperti biasa akan menegah dan memisahkan pelukan itu.

Namun hari ini adalah kemuncak kepada apa yang selama ini menjadi tanda tanya kepada Nini..hari itu kebetulan hujan. Tiada aktiviti bermain diluar. Semua kanak2 bermain di dalam bangunan. Tapi tidak kelihatan Daniel mahupun Norish. Puas dicari kelibat mereka diserata bilik tapi tidak ketemu.

Akhirnya Nini separuh pengsan bila dia menolak pintu stor dibelakang dan terlihat Daniel yang berusia 4 tahun itu duduk dipeha Norish dan sedang mencium perut Norish sambil melondehkan seluarnya dan Norish sudah tidak berbaju Cuma yang tinggal seluar dalam!!!

Pantas Nini menjerit dan mengangkat Daniel sambil Norish menangis (mungkin terkejut kerana Nini menjerit, sebab sebelumya dia hanya diam). Norish segera dipakaikan baju dan Daniel juga segera di paksa memakai semula seluarnya.
Di bilik pengetua yang tenang dalam ribut. Daniel ditanya mengapa dia bertindak demikian dan dengarlah jawapannya...

“Papa buat kat mama boleh, kata papa dan mama tu cara kita nak tunjuk kita sayang, kalau kita sayang kita buatlah macam tu”!!!!!!!!!...

Segera keluarga Daniel dipanggil, pada mulanya mereka menafikan cerita Daniel, tapi bila Nini dan pengetua menceritakan perbuatan Daniel kepada Norish.. si ibu terkejut dan mula menangis sambil mengakui sebenarnya ini adalah pusat asuhan yang ke 3 mereka tukar kan Daniel. Tapi kejadian yg sama telah juga terjadi.

Pengetua secara diplomasi menasihatkan mereka dan minta agar anak mereka dirujuk kepada pakar untuk mendapatkan rawatan.Bapa Daniel agak ego dan tidak mahu menerima teguran dan agak sombong dengan mendakwa tidak ada apa silapnya tapi ibu Daniel mengaku bahawa Daniel pernah beberapa kali melihat mereka melakukan hubungan intim.

Pada mulanya mereka agak kekok ,tapi akhirnya merasakan tiada apa yg perlu dirisaukan kerana Daniel masih kecil, tapi rupanya kesan dari tindakkan itu telah merosakkan ‘jiwa’ Daniel. Apatah lagi dgn penjelasan yang salah.

Moral :
sebagai ibubapa, tolonglah!! Usah risau dengan anak yang kurang mendengar kata2 kita kerana mereka lebih terdidik dari apa yang mereka lihat iaitu tingkah laku kita. Dalam islam juga ada garis panduan antara anak dan ibu bapa, batas aurat dan juga waktu bila yang boleh dan tidak anak2 untuk masuk kebilik ibubapa..

Anak2 sekarang bukan macam anak2 dahulu, mereka sangat pantas berfikir dan naluri ingin tahu lebih hebat, selaras dengan kemajuan dunia. Jadi tolonglah agar berhati2 dalam hal2 yang sebegini. Bila ketika dan waktu yang sepatutnya dan tidak sepatutnya mereka ketahui, supaya kisah seperti ini tidak berulang..

Ah jantung ku .. kau bagai ditusuk sembilu..

Wallahualam..
PERINGATAN BERSAMA..
5:15 AM | Author: Hamiza


Assalamualaikum wbth..

Saya mengharapkan anda semua dlm peliharaan ALLAH SWT selalu hendaknya,walau apa jua yg anda lakukan dn dimana jua anda berada..terima kasih yg tidak terhingga sy ucapkan pada kawan2 blogger yg tak jemu2 dtg menziarahi dn memberi sokongan moral kepada blog sy yg tidak seberapa ini..

Syukur sy panjatkan pada ALLAH SWT kerana telah memberikan sy ramai sahabat samaada dr bumi m'sia yg tercinta ini atau pun dr luar negara..terimakasih banyak2 pada anda semua..sayang u ALL..


Pada kali ini sy nak berkongsi satu lagi kesah benar dn sy rasa sgt terpanggil utk membuka kesah ini pada anda semua kerana ini melibatkan agama dn aqidah kita sebagai umat islam..surat in dihantar oleh seorang teman yg mengalami sendiri kejadian tersebut..jom kita hayati bersama isi surat ini.

Salam..

