Assalamualaikum wrbth..

Kali ni saya
nak cerita satu kesah menarik ni...perkara ni atau pun isu ni dah lama saya dgr dn jadi bualan di tempat saya bekerja..cuma kesahihan isu tu yg saya x pasti kebenarannya..sampai la pada 2/3 hari lepas saya terima satu email dr sahabat yg sering mengirim kan email2 sensasi dn hangat kepada saya.

Saya nak berkongsi ngan anda semua perk
ara ni sebab ia mengenai pemakanan kita yg kadang2 kita sendiri ragu2 sama ada makanan itu halal atau haram..jom sama2 kita baca..fikirkan dan ambil iktibar jikalau perkara ini betul.

Kalau kita tidak berdakwah..kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,surah ke 7,ayat ke 164:

"Dan (ingatl
ah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa". ayat ini.pula . "Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui."(Al-Baqarah ayat 42)

Makanan itu menjadi DARAH & DAGING yang kita usung setiap hari.' Tidak hairanlah apabila kita mudah terpedaya dalam hasutan syaitan & musuh islam.. Lalai & malas dalam mengerjakan perintah Allah SWT seterusnya tidak terdaya mencegah amar mak'aruf nahi mungkar. Apakan tidak, apabila darah yang mengalir & daging yang membesar kita sirami dengan makanan yang tidak diberkati seterusnya 'HARAM' untuk dimakan.

WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam 'WCOK' telah beroperasi bermula sekitar tahun 1999. Dimana diawal penubuhan status HALAL sebenarnya telah diragui lagi
Beberapa produk yang harus diragui STATUS HALAL & dikenal pasti HARAMnya ialah:-Nissin Noodles (Mee Segera Nissin Noodles) yang diimport dari HongKong(tertulis dipaket bungkusan)


Daging Salai yang digunakan pada hidangan Sandwish & Nissin Noodles juga diragui status halalnya. Ini kerana pada waktu awal penubuhan White Coffee Oldtown Kopitiam 1999 tiada dipasaran Malaysia yang menjual Daging Salai HALAL. Perkara ini anda boleh rujuk kepada para penyelidik, pensyarah & pelajar di Fakulti/ Jabatan Perhotelan @ F&B / Food & Beverages.





Minyak yang digunakan didalam penyediaan menu 'Ipoh Ho Fun @ Ipoh Kuew Teaw Sup'. Minyak tersebut dihasilkan sendiri oleh WCOK dan tidak terdapat dipasaran. Hanya diberitahu ianya minyak udang. Tetapi adakah ianya benar & tiada campuran lain?

Herbal Jelly adalah produk yang diimpo
rt daripada China . Diberitakan, antara isi kandungannya adalah kulit kura-kura. Khasiatnya dikatakan dapat memanaskan anggota dalaman badan (persoalannya - bolehkah UMAT ISLAM makan yang terhasil daripada KURA-KURA) .

A
pa yang membuatkan UMAT ISLAM diMalaysia TERPEDAYA dengan status HALAL nya ialah salinan sijil HALAL yang dikeluarkan oleh JABATAN AGAMA ISLAM PERAK @ 'JAIPK' pada beberapa produknya dijaja dengan mengatakan JAIPK akan memberi STATUS HALAL pada semua produknya yang sehingga kini (dari awal penubuhannya- dekat 10 tahun dah) masih lagi tidak diperoleh Sila layari laman Web WCOK.

Hanya sijil halal bagi b
eberapa produk yang disahkan oleh JAIPK yang dijajanya. Berbagai anugerah telah diperolehi, namun STATUS HALAL BAGI RESTORENNYA masih lagi TIDAK BERJAYA DIPEROLEHI. KENAPA & MENGAPA? Maka itulah umat islam dinegara ini terpedaya dengan helah apabila nama JAIPK digunakan.

Selain daripada penyalah gunaan Sijil Halal yang dikeluarkan oleh JAIPK umat islam juga terpedaya dengan paparan pekerja islam yang diambil bekerja. Dimana dengan mengatakan yakni makanan yang dihidangkan adalah halal, maka pekerja-pekerja islam ini telah terpedaya untuk berkerja seterusnya menjadi penipuan yang tidak diketahui mengenai status halal makanan direstoren tersebut.

