SAJA2 NAK BUAT ANDA TERSENYUM....
6:29 AM | Author: Hamiza
Dialog antara lembu dan ayam.....

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!

Lembu : Kenapa kau kata macam tu?

Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!

Lembu : Hah! Buat apa pulak?

Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku, macamana aku nak dapat anak!

Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!

Ayam : ?? Maksud kau?

Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!

Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)
SUKA RINGAN2....INI UTK PEDOMAN KITA...
5:50 AM | Author: Hamiza
'Ringan-ringan' Sebelum Kahwin

Jika seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak dan membiarkannya, ia dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah 'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa tawbat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula.Hanya dengan taubat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka.

Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan' dan 'terlanjur' ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda.

Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua. Saya tahu, pasti akan ada wanita yang kata."habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustazah?"Jawabnya, perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita tanggung jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye.

Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabiقَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ،فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَاظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن.Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respon : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad?, Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji yang ternyata dan tersembunyi. . " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.BILA LELAKI MENJADI DAYUS?Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :

-1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah...

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat..

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasial, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?.Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita..

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepada dirinya.Mungkin kita akan berkata dalam hati :- " Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :من قتل دون أهله فهو شهيدErtinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)Sekianp/s : Diizinkan pembaca menyebarkan tulisan ini sejauh mana yang mungkin demi manfaat para lelaki yang berhasrat menjadi penghuni Syurga.
ADAT MENGUAP....
6:16 PM | Author: Hamiza
KALAU MENGUAP> > > > >

Hendaklah meletakkan tangan di mulut ketika menguap untuk menutup pandangan yang tidak layak ketika mulut terbuka, juga untuk menghalang sesuatu masuk ke dalam mulut.

Juga disuruh mengurangkan suaranya hingga tidak kedengaran langsung .

Selepas menguap hendaklah beristighfar kepada Allah swt kerana menguap adalah dari tanda malas dan ia dari syaitan.

Rasulullah saw. bersabda: Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi bersabda "Sesungguhnya Allah swt. sukakan bersin dan benci akan menguap.

Jika salah seorang kamu
bersin dan memuji Allah swt., hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan "YarhamukAllah"

Adapun menguap adalah dari syaitan, jadi jika seorang kamu menguap maka hendaklah ia mengembalikannya (menahannya) sedapat mungkin, kerana apabila kamu menguap, syaitan ketawa melihatnya.

Riwayat Bukhari. Rasulullah saw. bersabda dari Abu Hurairah r. a. katanya, "Menguap dalam solat adalah dayang daripada syaitan, jika seseorang kamu menguap maka hendaklah ia berusaha menahannya (dari> membuka mulut lebar-lebar)” > > wallahualam..
SUKA KANGKUNG....?????CUBA BACA NI..
5:35 PM | Author: Hamiza
Jika anda penggemar kangkung, tidak kira apa jenis kangkung, petis kangkung, kangkung cos, dll yang berkaitan dengan kangkung, mungkin cerita ini dapat menjadi pertimbangan bagi anda when you want to eat kangkung

Saya mendapat cerita ini dari seorang teman..
Pada suatu hari di klinik yang terkenal, semua doktor kebingungan kerana ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut. Anak itu dibawa ke klinik oleh orang tuanya setelah 2 hari menderita diarhea . Sudah bermacam ubat sakit perut yang diberikan kepada anak itu, namun diarhea nya tidak sembuh.

Di klinik, kedua orang tua anak tersebut ditanya oleh doktor, makanan apa yang dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini.

Orang tua anak itu kebingungan, kerana sejak anaknya diarrhea , anak tersebut tak lalu nak mahu makan, dia hanya minum susu, itu pun akan muntah semula.

Setelah dikaji, ternyata sebelum menderita diarhea , malam tersebut anak itu makan kangkung cos di restoran oleh orang tuanya. Doktor segera melakukan xray, ternyata dalami usus anak tersebut telah berkembang biak lintah dengan anaknya yang kecil-kecil.

Doktor surrender dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medical apapun.

