PERBEZAAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN...
5:35 PM | Author: Hamiza
(L) Mempunyai ego tersendiri yg menyebabkan sukar menerima pertolongan org lain dan pandangan org lain terutama sekali pasangannya.
(P) Mudah menerima dan terpengaruh dgn pandangan org lain lebih2 lagi dgn org yg dicintainya.

(L) Sekiranya mengalah, menunjukkan tanda tidak bermaruah atau berprinsip.
(P) Mengalah tanda sayang dan pengorbanan yg tidak berbelah bagi.

(L) Menilai kejayaan dan diri berdasarkan hasil atau prestasi yg berlaku didepan mata..
(P) Seringkali menilai diri berdasarkan perasaan dan kualiti hubungan sesama manusia terutamanya org yg disayangi.

(L) Suka menyendiri dan menjauhkan siri apabila berada dlm keadaan tertekan.
(P) Suka bercerita kpd org lain tentang masalah yg sedang dihadapi dgn harapan mendapat simpati.

(L) Mempunyai emosi spt getah iaitu sesuatu perasaan itu hanya sekejap shj.
(P) Mempunyai emosi seperti ombak iaitu suatu perasaan yg lambat reda.

(L) Biasanya suka memberi arahan bersifat ketua yg mempunyai kuasa.
(P) Suka berleter mengenai sesuatu perkara sehingga puas hati.

(L) Bersikap pemurah atau boros.
(P) Bersifat kedekut atau berjimat..

(L) Mempunyai fikiran yang bersifat makro iaitu melihat secara keseluruhan.
(P) Mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci.

(L) Tidak fokus kepada sesuatu perkara
(P) Fokus kepada sesuatu perkara.

(L) Mempunyai perasaan cinta yang setia dan lebih fleksibel.
(P) Cinta sepenuh hati dan setia pd yg satu.

(L) Suka menyendiri dan berdiam diri apabila imej tergugat
(P) Mudah marah, cemburu atau merajuk apabila imej tergugat.

(L) Bila berkomunikasi kurang teliti mendengar tapi cepat memberi pendapat.
(P) Mendengar dgn teliti sebelum membuat sesuatu keputusan.

(L) Lebih banyak menumpukan kepada aspek fizikal dan kebendaan.
(P) Lebih menumpukan aspek perasaan dan kemanusiaan

(L) Meminta bantuan kerana malas atau tidak berupaya.
(P) Meminta dan memberi bantuan sebagai tanda sayang dan hendak bermanja.

(L) Akan melawan dan menjauhkan diri dan membisu seribu bahasa apabila berlaku pertengkaran.
(P) Biasanya mengalah dan berpura-pura setuju dengan pasangannya.

(L) Tidak suka bercakap tentang pasangannya
(P) Suka bercerita tentang pasangannya dan menghormatinya

(L) Agak keberatan meminta maaf
(P) Lebih mudah meminta maaf

(L) Dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran
(P) Risau apabila menghadapi kesukaran

(L) Suka MEMBUAT keputusan
(P) Suka MENGIKUT keputusan

(L) Terasa selesa berjauhan dgn keluarga
(P) Suka bersama keluarga

(L) Berfikir jangka panjang dalam pelbagai perkara, penyelesaian untuk kebaikan jangka panjang
(P) Berfikir cara pendek yang lebih hanya untuk selesaikan sesuatu cara dengan cepat

BETUL KERRR...

WALLAHUALAM...



JENAKA HUJUNG MINGGU...
5:25 AM | Author: Hamiza
Sama jugak....

Semasa aktiviti berkhemah di Taman Negeri Endau-Rompin, Irwanshah @ Anchor (bukan nama sebenar) telah tersilap masuk ke tandas yang telah dikhaskan untuk peserta perempuan.
Kerana terkejut, gadis-gadis yang berada di dalam tandas itu semuanya menjerit.

Gadis:
Ni untuk perempuan je bang.
Dengan selamba si Anchor menanggalkan seluarnya sambil berkata,

Anchor:
Yang ni pun untuk perempuan jugak...


Cemburu....

Suatu hari Syahrom @ Caum (bukan nama sebenar) pergi ke Jeya Juko dengan isterinya untuk bershopping. Isterinya ke bahagian wanita dan Caum pula melihat bahagian kanak-kanak di section sebelah.