Bagi pengunjung-pengunjung,
apabila melihat Sijil HALAL yang dipaparkan (yang dikeluarkan oleh JAIPK bg sesetengah produk sahaja & bukan yang dikeluarkan oleh JAKIM yakni pengesahan makanan yang dihidangkan oleh restoren terbabit adalah HALAL semuanya) serta pekerja-pekerja islam (yang tidak mengetahui akan Status Non-HALAL yang dihidangkan. Siap pakai tudung lagi) maka dengan mudahnya mereka memasuki dan menjamahnya.


Seperti apa yang berlaku di KULIM, KEDAH bagi Kopitiam PAK'HAINAN (ju
ga 'TIDAK HALAL'). Sungguh menyedihkan apabila pengurus restoren beragama Islam dan berbangsa Melayu tidak mengendahkan & mengetahui status HALAL bagi makanan yang dihidangkan. Papan tanda diluar restoren juga sungguh besar menunjukkan pekerja islamnya memakai tudung menghidangkan makanan.



Begitu juga yang berlaku di TESCO Seberan
g Jaya, Perai pula Kopitiam WHITE HOUSE (juga 'TIDAK HALAL') selain menghidangkan `noodles @ mee' yang TIDAK HALAL dan beberapa menu lagi yang tidak diketahui Status HALAL HARAMnya, mereka juga dengan selamba & tanpa rasa bersalah mengunakan LOGO HALAL JAKIM tanpa kelulusan. Apabila ditanya, mereka menjawab produk mereka semuanya HALAL. Dan apa buktinya bagi Noodles @ Mee Import yang dihidangkan dan beberapa produk lain, tidak tahu jawapannnya.



Di TESCO Kajang pada tahun 2006, WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam telah menghidangkan `noodles @ Meenya' yang antara isi kandungannya terdapat 'LUNCHEON MEAT'. Aduan telah dibuat, namun tiada tindakan daripada pejabat Agama diambil bagi men`yamak' restoren terbabit.




Perkara ini telah disahkan oleh perkerja Islam White Coffee Oldtown Kopitiam (kini telah berhenti apabila mengetahui perkara ini) selain daripada pekerja pihak pengurusan berbangsa Cina (juga telah berhenti apabila menghadapi tekanan daripada pelanggan mengenai Status HALAL JAKIM).

Selain itu, walaupun WCOK telah membuka sehingga melebihi 100 cawangan dari
tahun 1999-2008 diseluruh negara yakni dari utara hingga ke selatan namun STATUS HALALnya masih lagi tidak diperolehi. Dalam masa 10tahun, 100 cawangan telah berjaya dibuka dengan menghidangkan kepada UMAT ISLAM MALAYSIA makanan yang HARAM.

Dan sungguh menyedihkan apabila pihak JAKIM selaku pihak Jabatan Agama yang bertanggungjawab dinegara ini mengambil sikap berdiam diri. Adakah seseorang dijabatan ini telah disogok agar tiada isu dibangkitkan & tindakan diambil walaupun sebenarnya telah ada aduan yang dibuat. Apakah pihak di JAKIM hanya melihat kepentingan yang akan diperolehi dengan tindakan ini tetapi tidak PERHITUNGAN di PADANG MAHSYAR nanti?



Apakah perlu adanya aduan baru ada tindakan? Sedangkan pihak JAKIM telah melihat begitu ramai umat islam menjamah makanan di `WHITE COFFEE OLDTOWN KOPITIAM' yang 'TIADA STATUS HALAL' dan kini terbukti 'TIDAK HALAL' nya. Adakah tiada pemantauan dan tindakan bagi pihak yang `TIDAK MENDAPAT KEBENARAN/ KELULUSAN' JAIKIM menjugakan LOGO HALAL JAKIM?



Hanya beberapa Kopitiam sahaja yang prihatin & dilihat telah mendapat `PENGESAHAN SIJIL HALAL JAKIM' walaupun baru setahun jagung dibuka.

Seperti SWENZ KOPITIAM & KAPITAN KOPITIAM. Dimana melalui produk menunya didapati sememang tiada makanan yang diimport dari TAIWAN , HONG KONG & JEPUN yang kebanyakkannya tidak HALAL. Mengapa restoren ini boleh mendapat Status HALAL JAKIM & terdapat sesetengahnya TIADA HALAL JAKIM..