Akhirnya anak kecil malang itupun meninggal dunia. setelah dikaji, ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar. Memang, untuk penggemar kangkung cos yang paling enak adalah batangnya. Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama manapun, apa lagi untuk kangkung cos proses memasak tidak terlalu lama untuk menghasilkan rasa kangkung yang sedap. Lintah hanya akan mati jika dibakar..

Di dalam usus anak tadi, lintah yang hanya dalam 1 ke 2 hari berkembang biak dengan cepatnya kerana menghuni didalam tubuh dan terus menghisap darah yang ada, doktor juga menjadi bingung, bagaimana mematikan/membersih kan lintah yang telah sangat banyak tersebut dari dalam usus anak malang itu.

Jujur, sejak mendengar cerita itu, kesukaan saya terhadap kangkung menjadi berkurang, boleh dibilang sudah 1 bulan ini saya sama sekali tidak makan kangkung dalam bentuk apa pun, bukan kerana menjadi paranoid, tapi bagi Saya lebih baik menjaga segala kemungkinan yang ada, masih banyak sayur lain yang dapat kita makan dengan meminimumkan segala kemungkinan "lintah" yang terselip di dalamnya. Semoga cerita ini dapat menjadi pertimbangan untuk kita semua sebelum masak/makan kangkung
10 HADIAH UTAMA YANG SERING DILUPAI UNTUK ORANG TERSAYANG.....


Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua.

Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.

Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa bersama awak".

Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngam dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia dihargai.

Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

Hadiah Bersendirian: Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

Hadiah Keceriaan: Cubasedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.
Wallahualam...
ISTERI IDAMAN...
6:12 AM | Author: Hamiza
MENJADI ISTERI IDAMAN
Hak dan Kewajipannya

( Oleh : Dr. Wahbah Zuhaili )

Pernikahan adalah sebuah hal yang agung di dalam Islam. Memiliki banyak keutamaan dan pelajaran berharga bagi ulil-albab. Di dalamnya ada kasih sayang, cinta dan ketenangan. Sebagaimana terkandung pula bentuk-bentuk tanggungjawab dan penunaian amanah yang indah.

Ia adalah bentuk ibadah bagi seorang muslim kepada Rabbnya, ketika dengan pernikahan terjauh dari perbuatan kekejian dan kehinaan.

Kita mengetahui bahawa pernikahan sebagaimana ikatan perjanjian yang lain yang berkaitan antara dua orang, memiliki hak-hak dan kewajipan yang mesti ditunaikan, sesuai dengan prinsip-prinsip keadilan, tanggungjawab dan persamaan. Al-Quran sendiri mensyaratkan prinsip-prinsip, hak dan kewajipan sebagaimana firman Allah :

"Bagi mereka seperti apa yang menjadi kewajipan mereka dengan kebaikan" Iaitu bagi para wanita memperolehi hak-hak dari lelaki sebagaimana untuk lelaki ada kewajipan bagi wanita. Asas peletakan hak dan kewajiban ini adalah urf (adat) dan fitrah. Prinsipnya adalah "setiap hak balasannya adalah kewajiban"

Untuk hal ini ada tiga pembahasan :

Hak-hak isteri
Hak-hak suami (kewajipan isteri)
Hak-hak bersama, isteri dan suami

Hak-hak Isteri
Isteri memiliki hak-hak maliyah (material) berupa Mas Kahwin (MAHAR), nafkah dan hak ghoiru maliyah (tidak material) berupa kebaikan pergaulan, muamalah yang toyyibah (bagus) dan keadilan suami. Adapun mahar merupakan hak khusus isteri yang termaktub dalam Al-Quran dan As Sunnah.

Rasulullah pun selalu memberikan mahar dalam pernikahan beliau. Adapun nafkah, merupakan perkara yang ditetapkan di dalam Al-Quran dan As Sunnah. Anak yang dilahirkan bagi mereka adalah rezeki sebagaimana para isteri dan pakaian sebagaimana para isteri dengan kebaikan.

Dari Muawiyah Al Qusyairy, bertanya kepada Nabi S.A.W. seorang lelaki, "Apakah hak seorang wanita terhadap suaminya? Beliau berkata: Engkau memberikan makan kepadanya sebagaimana engkau makan, dan engkau memberikan pakaian kepadanya apabila engkau berpakaian, jangan engkau memukul wajah, jangan menghinanya dan jangan meninggalkannya (meninggalkan isteri) kecuali di dalam rumah" (HR Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majah).