Tetiba Caum terjumpa sahabatnya, Apak dan bersembang kerana lama tak berjumpa. Selepas Apak beredar, Caum pun melilau mencari isterinya. Cari punya cari, tak juga berjumpa.

Kemudian Caum ternampak seorang sales girl yang cun di bahagian menjual rokok. Lantas Caum menuju ke arah sales girl tersebut dan menyapa,

Caum:
Hai adik manis. Saya sedang mencari isteri saya ni. Boleh tak saya bersembang dengan cik adik dalam 5 minit.

Sales girl:
Apasal pulak?

Caum:
Tak taulah...tapi sebelum ni, tiap kali saya bercakap dengan perempuan cantik...isteri saya mesti muncul.

hehehe...senang jer nk cari bini ilang pernye ....
KISAH BENAR SEORANG TAN SRI....
5:11 AM | Author: Hamiza
Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut. Berikut adalah perbualan mereka,


Tan Sri:
Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi negara. Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan. Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara.. Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum.

Wartawan:
Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera ini bekerja dengan Tan Sri?

Tan Sri:
Oh...sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30 tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.

Wartawan:
Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan Sri tadi.

Tan Sri:
Eh..mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada mereka.

Wartawan:
Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik orang Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak menyumbang.. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?

Tan Sri:....????...(:


............ ......... ......... ........ .........

nota:
Kisah di atas merupakan sedutan daripada kisah benar yang berlaku dalam sebuah majlis perasmian kilang di Gemas, Negeri Sembilan.
adakah keadaan ini terjadi ataupun seakan terjadi di tempat anda atau kenalan anda........renung-renungkan......

Pendapat anda?
BETUL KERRR...
7:12 PM | Author: Hamiza
Perkara Sebelum Kahwin..... Selepas Kahwin

1) ANGKATKAN BEG..
Come sayang, let me carry the bag 4 u. Kesian u...

Selepas kahwin...
Beg u pun u malas nak bawa. Lain kali jangan bawa beg ah!

2). TERSUNGKUR BATU....
'Sayang, intan payung, you ok tak darling? Bodoh punye batu!'

Selepas kahwin..
Jln betul2 la! Buta ke? Mata letak kat mana? Lutut? Batu tu punya besar pun tak nampak!

3.) PAKAI SEXY....
Lawanye u pakai baju ni. Seksi! Turn on I, macam nak gigit-gigit you sekarang jugak!

Selepas kahwin...
'Ni ape ni, tetek terjojol, nampak longkang! Dengan babat berlipat-lipat! Tak malu eh?'

4.) MANJA DI PUBLIC...
Manjanye syg i ni. Cium sikit sayang! Firm nye pipi you!

Selepas kahwin...
Oi! Org tgk ah! Tunggu balik rumah bole tak? Tak malu eh orang tengok?!

5). KEMPUNAN...
U nak makan burger ramly? Ok, besok i masuk JB belikan eh syg...

Selepas kahwin...
Burger McDonald pun sama pe! Jgn cerewet ah! Makan je!

6.) KECANTIKAN
Cantik nye you hari ni. Eye shadow you lawa la! Berseri-seri muka you!

Selepas kahwin...
Ape ni make up mcm tepung gomak? Wayang pekji pun kalah tau! Bulan2 asyik beli make up je!

7.) KEKAYAAN
U takde bnyk duit pun, i tetap syg u. Kekayaan tk menjanjikan kebahagiaan.

Selepas kahwin..
Tu la, dulu tak nak blajar betul2.. Skrg baru nak menyesal! Duit tong sampah bulan ni camne?

8.). SEX
Kalau kita kawin, hari2 i nak main dgn u.

Selepas kahwin...
Eh, i penat tau! Ingat i robot ke? Gatal!

9.) KESABARAN
Sudahlah syg, jgn merajuk. Sorry eh Sayang. Memang salah I. I ni matahir tak guna! Jangan merajuk lagi ye Sayang... I minta maaf. Maafkan i eh?

Selepas kahwin...
Salah you, you nak suruh I cakap Sorry! Banyak cantik muka you! Dah buat salah tak nak mengaku. Tau nak merajuk je. Awak punye pasal ah! Tak kuasa aku!

10.) MASAKAN
Sedapnye u masak (walaupun tak sedap)

Selepas kahwin..
Mak u tak ajar masak ke? Ni Nasi lemak ke nasi basi?