Jawapannya MUDAH, ini kerana sesetengah hidangan makanan yang dihidangkan di Rangkaian Kopitiam seperti:-
-WHITE COFFEE OLDTOWN Kopitiam,
-NEWTOWN Kopitiam
-WHITE HOUSE Kopitiam
-PAK HAINAN Kopitiam
-JOM BALI Kopitiam
adalah 'TIDAK HALAL'




Merujuk kepada isu yang dinyatakan, sebenarnya selain kita empunya diri yang akan dihisab kerana memberi makan kepada anggota tubuh dengan makanan yang di HARAMkan seharusnya jabatan agama mengambil tindakan segera didalam mewajibkan status HALAL &
HARAM diperolehi bagi setiap kedai makan @ restoren yang beroperasi.

Pihak JAKIM seharu
snya menjalinkan kerjasama bersama Majlis Perbandaran yang memberi & mengeluarkan LESEN perniagaan agar MEWAJIBKAN bagi restoren & food court (mungkin tidak termasuk gerai) mempamirkan STICKER TIDAK HALAL. Bagi yang mengatakan restoren mereka adalah HALAL hendaklah mendapatkan sijil & pengesahan Status HALAL daripada
JAKIM terlebih dahulu sebelum beroperasi.

Ini bertujuan agar
UMAT ISLAM dinegara ini tidak dihidangkan makanan yang TIDAK HALAL dengan PENIPUAN apabila hanya dengan menunjukkan sijil halal bagi beberapa produk sahaja dan mengunakan PEKERJA ISLAM yang terpedaya & JahiL.


Ini agar umat islam dinegara ini tidak terpedaya dengan Helah pengusaha yang asyik mengejar keuntungan dengan menyajikan makanan HARAM kepada umat islam dengan hanya mengatakan yakni tiada babi & minuman keras dihidangkan (NO PORK & LARD) tetapi sebenarnya ada.

Apakah Halal sesuatu makanan itu jika bukan babi yang dihidangkan. Tetapi bagaimanakah jika terdapat isi kandungannya diragui status halal (yakni diperbuat daripada unsur babi itu sendiri). Selain itu, jika Nasi Lemak serta menu lain boleh disahkan status HALALnya, bagaimanakah dengan pinggan mangkuknya yang telah dibasuh sekali dengan pinggan mangkuk yang menghidangkan menu HARAM ini tidakkah jatuh hukumnya HARAM jua.




WALLAHUALAM..
TREND TERKINI...SIAPA BERANI..
4:54 PM | Author: Hamiza

Assalamualaikum wbrth...

Kali ni nak cerita pasal fesyen..sekarang ni macam2 fesyen ada..muda mudi kata ikut trend..haaaa..ni ada trend terbaru yang gempak lagi hangat...tapi pada saya ni bukan gempak lagi dah..tapi fesyen gila..mana x gilanya nnti u all tengok sendiri apa fesyen yang saya maksudkan...

Fesyen ni bukan la kat malaysia tapi kat jepun...mudah-mudahan muda mudi kita or adik2 kita x der la ikut fesyen gila ni..saya bukan apa cuma nak share ngan u all semua betapa gilanya mereka dgn fesyen yang mereka kata terkini ni..

New trend from Japan






















Lindungilah adik2 kita atau sedara mara kita dr perkara sebegini..
nau'zubillah..

WALLAHUALAM
UNTUNGNYA JADI ANAK RAJA TERKAYA..
6:32 AM | Author: Hamiza

Nak cerita kesah anak raja terkaya..tapi mcm x bersyukur dgn apa yg ada..

Kekayaan Putera Azim..



Gaya seorang putera raja yang kaya di dunia.


PUTERA Azim Hassanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah, anak kedua Sultan Brunei berusia 25 tahun menghabiskan masanya dengan tunang tersayang. Kehidupan anak bilionair, bak kata 'hidup di dalam syurga'. Apa yang diingini mampu diperoleh dalam sekejap sahaja. Putera Azim bukan hanya tidur bangun sahaja, malah menghabiskan harta apanya yang tidak ternilai banyaknya. Itu pun belum boleh dihabiskan selagi minyak di Brunei kering.

Pada setiap hari, Putera Azim meluangkan masa bersama beberapa orang sahabat karib di studio rakaman. Apabila Putera Azim berada di studio berkenaan, orang lain tidak dibenarkan masuk kecuali dengan izinnya. Putera Azim bercita-cita menjadi seorang penulis lirik lagu yang terkenal di dunia pada satu hari nanti. Beliau tidak perlu bimbang dengan masa depannya sebagai seorang artis memandangkan Putera Azim seorang anak jutawan tersohor di dunia.