Iaitu jangan engkau mengatakan kepada isterimu semoga Allah menghinamu dan meninggalkan iaitu hanya dari tempat tidur sahaja, tidak berpindah ke rumah lain atau memindahkan isteri ke tempat lain.

Yang dimaksud mempergauli adalah apa yang terjadi antara kedua pasangan berupa ikatan dan hubungan. Keakraban bagi setiap pasangan adalah mempergauli pasangannya dengan ma'ruf (kebaikan) dari persahabatan yang indah, tidak memberikan gangguan tidak menidak haknya dan tidak menampakkan kebencian dengan apa yang diusahakan. Bahkan bermuamalah dengan kegembiraan, keceriaan, tidak mencela dan mengganggu aktivitinya yang syarie. Hal ini adalah kema'rufan sesuai dengan firman Allah : “Dan pergaulilah mereka dengan kebaikan”.

Abu Yazid berkata : “bertaqwalah kamu atas isteri-isteri kamu, sebagaimana para isteri wajib taqwa kepada Allah atas kamu”.

Ibnu Abbas berkata : “Saya suka berhias untuk isteri sebagaimana saya suka isteri saya berhias untuk saya”.
Allah S.W.T. berfirman : "bagi mereka semisal apa yang wajib bagi mereka dengan kemakrufan".
Rasulullah S.A.W. pun memerintahkan untuk mempergauli isteri dengan baik dan ada pula riwayat yang menerangkan tentang hak dan kewajiban kedua pasangan "berwasiatlah kepada wanita dengan kebaikan, kerana sesungguhnya mereka di sisi kamu adalah tawanan. Tidaklah kamu memiliki dari mereka selain itu. Kecuali mereka melakukan perbuatan maksiat yang jelas, apabila mereka mengerjakan keburukan maka tinggalkan mereka dari tempat tidur dan pukullah mereka dengan pukulan yang tidak keras (membuat cacat) apabila mereka mentaati kamu maka janganlah kamu mencari jalan-jalan lain. Sungguh bagi kamu ada hak yang harus ditunaikan isteri dan bagi isteri atas kamu ada hak".
PENTING INFO INI....(BACA TAU)
2:50 AM | Author: Hamiza
Perkara-perkara yang membuat kita hilang ingatan dan tumpul minda

Kurangkan makan bawang besar
Kurangkan makan berempah
Kurangkan makan ketumbar kering
Kurangkan menonton hiburan
Kurangkan membaca majalah hiburan
Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
Jangan makan kepala ikan
Jangan minum air yang ada semut
Jangan tidur selepas subuh
Jangan tidur selepas asar
Jangan tidur selepas makan
Jangan makan terlalu kenyang
Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
Jangan menyapu rumah pada waktu malam
Jangan makan yang masam-masam berlebihan
Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

Perkara-perkara yang perlu diamalkan

Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
Selalu makan makanan yang panas2
Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
Selalu minum air masak
Selalu makan ulam2
Selalu mengamalkan pandangan hijau
Selalu bersenam
Selau menggunakan imajenasi otak
Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
Jangan ego
Jangan dengki pada orang lain
Jangan makan dari sumber yang tidak halal
Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
Jangan makan makanan yang ada pewarna
Jangan makan makanan yang ada pengawet
Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
Jangan mandi selepas 9.00malam
......dan yang paling penting dibawah ini........
selamat beramal.....

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.


masuk ke bilik air tanpa memakai alas
kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotorJangan i seluruh rumah kita.


Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.


Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.


Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
berkat).


Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.


Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan
.


Jangan pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.


Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap
diselaputi
dosa.


Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.


Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.


Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.


Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.
Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.


Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.


Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.


Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.


Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.


Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.


Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.


ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.


Jangan biarkan SAJE email ni. Hantarkan kepada semua saudara islam yang anda kenal !!

Wasalam


"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)


"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."
UNTUK RENUNGAN BERSAMA....
11:37 PM | Author: Hamiza
Renung-renungkan dan selamat beramal....