11.) DUIT NO PROBLEM
Syg, kita mkn dekat restoran mahal tu eh? Mahal takpe lah, skali skala...

Selepas kahwin...
Mak oi! Pe mahal! Da la! Mee grg mamak pak kassim lagi sedap. Tak mau ah!

12.) LUV PEGI LUV BALIK
Bye syg, I luv u too. Muaks! Miss u lah syg. (Padahal smlm baru jumpe)

Selepas kahwin...
Ah, ok bye! Tak bole lah. Kawan i ade ni! Bye la bye la!

13). PENGORBANAN
Takpe Sayang, I tak kisah. I sanggup buat apa saja untuk you. I fetch you later eh?

Selepas kahwin...
You ni, takde kepala otak ke yang I ni penat baru balik kerja. Apa salahnya you balik sendiri. Manja sangat ah!

14.) JUMPA LAMBAT
Takpe Sayang. Asalkan you selamat sampai

Selepas kahwin...
Takpe la. Da biasa da!

15). BUANG ANGIN
You kentot eh sayang? Hehehehehe! Cute la you ni! *cubit-cubit*

Selepas kahwin...
Oi, asal bole kentot je eh! *pukul-pukul badan*


SAJER NK SURUH U ALL TERSENYUM....
KERANA SEBUTIR KURMA...
6:33 PM | Author: Hamiza
Hanya Kerana sebutir kurma....

Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah ke mesjidil Aqsa.Untuk bekal di perjalanan, ia membeli 1 kg kurma dari pedagang tua di dekat mesjidil Haram.Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma tergeletak didekat timbangan.

Menyangka kurma itu bagian dari yang ia beli, Ibrahim memungut dan memakannya.Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa.4 Bulankemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa.Seperti biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra.Ia shalat dan berdoa khusuk sekali.

Tiba tiba ia mendengar percakapan dua Malaikat tentang dirinya."Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan warak yang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT,"kata malaikat yang satu."Tetapi sekarang tidak lagi.Doanya ditolak karena 4 bulan yg lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua di dekat mesjidil haram," jawab malaikat yang satu lagi.

Ibrahim bin adham terkejut sekali, ia terhenyak, jadi selama4 bulan ini ibadahnya, shalatnya, doanya dan mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWT gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya."Astaghfirullahal adzhim" Ibrahim beristighfar.Ia langsung berkemas untuk berangkat lagi ke Mekkah menemui pedagang tua penjual kurma.Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telahditelannya.

Begitu sampai di Mekkah ia langsung menuju tempat penjual kurma itu, tetapi ia tidak menemukan pedagang tua itu melainkan seorang anak muda. "4 bulan yang lalu saya membeli kurma disini dari seorang pedagang tua.kemana ia sekarang ?" tanya Ibrahim."Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang meneruskan pekerjaannya berdagang kurma" jawab anak muda itu."Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu kepada siapa saya meminta penghalalan ?".

Lantas ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anak muda itu mendengarkan penuh minat."Nah, begitulah" kata ibrahim setelah bercerita,"Engkau sebagai ahli waris orangtua itu, maukah engkau menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur kumakan tanpa izinnya?"."Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapi entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang.Saya tidak berani mengatas nama kan mereka karena mereka mempunyai hak waris sama dengan saya.""Dimana alamat saudara-saudaramu ? biar saya temui mereka satu persatu."Setelah menerima alamat, ibrahim bin adham pergi menemui.Biar berjauhan, akhirnya selesai juga.

Semua setuju menghalalkan sebutir kurma milik ayah mereka yang termakan oleh ibrahim.4 bulan kemudian, Ibrahim bin adham sudah berada dibawah kubah Sakhra.Tiba tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu terdengar lagi bercakap cakap."Itulah ibrahim bin adham yang doanya tertolak gara gara makan sebutir kurma milik orang lain.""O, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, ia telahmendapat penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu.

Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran sebutir kurma yang haram karena masih milik orang lain.Sekarang ia sudah bebas.""Oleh sebab itu berhati-hatilah dgn makanan yg masuk ke tubuh kita, sudah halal-kah? lebih baik tinggalkan bila ragu-ragu...

"Pada hadits yang lain S.A.W. bersabda; ‘Siapa yang merampas hak orang Islam dengan sumpahnya, maka Allah mewajibkan dia masuk neraka dan mengharamkannya masuk surga.. Seorang laki-laki bertanya, walaupun sedikit ya Rasul ullah? Nabi menjawab, walaupun sebatang kayu sugi.’ (Riwayat Muslim).