Semalam semasa saya melalui sebuah lorong di Jalan Tun Abd.Rahman...saya didatangi seorang lelaki melayu yg memakai pakaian yg sungguh bersih... rambut yang tersisir rapi.... membela sedikit janggut dan bertali leher. Dia memberi salam dan bertanya adakah saya sibuk ketika itu..

Pada waktu itu kebetulan saya amat sibuk,jadi meminta izin utk berlalu dgn segera..tetapi sebelum saya pergi dia memberi saya satu bungkusan yg dibalut envelop bersaiz A4.. sebelum itu dia berkata.. "teruskan jihad". saya tersenyum sambil berkata perlahan.. Allahuakbar.


Apabila saya sampai di pejabat, saya membuka bungkusan itu dgn perasaan seronok mungkin didalam itu ada buku yg menyeru umat manusia untuk berjihad atau pun kitab2 agama.. tetapi alangkah terkejutnya saya ia adalah sebuah kitab 'Bible' di dalam versi Arab dan CD DVD yg berkisar tentang kehidupan Nabi Isa..



Jadi saya menyeru kepada pihak orang ramai supaya berhati-hati apabila bertemu dengan mereka ini..lebih menyedihkan lagi mereka ini adalah orang melayu yang bertopengkan syaitan untuk terus menyesatkan umat Islam dinegara kita...

Bangkitlah saudara-saudaraku sayangilah masyarakat kita dan anak cucu kita nanti, takkan kita hendak menunggu pihak kerajaan mengambil tindakan sedangkan sementara itu berapa ramai anak muda dan gadis-gadis melayu kita yg berjaya dimurtadkan..

Teruskan usha dakwah kita untuk menyampaikan Islam.. kerana pihak Kristian ni tidak akan putus-putus...untuk memurtadkan umat Islam. Sama2 lah kita berwaspada dn berhati2 jika terjumpa org2 yg sebegini..

WALLAHUALAM..


EMAK SAPER LA NIII...
1:15 AM | Author: Hamiza

Assalamualaikum wbth..

Saya nk berkongsi ngan anda semua disini..moga jadi pengajaran buat kita dan keluarga kita..Emak saper la agaknya ni yer..semoga makcik ni cepat2 dapat hidayah dr ALLAH dn bertaubat..Perbuatan yg dr suka2 dh jadi mcm satu ketagihan pulak..



Ketagih ape agaknya makcik bertudung niii?


khusyuknya..tulis apa tu makcik..

X nk toleh kiri kanan ker..


Astaghfirullah hal aziiiiimmm....kt sini rupanya..

Dari sumber yg boleh dipercayai....

Menurut makcik yang dianggarkan berusia kira-kira 50-60 tahun ini, dia memang pelanggan tetap aktiviti ini.
Sejak bertahun-tahun lalu, dia tidak boleh meninggalkan tabiatnya ini.

"Makcik sekali beli, berapa ringgit habis?"


"Ala, takdelah banyak, kadang-kadang 10 ringgit je..."

"Apa nombor yang makcik selalu beli"
"1178" jawabnye...


Lokasi di suatu kedai judi di bandaraya
Kuala Lumpur...

Subhanallah..apa nk jadi dunia skrg ni..

Nau'zubillah..wassalam

BELUM TAU...JOM CUBA..
3:10 AM | Author: Hamiza

Assalamualaikum wrbth...salam sejahtera semua

Jumpa lagi dengan anda semua..kali ni x kurang menariknya info yang saya nak kongsi kan ngan anda..mungkin sesetengah dari anda semua dah ada yang tahu pasal info ni..tapi saya tetap nak kongsikan juga dengan anda yang belum tahu..

Saya rasa info ni penting juga disaat kita dalam kecemasan..mana la tahu kadang2 kita kena kejer luar daerah kemudian x der line pulak..ini lah pentingnya info ni..mei la sama2 kita baca n fahami kemudian kita try buat..betul ker x info ni..info ni saya dapat dari salah satu kiriman emel yang masuk ke inbox saya..jom try..

PERKARA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG TELEFON BIMBIT

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -

1) NOMBOR KECEMASAN...
(Yang ni saya dah cuba..ok)

- Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )



2) KERETA TERKUNCI
(Yang ni dah cuba..tapi mcm x berkesan..mybe utk satu2 jenis kereta yang berbeza kot)..

- Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja .

Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.

Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah menc mencubanya.


3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
(Yang ni pun dh cuba juga..tapi x berkesan..mybe tgok jenama hp kot..hehe)

- Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.

Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan ku
asa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .


4) TELEFON KENA CURI
(Yang ini memang berkesan..dh cuba dh)

- Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.

Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.

Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya



WALLAHUALAM..
KHASIAT PISANG..
9:42 PM | Author: Hamiza



Khasiat Buah Pisang

Perhatian:

Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit.

Tidak ha
iranlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.



Tekanan:

Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:

Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:

Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:

Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi –
garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:

Kajian dibuat ter
hadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:

Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai di
et seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:

Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:

Pisang memp
unyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.
.

Demam Pagi:

Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:

Sebelum m
enggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:


Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.



Obesiti dan Tekanan Kerja:

Kajian di Institut Psikolo
gi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:

Pisang am
at baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:

Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menu
runkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):

Penyakit ini merupakan simptom yan
g terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaik pulih mud kita.



Ketagihan Rokok & Tembakau:

Pisang dapat me
mbantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:

Potassium m
erupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:

Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!



Lain-lain Penyakit Kulit:

Pengamal perubata
n semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.

Jadi, pisang memang
merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebu
t, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

PS: Kesimpulannya, pisan
g adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika!

Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian d
alam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!cubalah..!!


WALLAHUALAM..
HATI-HATI BILA KE PANTAI PD..
8:22 PM | Author: Hamiza


Assalamualaikum wbrth..

Hari ni nak citer satu kesah panas ni..kebetulan saya kena kejer luar daerah..masa waktu rehat lepas sesi ceramah tu kebetulan ada seorang guru tu menegur saya..sembang2 mcm2 kesah kami bualkan..frendly betul cikgu sorang ni..saya pun hapy juga la sbb dh layan saya ngan baik..maklum la kita pegi tmpat org..

Bila habis majlis tu cikgu ni sempat bisik2 kt saya..nnti sy hantar satu email ni kt u..kalau balik x yah la sggh PD..dia pesan..pelik gak la saya..tp saya senyum jer..bila saya masuk bilik mlm tu sblum nk tido saya on la email..owh ada email dr cikgu tu..eeeiiiii..ngerinya saya bila baca kesah email tu..patut la dia pesan kt saya jgn sggh PD..

Nak tahu kesah email tu..jom la baca..pastu fikirkan bersama..nk g PD ker x lepas ni..

Kawan aku
bersama keluarganya pergi menghabiskan cuti persekolahan di Corus Paradise Rasort Port Dickson hari Sabtu lepas, pada petang itu dia bersama dengan anak perempuannya mandi manda ditepi pantai berdekatan resort, ketika sedang mandi tiba tiba kakinya seakan digigit sesuatu dan menariknya ke laut. Beliau melepaskan anaknya dari pelukan sambil menjerit meminta tolong. dan anak tersebut sempat diambil oleh ibu kawan aku itu.

Dengan pa
ntas seorang lelaki pergi mendapatkan kawan aku nih yg terus dibawa kelaut. Dalam keadaan cemas itu, lelaki tersebut terus menarik kawan aku itu dengan kuat, kemudian dia sempat melihat apa yg telah menarik kaki kawan aku itu...seekor BUAYA!!...

Kawan aku terus dibawa ke klinik (tidak ke hospital port dickson kerana agak jauh dan kakinya mengalami pendarahan teruk) selepas itu kawan aku terus dibawa balik ke Hospital Melaka. Di hospital Melaka beliau dimasukkan ke ICU. Sekarang keadaan kaki beliau agak serius kerana urat kakinya byk yg putus dan jari2nya tidak dapat digerakkan.

Persoalannya disini...macamana buaya boleh ada ditepi pantai, kalau seorang dewasa boleh ditarik kelaut, apa cerita pulak kalau budak2?? bila aku dapat tau cerita ini..hati jadi kecut untuk mandi manda di pantai port dickson.. Ada sesiapa lagi yg tahu cerita ini? Dengarnya perkara BUAYA bukan perkara baru di pantai Port Dickson..kenapa perkara2 ini perlu disembunyikan??



Ini pengarah perikanan melaka dtg melawat mangsa di rumahnya..

Keadaan kaki mangsa..
Ngerikan..



Emmmm..



Emmmm...tengok la keadaan kaki mangsa..terukkn..siannya lah sedih saya tengok..anda semua macammana..mungkin dah ada yang tau berita ni kan..so lepas ni berhati-hatilah kalau nak bawa family mandi manda walau dimana jua..niat nk bergembira akhirnya dapat musibah seperti ini..

WALLAHUALAM..