Beliau boleh membeli dan menjual album berkenaan sekiranya mahu. Bukan untuk mengejar kekayaan, sebaliknya memenuhi masa hidupnya di mana kekayaannya tidak mampu dihabiskan sampai beberapa generasi.

Untuk menunjukkan rasa sayang kepada tunangnya, Putera Azim telah menghadiahkan sebentuk cincin berlian yang dinamakan Furby. Belian berkenaan yang dilitupi dengan 'permata sehalus rambut' dan di dalam permata berkenaan terdapat bayangan beberapa orang penari yang bernilai Paun sterling .

Maklumlah anak kesayangan Sultan Brunei, apa yang diminta semuanya diperoleh. Orang Barat kata, wang adalah Tuhan. Hendak apa kita boleh dapat dengan wang. Bagi orang Melayu, sekiranya ada wang semua pekerjaan boleh jalan. Kata Putera Azim, dengan menghadiahkan cincin permata berkenaan, diharapkan hubungan mereka akan bertambah mesra.

Sehingga kini, Putera Azim akan mewarisi kekayaan daripada hasil minyak bernilai Pound Sterling 25 billion pada setiap tahun. Bayangkan, bolehkah Putera Azim menghabiskan wang berkenaan pada setiap tahun!!!


Selain itu, Putera Azim menghabiskan masa dengan tunangnya di Mahiki, iaitu 'medan selera' yang dihuni oleh anak-anak orang kenamaan dan dihiburkan oleh artis terkenal yang kerap kali ke udara di dalam MTV. Bak kata, apa yang dilihatnya itulah yang mahu disentuhnya.

Putera Azim kerap kali berjumpa dengan superstar dari Barat dan mengambil foto bersama-sama dengan selebriti berkenaan. Beliau pernah menjemput selebriti tersohor datang ke rumahnya di Kensington.

Antara selebriti berkenaan ialah pelakon utama dalam filem Titanic iaitu Leonardo DiCaprio. Dua tahun lepas, Putera Azim bertemu dengan pelakon Harry Portel dan sempat makan bersama-sama sambil bertanyakan perkembangan terkini dunia hiburan.

Sebenarnya ayahnya, Sultan Brunei mempunyai beberapa buah hotel antaranya Beverly Hills Hotel di Bandar Los Angeles dan Plaza Athenee di Kota Paris. Di hotel berkenaan terdapat beberapa padang golf dan turut melakukan aktiviti seperti lumba kuda.

Putera Azim pernah beberapa kali berjumpa dengan Putera Charles William (Britain) dan bermain golf bersama-sama. Kedua-dua anak raja ini begitu akrab sekali seakan-akan mempunyai hubungan kekeluargaan.

Putera Azim meminati muzik dan sering kali menjemput selebriti seperti Mariah Carey dengan jet peribadi ke kediamanny
a. Beliau sanggup membayar Paund Sterling tiga juta untuk sekali persembahan sahaja daripada penyanyi terkenal iaitu Mariah Carey. Beliau juga memberi kalungan berupa biji berlian dan cincin permata kepada penyanyi berkenaan atas sumbangannya menghiburkan hati anak raja ini. Boleh dikatakan kehidupan Putera Azim banyak dihabiskan dengan menghibur diri sendiri.


Pada tahun 2004 yang lalu misalnya, beliau telah menjemput Diana Ross untuk menghiburkan hatinya. Diana Ross menyanyi di hadapannya yang turut disertai menjemput kumpulan orkestra yang tersohor dari Britain dan Putera Azin pernah beberapa kali menyanyi dengan Diana Ross.

Pada tahun yang sama, Putera Azim memanggil Micheal Jacson menyanyi di kediamannya dan perkara ini telah menjadi berita sensasi di Barat dan Eropah. Putera Azim juga memberi cincin yang be
rnilai Paun Sterling 300,000 kepada Micheal Jacson. Persembahan oleh Micheal jackson telah disaksikan oleh Putera Azim dengan tunangnya. Begitu hebat sekali kehidupan anak seorang jutawan dunia.


Putera Azim juga pernah mengadakan pertandingan Fasion For Relief yang diuruskan oleh Naomi Campbell yang bertujuan untuk mengutip derma mengumpul wang bagi membantu mangsa banjir di Amerika. Pada majlis berkenaan, Putera Azim telah menjemput Madonna untuk membaca sebuah lirik kepadanya sahaja sebelum mengambil gambar bersama-sama selebriti berkenaan.