WASSALAM...
PETUA MENGHAFAL ALQURAN...
6:12 PM | Author: Hamiza
Beberapa petua menghafal ayat-ayat al-Quran...

Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman di dalam kitab suci al-Quran di dalam surah al-Fatir (35:29) yang membawa maksud ,"Those whorecite the Book of Allah, establish regular prayer, and spend (incharity) out of what We have provided for them, secretly and openly,hope for commerce that will never fail".Abdullah Ibn Amr Ibn Al-As RA telah meriwayatkan:

Rasullullah SAWtelah bersabda, "The one who was devoted to the Qur'an will be toldon the Day of Resurrection: `Recite and ascend (in ranks) as you used to recite when you were in the world.

Your rank will be at thelast Ayah you recite." [Abu Dawud and At-Tirmidhi].Hadis ini telah menyebut tentang ganjaran yang diperolehi oleh orang-orang yang menghafal sebahagian ataupun seluruh daripada al-Quran.

Sebahagian para ulama dalam mentafsirkan hadis ini telah menyebut bahawa jumlah tingkatan di syurga adalah bersamaan dengan jumlah ayat di dalam al-Quran dan seorang muslim akan menaiki satu tingkatan syurga bagi setiap satu ayat yang beliau telah menghafalnya.Di dalam hadis yang lain, Othman bin Affan RA telah meriwayatkan bahawa rasullullah SAW bersabda, "The best amongst you is the one who learns the Qur'an and teaches it." [Al-Bukhari].

Berikut disenaraikan beberapa petua untuk menghafal ayat-ayat al-Quran.

Pertama,mulakan dengan bertaubat dengan sebenar-benar taubat kerana sesungguhnya dosa-dosa tidak akan memberi ruang untuk ayat-ayat Quran bertapak di hati manusia.Imam Al-Shafie di dalam satu petikan sajaknya yang terkenal mengadu kepada gurunya akan dirinya yang agak sukar untuk menghafal dengan baik.Gurunya lalu menasihatinya agar meninggalkan dan bertaubat akan segala dosa-dosanya.

Kedua,Mempunyai niat yang benar dan percaya akan balasan baik yang akan diperoleh seperti yang dinyatakan di dalam hadis diatas.Mintalah bantuan Allah dengan seikhlas hati untuk sentiasa memudahkan kita menghafal ayat-ayat suciNya.

Ketiga,Peruntukkan sebahagian waktu setiap hari (atau selang beberapa hari) untuk menghafal ayat-ayat Quran.Masa yang paling baik adalah pada waktu yang kita tidak sibuk dengan hal-hal lain.

Keempat,Gunakan naskah Quran yang sama setiap kali kita menghafal.Ini membantu minda kita menangkap dan mengingat apa yang terdapat pada helaian muka surat ayat yang kita ingin hafal.(mind snapshot)

Kelima,Mulakan dengan surah-surah yang paling mudah bagi kita.Ramai yang menyarankan agar hafalan bermula dengan lima juzu' terakhir(bermula dengan juzu' 30,juzu' 29 dan seterusnya)

Keenam,Hafalan juga boleh dimulakan dengan surah-surah yang paling kita gemar membacanya atau yang selalu kita dengar ataupun yang kita sudah biasa dan sudah pula ingat sebahagiannya.

Ketujuh,Sebenarnya, lebih muda umur kita, lebih mudah untuk kita menghafalnya.Semakin kita berumur, kita akan lebih sibuk dengan pelbagai urusan dan kemampuan untuk mengingat juga semakin berkurangan. Walaubagaimanapun, walau berapa pun umur kita, kita masih belum terlambat sebenarnya,insya Allah. Walaupun kita tidakpernah menghafal ayat-ayat Quran pada usia kecil atau pada masa usia remaja, namun kita masih lagi berpeluang menghafalnya jika kita mahu.

Kelapan,Setelah menghafal beberapa ayat, cubalah membacanya di dalam solat-solat sunat yang biasa kita lakukan.Selain itu,mintalah bantuan rakan-rakan ataupun pasangan kita untuk mendengar bacaan hafalan ayat-ayat itu .