Saat itu, Dhuha, hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju Mekah....... .aku bertanya pada Ibu.. 'Ibu, kataku, ada cerita apa yang menarik dari Umrah....?' Maklum, ini pertama kali aku ber Umrah. Dan Ibu, memberikan Tausyiahnya. Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel dimana saya bergabung untuk Umrah di bulan July 2007 yang lalu.



Kebetulan umrahku dimulai di Madinah dulu selama 4 hari, baru ke Mekah. Tujuannya adalah mendapatkan saat Malam Jumat di depan Kabah. Jadi aku punya kesempatan untuk bertanya tentang Umrah. Ibu berkata...'Shinta, Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup...'



Keningku berkerut.... ....'Sedikit sekali Allah memanggil kita..?' Ibu tersenyum.. 'Iya, tahu tidak apa saja 3 panggilan itu...?' Saya menggelengkan kepala.



'Panggilan pertama adalah Azan', ujar Ibu. 'Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah.. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak solat sama sekali kerana malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika hari Kiamat nanti'.



Saya terpekur.... .mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan solat kerana meeting lah, mengajar lah, dan lain-lain lah. Masya Allah..........



Ibu melanjutkan, 'Shinta, Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji. Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya 'bergiliran' . Hamba yang satu mendapatkan
kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalan-nya bermacam-macam. Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan', sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua. Saat itu kita merasa bahagia, kerana panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu'.



Mata saya semakin berkaca-kaca. ........Subhanallah....... saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan... ......Alhamdulillah...



'Dan panggilan ke-3', lanjut Ibu, 'adalah KEMATIAN. Panggilan yang kita jawab dengan amal kita. Pada kebanyakan kisah, Allah tidak memberikan tanda-tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan dan gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal soleh. Kerana itu Shinta, manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. ..Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah.... ........Insya Allah syurga adalah balasannya.. ....'



** Mata saya basah di dalam Masjid Nabawi , saya sujud bertaubat pada Allah kerana kelalaian saya dalam menjawab panggilanNya..... Kala itu hati saya makin yakin akan kebesaranNya, kasih sayangNya dan dengan semangat menyala-nyala, saya mengenakan baju Ihram dan berniat.......... Aku menjawab panggilan UmrahMu, ya Allah, Tuhan Semesta Alam......... ....**



Huraisy

Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?' Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang.'



'Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak.'



..sampaikan pesanan biarpun 1 ayat.. Wallahualam
JANGAN KETAWA SENYUM CUKUP LERRRR...
11:30 PM | Author: Hamiza
Baca sampai abis ...

Aku ada cerita ni.... lawak la jugak..
tapi jangan ketawa tau... Aku baru
berkahwin setahun yang lepas
dan duduk dengan isteri aku. Kami
duduk berdua sahaja sebab belum
dikurniakan anak. Aku ni ada satu
kegemaran -iaitu makan telur rebus.
Aku pun taktahu kenapa aku suka makan
telur rebus, sedap agaknya.

Sebelum aku kahwin, aku memang gila
telur rebus. Pagi petang siang malam
makan telur rebus.. Tapi semenjak
aku kahwin ni aku terpaksa
berkorbanlah, iaitu dengan
meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga
aku dah tak
pekena telur rebus ni.. sebab orang
rumah aku masak sedap-sedap.. so aku
dah tak kisah lagilah..