Putera Azim juga gemar menghabiskan masa beristirahat di Barat Laut Kalimantan, Brunei. Berkelulusan dari Universiti Singapura dan Oxford Brookes, kehidupannya banyak dihabiskan dengan menikmati keindahan alam semula jadi selain berdampingan dengan selebriti yang terkenal di dunia.



Mak Tiri Muda Putera Azim yang merupakan pengacara dan wartawan TV3. Diiringi oleh pengawal keselamatan dan jururawat persendirian.


Isteri-isteri Muda Sultan Brunei. Banyak sangat sehingga hendak simpan di bahagian stok pun sudah tidak muat. Yang diiktiraf hanya pengacara TV3 sahaja. Yang lain-lain buat bekalan stok sahaja. Hebat kalau jadi orang kaya. Miliki isteri-isteri macam pelihara anak ayam. Bayangkan seorang isteri diberi puluh-puluh juta, 10 generasipun tak habis makan dan pakai oleh keturunannya.



BERTUAHNYA BADAN KALAU JADI ANAK RAJA..HEHEHE

WASSALAM
TERAPI KAMBING...
5:16 AM | Author: Hamiza




Assalamualaikum wbth....

Hujung-hujung tahun ni banyak betul kenduri kendara...sana sini tiap-tiap minggu ada jer kenduri..bukan setakat kenduri kawen jer..kenduri cukur jambul lah..kenduri lenggang perut lah kenduri sunat(berkhatan) kenduri aqikah dan mcm2 kenduri lagi lah...

Berjela-jela la pulak kalau nak sebut satu persatu..hehe..cakap pasal kenduri ni saya dan famly di jemput dtg pada satu majlis kenduri Aqikah utk anak lelakinya...meriah sungguh majlis tu..tapi masakan kt kenduri tu cuma ada daging kambing jer.. saya dan famly x berapa suka(sbnrnya langsung x suka)makan daging kambing..x pernah nk cuba makan pun..hehe..Ramai kwn2 kata daging kambing tu panas la..nnti dpt darah tinggi..takut juga la dgr..

Saya pesan kt mama dan abah..jgn mkn byk kalau nk cuba mkn..hehehe..tapi abah saya senyum jer sambil ckp kt saya..nnti balik abah bagi ayg satu email ni pasal kambing dn khasiatnya..kwn bagi katanya...jom la kita sama2 baca apa khasiat kambing yg dimaksudkan abah saya tu..

Kesahnya......lepas ni kena beli daging kambing....

Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing.

Pengurai Kolestrol Tepu

Salah satu bahan yang terdapat dalam darah yang menjadi punca kepada penyakit darah tinggi dan obesiti ialah kolestrol daripada sumber seperti berikut;

1)Kolestrol daripada minyak tumbuhan seperti minyak sawit, minyak bunga matahari, minyak soya, minyak jagung dan sebagainya (kecuali minyak zaitun).

2)Kolestrol daging lembu dan ayam.

3)Kolestrol tepu daripada makanan laut (kecuali ikan) iaitu sotong, udang, ketam, kerang, siput.

4)Kolestrol tepu daripada organ dalaman haiwan seperti hati, limpa, perut, usus, dan organ-organ lain seperti telinga, lidah, mata, dan sebagainya.

5)Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh kolestrol tumbuhan seperti keropok lekor, tauhu goreng, taugeh goreng, telur goreng (bahagian kuning telurnya) dan sebagainya.

6)Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti oleh sodium (garam pengawit) seperti daging berger atau daging di restoran makanan segera.

7)Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti Vitamin C seperti daging yang diperah limau atau mengambil herba chitosan (herba slimming) atau kuah laksa yang diperah limau atau amalan meminum jus oren setelah mengambil makanan tinggi protein.

8)Ikatan kolestrol yang terjadi daripada protein yang disaluti karbon seperti ikan bakar, sate atau daging panggang.

Daging kambing tidak memiliki protein yang tinggi, oleh itu ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan seperti yang dinyatakan di atas.

Ikatan kolestrol tepu boleh dicegah sekiranya terdapat Omega 3 di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan ia hanya boleh diurai dengan kolestrol kambing sahaja.

Vitamin C dan chitosan yang digunakan untuk menyelaputi protein akan mengakibatkan pembentukan kolestrol yang lebih bahaya sekiranya ia diserap oleh darah. Kandungan kolestrol tepu jenis ini sekiranya terdapat banyak dalam darah akan mengakibatkan masalah jantung.