Kesembilan,Menghafal secara berkumpulan juga merupakan satu cara yang baik apatah lagi dengan sentiasa bersama-sama memberi galakan diantara satu sama lain.Sebagai ibu bapa pula,apa salahnya mewujudkan pertandingan di antara anak-anak dan memberi hadiah pada siapa yang berjaya menghafal dengan baik.Semoga Allah sentiasa menunjukkan kita jalan-jalan yangdiredhainya..Ameen.

Wallahu'alam
NIAT TAUBAT..ARAK MENJADI MADU
6:27 AM | Author: Hamiza
NIAT TAUBAT MENUKAR ARAK MENJADI MADU> > >

Pada suatu hari, Omar Al-Khatab sedang bersiar-siar di lorong-lorong dalam kota Madinah. Di hujung simpang jalan beliau terserempak dengan pemuda yang membawa kendi. Pemuda itu menyembunyikan kendi itu di dalam kain sarung yang diselimutkan di belakangnya.

Timbul syak di hati Omar AL-Khatab apabila terlihat keadaan itu, lantas bertanya, "Apa yang engkau bawa itu?" Kerana panik sebab takut dimarahi Omar yang terkenal dengan ketegasan, pemuda itu menjawab dengan terketar-ketar iaitu benda yang dibawanya ialah madu. Walhal benda itu ialah khamar.

Dalam keadaannya yang bercakap bohong itu pemuda tadi sebenarnya ingin berhenti dari terus minum arak. Dia sesungguhnya telah menyesal dan insaf dan menyesal melakukan perbuatan yang ditegah oleh agama itu.

Dalam penyesalan itu dia berdoa kepada Tuhan supaya Omar Al-Khatab tidak sampai memeriksa isi kendinya yang ditegah oleh agama itu. Pemuda itu masih menunggu sebarang kata-kata Khalifah, "Kendi ini berisikan madu." Kerana tidak percaya, Khalifah Omar ingin melihat sendiri isi kendi itu.

Rupanya doa pemuda itu telah dimakbulkan oleh Allah seketika itu juga telah menukarkan isi kendi itu kepada madu. Begitu dia berniat untuk bertaubat, dan Tuhan memberikan hidayah, sehingga niatnya yang ikhlas, ia terhindar dari pergolakan Khalifah Omar Al-Khatab, yang mungkin membahayakan pada dirinya sendiri kalau kendi itu masih berisi khamar.

Allah Taala berfirman, " Seteguk khamar diminum maka tidak diterima Allah amal fardhu dan sunatnya selama tiga hari. Dan sesiapa yang minum khamar segelas, maka Allah Taala tidak menerima solatnya selama empat puluh hari.

Dan orang yang tetap minum khamar, maka selayaknya Allah memberinya dari 'Nahrul Khabal'. Ketika ditanya, "Ya Rasulullah, apakah Nahrul Khabal itu ?" Jawab Rasulullah, "Darah bercampur nanah orang ahli neraka ! "

NAUZUBILLAH...WALLAHUALAM
AMALAN NILAINYA SYURGA...
6:21 AM | Author: Hamiza
Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya..

WALLAHUALAM..
ILMU UNTUK SEMUA...
6:01 AM | Author: Hamiza
Ilmu memagar diri dan rumah

Ilmu memagar diri dan rumah dari ancaman syihir dan pencuri yang diamalkan dari sejak dahulu oleh para ambiya. Ilmu ini tidak memerlukan modal tetapi hanya memerlukan sedikit ketabahan dan kekusyukan.

Waktunya..
Waktu selepas solat maghrib, se-eloknya pada hari selasa bagi memagar diri dan hari jumaat bagi memagar rumah.

Caranya.
1)Duduk bertimpuh seperti tahiyat awal dan mengadap ke kiblat.

2)Niat dalam hati untuk memagar diri dari segala ancaman syihir kerana Allah Taala.(jangan campurkan niat memagar diri dan rumah sekali gus, buat berasingan).

3)Pejam mata dan tarik nafas dan tahan. Semasa menahan nafas itu baca ayat kursi dengan betul, seboleh bolehnya dengan satu nafas sahaja. Dan semasa membaca ayat kursi itu juga, cuba bayangkan bahawa dihadapan kita ada satu tembuk yg amat kebal. Sesudah selesai membaca ayat kursi hembuskan kembali nafas dengan perlahan-lahan.