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku
balik kerja, tiba-tiba kereta aku
rosak.. akupun telefon bini aku
katakan aku balik lambat sebab kena
menapak. Sebab lapar akupun singgah
satu kedai makan tu... ada telur
rebus lah.. akupun makan nasi dengan
telur rebus.. lepastu aku order telur
rebus lebih lagi untuk diratah.
Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji
telur rebus untuk makan sambil
berjalan balik nanti. Tiba je kat
rumah aku rasa amatlah kenyang..
maklumlah balas dendam sebab lama tak
pekena telur rebus. Sebelum aku masuk
kerumah,i steri aku tiba-tiba cakap
dia ada 'surprise' untuk aku malam
ni. Dia suruh aku tutup mata dengan
kain hitam yang diikat kemas
dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya
aku sampai ke meja makan Aku duduk
dikerusi dan isteriku pesan jangan
cuba buka ikatan yang menutup mataku.
Aku nak pergi toilet sebab perutku
mula buat hal, tapi malaslah nak
spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku
pun t ahan ler... Tetiba telefon
berbunyi, isteriku pergi
mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku
pun melepaskan kentut yang ditahan
sekian lama.. Fuuuuhhh lega r
asanya... bau boleh tahan... maklumler
berapa biji telur tah aku bedal
tadi... Alamak.. ada lagi satu la..
aku pun angkat sebelah punggung dan
lepaskan satu das lagi.. bunyinya
PROOOTTT!! .. fuh bau jangan cakap
beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku
kipas pakai tangan angin dia kasi
kurang sikit bau dia... adalah macam
bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku
dengar bunyi telefon berdering
lagi... hai lamanya tunggu isteri aku
ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu
surprise dia ni.
Aku terasa ada lagilah, kali ni memang
aku rasa power punyalah.. aku kumpul
dulu kasi padu.. lepastu aku bangun,
tonggeng sikit dan lepaskan angin
taufan tu... PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh
lega... bergegar sikit meja makan
dibuatnya... peh tak tahan aku bau
dia power gila... aku tutup hidung
aku.. aku rasa bau dia ada sikit-
sikit macam bangkai la.. mau mati
bunga atas meja makan aku ni.. sambil
tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'.
Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai
tu hilang.. Lepas tu isteri aku
kembali dan minta maaf sebab lambat..
lalu dia kata 'SURPRISE!!

HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka
kain penutup mata aku.. laaa birthday
aku hari ni le... camne boleh lupa
ni.. Aku buka le kain penutup mata
aku.. mulutku terus melopong...
ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat..
muka merah padam pak mertua aku, mak
mertua aku, adik ipar aku dua orang,
duduk keliling meja makan. Bos aku
dengan jiran sebelah rumah rumah aku
pun ada!!. ? jadi aku pun nak kaber
malu, aku tanya la kat pak mertua
aku. 'dah lama ke pak sampai?'.Dan pak
mertua aku pun jawab.'Dah lama.
Sebelum kentut pertama lagi!!'.:
habih :.

Sekian Terima Kasih..
HEHEHEHEHEHE..:)
perihal kaca mata..(hehehe)...
11:15 PM | Author: Hamiza
Kaca Mata Tembus

Suatu hari Haikal pergi ke kedai kacamata dan ia
tertarik pada sebuah kacamata yang menurut
penjualnya boleh tembus pakaian...

Ketika ia mengenakan kaca mata tersebut, semua orang
yang dilihatnya nampak telanjang.
Haikal memecat kacamatanya, orang-orang tersebut
kembali berpakaian lengkap.
Dipakainya lagi, semuanya telanjang!

"Hebat!" teriak Haikal kegirangan lalu membelinya..

Sambil senyum dia memakai kacamata itu hingga sampai
ke rumahnya.

Dia ingin menunjukkan kacamata itu kepada Suzi,
isterinya, tetapi isterinta tidak ada di ruang
tamu. Haikal kemudian terus ke bilik tidur dan melalui
kacamatanya dia melihat isterinya sedang
telanjang bulat bersama tukang kebunnya. Haikal lalu
memecat kacamatanya, tapi isteri dan tukang
kebunnya itu masih telanjang. Dipakainya kembali
kacamata itu.. eh... keduanya masih juga
telanjang. Sambil marah-marah haikal berkata,

"Sialan!!! Kacamata mahal begini tak sampai sehari
sudah rosak !!!"
ZAMAN INI....Gadis belum kahwin pun diseksa..
12:49 AM | Author: Hamiza
KADANG-kadang setelah mendengar cerita demi cerita dari kebanyakan wanita,maka saya terfikir mengapakah kebanyakan wanita begitu lemah,sanggup diperbodohkan oleh suami atau kekasihnya.

Apakah pada pandangan mereka dengan tunduk,menurut perintah,pemurah dan sebagainya maka mereka mendapat apa yang dicitakan.Adakah dengan menurut perintah,maka suami mereka akan jadi seorang suami yang baik dan rumahtangga lebih aman.