Sodium (sejenis garam) yang digunakan untuk mengawit daging serta untuk menyedapkan rasa daging akan membentuk kolestrol tepu yang halus. Biasanya kaedah ini digunakan untuk membuat daging berger. Selain itu memakan makanan yang tinggi protein yang dicampurkan dengan perasa makanan seperti Mono Sodium Glitumat (MSG) juga akan membentuk kolestrol tepu yang sangat halus. Ia boleh dipam naik ke bahagian otak dan sekiranya tersekat, ia akan menyebabkan strok.

Pencegah Penyakit Darah Tinggi Dan Obesiti

Kolestrol kambing boleh menguraikan kolestrol dalam darah punca kepada penyakit darah tinggi. Kolestrol kambing yang menguraikan darah yang tercemar dengan kolestrol tepu akan menyebabkan isipadu darah meningkat. Pesakit darah tinggi yang mengambil daging kambing akan mengalami gejala penguraian akibat peningkatan isipadu darah seperti pening.

Walaupun daging kambing bertindak sebagai pengurai protein yang terbaik, tetapi pesakit darah tinggi yang tidak tahan dengan kesan pembongkaran penguraian ini dinasihatkan agar tidak mengambil daging kambing sebagai terapi. Tetapi bagi mereka yang tidak mengalami masalah tekanan darah tinggi dinasihatkan agar mengamalkan pemakanan daging kambing untuk mengelakkan penyakit darah tinggi.

Kolestrol yang gagal dicerna oleh hati akan disimpan dalam bentuk lemak di bawah permukaan kulit. Dalam jumlah yang banyak ia akan menyebabkan masalah obesiti (kegemukan). Pesakit obesiti yang mengambil daging kambing akan mengalami masalah tekanan darah yang tidak stabil dan turut mengalami pening kepala akibat kesan pembongkaran kolestrol tepu oleh kolestrol kambing. Selain itu, daging kambing akan membakar lemak yang berlebihan dalam badan. Kesan pembakaran lemak akan mengakibatkan gejala pembongkaran seperti panas badan, berpeluh dan telinga berdengung.

Mencantikkan Kulit


Dalam daging kambing turut terdapat Vitamin C semulajadi yang tidak teroksida. Vitamin C tidak teroksida amat penting untuk pembinaan dan ketahanan sel kulit. Vitamin C yang tidak teroksida akan menyeimbangkan dan mengurangkan bebanan fungsi hempedu dan mencantikkan kulit.

Pengambilan protein tinggi yang berlebihan akan menyebabkan ia tersimpan di bahagian bawah kulit akan mudah teroksida dan bertindak balas dengan sel kulit untuk membentuk tenaga. Proses ini akan menyebabkan kulit kelihatan hangus dan gelap sekiranya berjemur di bawah sinaran matahari. Vitamin C daripada daging kambing akan memberi lebih ketahanan terhadap kulit daripada bertindak balas terhadap protein yang terkena cahaya matahari.

Mengamalkan memakan daging kambing adalah salah satu cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang putih dan cantik.

Meningkatkan Rasa Kasih Sayang Dan Kegembiraan

Sistem darah (NW18) berkaitan dengan kawasan Thalamus (NW3). Thalamus berfungsi menjaga kasih sayang. Sistem darah yang sihat dan kuat akan memastikan bahagian Thalamus juga kuat dan membantu mewujudkan perasaan kasih sayang.

Jantung yang menerima kolestrol daging kambing akan lebih lembut dan lancar pergerakannya. Jantung yang lembut akan mewujudkan perasaan yang gembira. Jantung yang lancar pergerakannya akan mudah tersentuh dan terpesona dengan sesuatu yang mengusik perasaannya. Oleh itu ia akan membahagiakan dan mewujudkan perasaan kecintaan.

Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing akan merasa tenang dan gembira dan mudah merasa getaran kasih sayang. Sekiranya anda menghadapi masalah sukar merasai nikmat kasih sayang dan getaran kecintaan, silalah amalkan memakan daging kambing.

Begitulah kesahnya pasal kambing ni..lepas ni boleh la makan daging kambing..tapi kalau makan tu biarlah ikut sunnah Rasulullah SAW...jgn lebih2 sgt..so lepas ni boleh la makan asalkan ia halal...

WALLAHUALAM..