4)Ulangi perbuatan yang ke (3) tetapi untuk kali kedua bayangkan pula bahawa tembuk itu berada dibelakang pula, seterusnya ulangi lagi untuk tembuk sebelah kanan, kiri, atas dan bawah. Bermakna perlakuan ini terpaksa dilakukan sebanyak 6 kali sehingga kita berada dalam satu tembuk empat persegi yang sempurna.

5)Untuk permulaan amalkan amalan ini sebulan sekali tetapi kalau untuk yg afdalnya amalkan seminggu sekali. Amalan ini hanya memerlukan lebih kurang 5 minit sahaja seminggu, janganlah kita berkira sangat tentang masa demi untuk keselematan kita semua. Jadikannya amalan dan yg lainnya berserah saja pada Allah Yang Esa. Untuk memagar rumah pula caranya adalah sama tetapi niatkan memagar rumah dari segala ancaman dari pencuri, dan semasa membaca ayat kursi, bayangkan pula tembuk itu berada dihadapan rumah kita dan di ikuti langkah seterusnya untuk kelilingnya pula. Tetapi perlu diingat bagi ilmu memagar rumah dari ancaman pencuri ada syaratnya pula. Dari pengalaman yg lepas, orang yg mengamal kan ilmu memagar rumah ini, ada terjadi pencuri yg memasuki rumahnya tidak jumpa jalan keluar. Jika ini terjadi maka disyaratkan tuan punya rumah tidak bolih sama sekali memukul pencuri itu. Cukup dengan mengambil kembali barang yg telah diambil, serta nasihatkan dengan baik dan tunjukkan dia jalan keluar.Bagi ibubapa pula ilmu memagar diri ini bolih dilakukan untuk anak-anak yg masih kecil, cuma semasa kita melakukan niat kan sahaja untuk mereka. Ilmu ini jika diamalkan dengan sempurna, hasilnya adalah menakjubkan(dengan keizinan allah).

Memagar Rumah Dari PencuriSatu cara lagi yang dilakukan oleh ramai orang ialah dengan cara membaca ayat kursi sekeliling dalam rumah. Dimulakan dengan hujung pintu hadapan rumah mengikut arah jam. Bahu sebelah kiri berada didinding rumah. Baca ayat kursi berulang kali keliling setiap bilik dalam rumah kecuali tandas.

Tamat di hujung pintu utama rumah yang sebelah satu lagi. Jangan cover seluruh pintu utama. Petua ini adalah untuk memagar rumah dari dimasuki pencuri, kebiasaannya pencuri akan payah untuk mencari jalan masuk lain kecuali pintu utama. So pintu utama sahaja kita perlu perhatikan. Kita tak cover sehingga hujung pintu takut2 pencuri yang masuk tak jumpa jalan keluar pulak.

Wallahualam...
DARI KELAS PENGAJIAN.....
11:21 PM | Author: Hamiza
1.
AL-FATIHAH
Baca 14 kali sebelum tidur: Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu.
2.
AL-FATIHAH
Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian: Melepaskan rasa sakit dalaman
3.
AL-FATIHAH
Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur. Kepada orang berpenyakit mental
4.
AL-FATIHAH
Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit. Sakit yang keterlaluan.
5.
AL-FATIHAH
Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala. Bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa
6.
AL-FATIHAH
Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit. Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu,
SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR YANG TERBAIK KEPADA SEMUA.
1.
YA-RAHMAN, YA-RAHIM, YA ALLAH
Buatlah sebanyak 3 kali Jumaat berturut-turut: Baca berulang-ulang kali sepanjang kita duduk lepas sembahyang Asar sehinggalah masuknya waktu Maghrib. Masuk sahaja waktu Maghrib, sebutlah Allahuakhbar, dan teruslah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yang MAHA berkuasa dengan apa yang dihajati. (Percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh, dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka, diampunkan dosa dan sebaginya).
2.
AWET MUDA (dalaman dan luaran)
Zikir Baca Ya Badiyah -1 kali Ya Nur - 1 kali Ya Hadi - 1 kali Ya Allah – 3 kali Baca dan tiup di tapak tangan dan sapu ke raut muka kita pada setiap hari.


Ayat Al-Waqiah (ayat 35,36,37,38) Baca setiap hari selepas sembahyang Subuh tiup dalam air dan minum.- Rawatan untuk awet muda luar dan dalaman
3.
KAYA DENGAN KETENANGAN JIWA
Baca ayat Al-Waqiah setiap hari sebelum tidur.