Malangnya semakin mereka tunduk dan menurut perintah,sisuami jadi lebih besar kepala,pembengis,kaki pukul,membelit,tambah-tambah bila dilihatnya siisteri lebih berjaya hidupnya dari dirinya sendirinya.Rasa rendah diri ini membuatkan mereka menjadi lebih "ganas" yang secara keseluruhannya berpunca dari rasa cemburu yang lebih berat kepada dengki.

Malangnya wanita yang lemah ini walau dicemburui dan dimarahi teruk sekalipun,sayangnya semakin menebal.Hinggalah kepada suatu keadaan yang tidak dapat ditanggungnya lagi akan menyebabkan mereka memberontak.

Ketika itu barulah tiada maaf bagimu.Hubungannya akan menjadi berputus arang berkerat rotan.
Tetapi untuk mencapai tahap itu dia mengambil masa yang terlalu lama,inilah yang berlaku keatas ramai kaum wanita seperti satu kisah ini yang menimpa kepada seorang gadis bernama Jun ini.

Kata jun nak katakan dia sudah bersuami,dia masih single,nak kata gadis,mereka macam suami isteri.Nak kata jadi perempuan simpanan yang sepatutnya hidup senang lenang atau kaya raya,sebaliknya hidupnya susah malah simpanannya habis dikikis.

"Saya bekerja di sebuah syarikat swata,bukan pangkat tinggi tapi pendapatan boleh tahan ditambah dengan bonus melebihi kecukupan saya dan membolehkan saya menyimpannya sedikit di bank.Lagipun saya bukan seorang yang boros.
"Ditakdirkan saya berkenalan dengan seorng lelaki yang lebih 10 tahun tua dari saya.Perkenalan kami tidak sengaja,kerana dia sering datang kepejabat kononnya ada urusan kerja.Akhirnya kami berkawan rapat.Tak sampai enam bulan dia sudah melahirkan hasrat untuk melamar saya.
"Memang saya terkejut,sebab saya tak kenal dia lebih mendalam,kedua baru berkenalan dan ketiga sebelum saya tanya banyak dia mengaku yang dia pernah berkahwin dan mempunyai dua orang anak,kini duda sudah empat tahun.

"Kerana percayakan dia duda,lantas saya menerima lamarannya,dia kenalkan saya dengan keluarganya,tapi cuma kenal begitu aje.Dan saya yakin akan hasratnya itu.Keluarganya juga tidak bercerita banyak tentang dirinya.
"Kerana percayakan akan dipinang saya pun tunggulah.Dan kerana bodoh,saya bagi dia pinjam duit konon buat modal dia berniaga.Kalau dia berjaya jadi usahawan nanti,saya juga akan senang.Jadi saya pun percaya dan saya hulur Rm $5.000.
"Lepas dua bulan dia minta lagi $5.000 kerana dapat perojek baik.Tanpa banyak soal saya hulur lagi.Tapi kerana duit sendiri tak cukup lagi$3,000 saya pun keluarkan duit melalui kad keredit(dia yang ajar).Saya bagi $5,000 lagi,jumlah $10,000.

"Dalam pada itu saya tanya dia bila nak masuk meminang,katanya tunggu dulu bisnes belum jalan betul.Bila elok nanti baru kahwin.Saya percaya dan terus tunggu.Rupanya dalam pada itu dia minta saya duit lagi tiap-tiap bulan,katanya dia perlu uruskan itu ini untuk perojeknya.Bila saya katakan duit saya tak cukup sebab nak bayar kad keredit.Dia mula tak percaya.Sebaliknya dia mahu saya serahkan duit gaji semua pada nya,biar dia urus.

"Bila saya menolak dia jadi bengis,lantas saya kena penangan,mula tu sekali dua,lepas tu semakin kerap.Peliknya bila didepannya saya menikus,tapi dibelakangnya saya mengamuk sakan.Saya tak tahu apakah ini bermakna saya terlalu sayangkn dia ataupun kerana takut.Saya dikawalnya melebihi seorang isteri.Pakaian,kasut,fesyen rambut,beg tangan hinggakan teman-teman saya dia yang tentukan.Kalau dia terlihat saya berbual dengan lelaki lain,alamatnya bila pulang nanti kena penangan,semua penjelasan saya dia tak mahu dengar.