4.
MENGELAKKAN SAKIT KEPALA
Bawa ayat Al-Waqiah Ayat 19 moga-moga boleh menghilangkan/ meredakan
.

WASSALAM...
BILA ALQURAN BERBICARA...
11:05 PM | Author: Hamiza
= BILA AL-QURAN MULA BEBICARA =


Waktu engkau masih kanak-kanak. ......... ...
kau laksana kawan sejatiku Dengan wudu', Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang Aku,kau junjung dan kau pelajari Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari Setelah selesai engkau menciumku mesra Sekarang engkau telah dewasa......

........ Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku... Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah..? Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.....

.. Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali; sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu. Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian , kesepian.

Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan. Dulu...pagi- pagi...surah- surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman. Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla, Engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah) . Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku. ........ E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku

Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV. Menonton siaran telivisyen Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah Waktupun cepat berlalu.....

.... Aku semakin kusam dalam laci-laci mu Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali Itupun hanya beberapa lembar dariku.

Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu? Yang pasti ayat-ayat Allah s.wt yang ada padaku menolong mu Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu... Setiap saat berlalu... Dan akhirnya.... . kubur yang setia menunggu mu.......... . Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati... Di kuburmu nanti.... Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan. Yang akan membantu engkau membela diri Dalam perjalanan ke alam akhirat.

Dan Akulah "Al-Qur'an", kitab sucimu Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu. Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali setiap hari. Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci. Yang berasal dari Allah Azzawajalla Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu...... .

Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu. Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu. Sentuhilah Aku kembali... Baca dan pelajari lagi Aku.... Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat Seperti dulu....

Waktu engkau masih kecil Di surau kecil kampungmu yang damai Jangan aku engkau biarkan aku sendiri..... Dalam bisu dan sepi....

WALLAHUALAM..
SUAMI & ISTERI...
10:14 PM | Author: Hamiza
SINAR CAHAYA AYAT KURSI...

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah.

Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.


4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat.


5) Barang siapa membaca ayat Al Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.


6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.


7) Barang siapa yang membaca ayat Al Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A..W. bersabda,Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...' Wassalam,


'Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia Mu..... Utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat Mu' Subhanallah...


Tujuh kalimat Sabda Rasulullah S.A.W'Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut '

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut.


4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.


5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.


6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.


7.. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa...


WALLAHUALAM..
ISTERI-ISTERI SENTIASA DARA...
9:19 PM | Author: Hamiza
Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan)

Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya:Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.

Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:(56.35)

Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara(yang tidak pernah disentuh),(56.37)

Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Lanjutkan kepada kaum ibu dan isteri tuan2 semoga ada manafaatnya.

WALLAHUALAM...
BOSS POWER...
1:51 AM | Author: Hamiza
Boss powerNi kisah satu org makhluk yg dilantik menggantikan bos asal sebuah kompani besar.

Disebabkan masalah pekerja2 yg agak kurang motivasi dan selalu cuai + pemalas, bos baru ni decide nak ajar mereka sikit firstday dia kat kompani tu. So, sape2 yg dia nampak paling pemalas, dia akan pecat on the spot.

Mmg malang tidak berbau, dia ternampak seorg pekerja yg sedang dok nyandar kat tepi dinding."Yg berbaju biru tu" dia menjerit. Jeritan kuat nyebabkan semua perkerja tersentak dan memandang kepada lelaki berkenaan.

"Bape gaji awak?" dia bertanya dgn nada yg agak keras"Dalam RM800" pekerja tu menjawap Bos tu menjawap, "Nah amik ni Rm800,BERAMBUS DARI SINI. KALU NAK MALAS2 PEGI TEMPAT LAIN" Pekerja tu amik duit tu, lalu terus blah camtu jek.Bos tadi memandang kesemua pekerja2 nye, seperti mahu mereka paham, sape.malas, sure kene pecat!

Merasakan pekerja2 memahami maksud kejadian tadi, bos itu merasa puas.

Sebelum bos itu masuk semula ke dalam opis nye, dia bertanya kepada salah seorg pekerja disitu,"Mamat tadi tu kerja department mana?"Jawap si pekerja,"Owh, dia tu dtg anto pizza, tak keje sini pun".

HUHUHU....HEHEHE