"Dalam pada bersabar itu,hubungan kami tanpa kahwin itu berjalan lebih empat tahun,bergaduh jadi perkara biasa,pendeknya saya benar-benar hidup bawah konkongannya.Tak boleh nak bersuara langsung.Kerana terlalu teruk di bawah kongkongannya pernah tiga kali saya cuba melarikan diri,tapi dia berjaya menjejaki saya,siapa saja yang melindungi saya terlibat sekali dengan amaran dan ugutannya.Hinggakan mereka takut untuk membantu saya.


"Nak mengadu pada keluarga di kampung pun saya tak berani kerana setiap pergerakan saya di kawalnya.Cuma kawan-kawan rapat saya yang tahu keadaan sebenarnya saya ni belum berkahwin secara sah lagi.Bila mengingatkan ini semua saya menjadi semakin takut dan malu.Malu yang paling utama kerana saya hidup seperti suami isteri,sedangkan belum berkahwin.Apa akan jadi pada hidup saya nanti kalau keadaan saya diketahui ramai,pasti masa depan saya gelap.

"Nak kata saya ni perempuan simpanan tak juga,kerana bukannya hidup kami senang,sebaliknya semakin susah,tambah menderita sebab segala apa yang ada pada saya dikikisnya.Kini saya dapat tahu dia sudah ada teman baru,tapi kongkongannya terhadap saya masih teruk,malah dia mengigatkan saya kalau berani meninggalkan rumah dan tak pulang lagi,dia akan pasang kaki cari saya,kalau dapat tak patah tulang-tulang saya,dia akan tinggalkan parut pada muka saya.Ini yang membuatkan saya takut,"..demikian cerita jun panjang lebar tentang pengalamnnya.

Sebenarnya takut pun bertempat,kalau kita terus memperbodohkan diri sampai bila-bila pun nasib kita tak berubah.Lagipun jangan di tagih cinta dari orang yang tak menyanyangi kita,kita dibuat macam kain pengesat kaki.Kerana itu bentuk lah diri,sayangi diri kita baru kita di hormati.


WALLAHUALAM
...
ADAB SEBELUM TIDUR........
12:08 AM | Author: Hamiza
1)SOLAT ISYAK/SOLAT SUNAT....
Malam adalah waktu yang paling sesuai untuk tidur dan beristirehat.Jadi jangan dikorbankan waktu malam anda dengan aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak atau berfoya-foya.Bagi umat islam,sebaik-baiknya mengambil wuduk dan menunaikan solat isyak atau solat sunat sebelum tidur.

2)PERBINCANGAN SUAMI ISTERI.....
Sebelum masuk tidur inilah perkara yang paling baik untuk anda berbincang dengan suami mahu pun anak-anak mengenai harapan dan impian anda terhadap masa depan yang anda inginkan.

3)BACAKAN BUKU UNTUK ANAK-ANAK....
Bagi anak-anak pula bacakan mereka buku-buku cerita yang bermanafaat.Ketika anak-anak "tidur-tidur ayam" inilah yang palin baik untuk anda bisikkan ketelinga mereka doa-doa yang baik-baik dan juga nasihat berguna kepada mereka.Usap kepala mereka,katakan "I LOVE U" dan lakukan amalan bermaaf-maafan dengan anak-anak.Kaedah ini juga salah satu cara untuk melembutkan hati anak-anak anda.Anak-anak yang telah memasuki usia enam tahun hendaklah dipisahkan tempat tidurnya.

4)BERMAAF-MAAFAN..
Amalkan kaedah yang sama dengan suami atau isteri anda.Mohon maaf kepada mereka dan maafkan juga kesalahan mereka.

5)BACA DOA...
Sebelum tidur dan sesudah bangun tidur hendaklah membaca doa dan menyucikan hati dari sifat dengki yang mungkin timbul sebelum ini.Bersihkan hati dari persaan marah terhadap orang lain.Anda juga perlu menilai diri sebaik bangkit dari tidur.Apakah amalan baik dan buruk yang telah anda lakukan sebelum ini.

6)JANGAN TIDUR BERLEBIHAN....
Masa tidur hendaklah dijaga dengan sebaik-baiknya.Jangan tidur melebihi lapan jam.Tidur yang berlebihan menyebabkan mata sembab dan pening kepala.

WALLAHUALAM
....
MENGURUS TEKANAN.....(CARA UTK GEMBIRA)
11:16 PM | Author: Hamiza
1)PILIH UTK GEMBIRA
Anda berupaya utk menjadikan hari2 anda gembira.Mulakan dengan belajar kemahiran menguruskan diri,berinteraksi dgn baik pilih persekitaran yang menyumbang ke arah lebih positif.

2)SENTIASA BERSYUKUR
Tidak ada kesudahannya jika anda asyik membandingkan diri dengan kelebihan orang lain.Namun ada baiknya pula jika anda menjadikannya sebagai penguat semangat untuk berusha lebih gigih.

3)MENJADI PEMAAF
Berfikiran negatif,memendam perasaan dan sering kali melepaskan kemarahan akan memberi kesan buruk terhadap kesihatan mental.Satu2nya cara untuk mengikis kesan buruk ini dengan memaafkan kesilapan orang lain.

4)LAWAN PEMIKIRAN NEGATIF
Anda perlu mengenal pasti pemikiran negatif supaya ia boleh dikawal.Tepis pemikiran negatif dan cara sifat positif di sebaliknya.

5)TAMBAH SAHABAT
Bahagianya jika mempunyai baik yang mengambil berat mengenai anda.Walaupun anda lelaki,tidak salah jika mempunyai sahabat baik untuk berkongsi cerita.

6)LEMPARKAN SENYUMAN
Mulakan dengan menghadiahkan senyuman kepada orang lain walaupun tidak dikenali.Bukan sahaja anda senang hati tetapi mereka juga berpendapat anda seorang yang positif.

7)BERBUAT BAIK
Tidak kira sekecil mana pun bantuan yang dihulur,ia akan membuatkan si penerima akan gembira.

8)BUKAN MENGENAI WANG
Walaupun wang boleh merangsang kegembiraan,hakikatnya bukan semua kegembiraan boleh dibeli dengan wang.

9)BERILAH PUJIAN
Jangan kedekut memberi pujian kepada keluarga dan rakan2.Juga berterima kasih atas bantuan yang mereka hulurkan.Pujian boleh merangsang kepada banyak perkara baik seperti menjadi lebih bersemangat.

10)TERIMA DUGAAN
Belajar terima setiap dugaan dengan hati terbuka.Ia membolehkan anda berfikir dengan tenang dan dapat membuat keputusan dengan baik.

11)DEKATKAN DIRI DENGAN AGAMA
Ketenangan yang hakiki hanya boleh diperolehi dengan mendekatkan diri dengan ALLAH s.w.t.Apabila anda berasa susah hati atau dalam kesukaran,ingat bahawa ALLAH sentiasa mendengar rintihan hamba-Nya.

AMIN..SALAM
KASIH SAYANG IBU....
7:13 PM | Author: Hamiza
!!!Hari itu, saya pulang ke Kuala Lumpur . Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki - berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

'Abang nak beli kuih?' Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.
"Tak apalah dik...Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas. Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.
"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.
"Abang baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut. Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima . Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat

Setiap yang lalu ditanya...
" Tak nak beli kuih saya bang.. Pak cik... Kakak atau makcik."
Molek budi bahasanya!

Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu , membetulkan duduk dan menutup pintu.

Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang 12 tahun.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang", katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya. Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul persaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

" Ambil ni dik! Abang sedekah... Tak payah abang beli kuih tu" saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya.

Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya. Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak- kanak itu.
"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.
"Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu? Duit tu abg bagi adik!" kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.
"Bang, saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. "Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" dia betanya dan saya cuma ngangguk. Lidah saya kelu nak berkata.
"RM25 saja bang.....!

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu. Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.

Dalam perjalanan ke K. Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah?? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya?? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkn saya, siapa kita sebenarnya
KUASA KASIH SAYANG..
6:53 PM | Author: Hamiza
Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Nakal
Current mood: sad

Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih.....

Mak tau tak......
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni.....

mak macam dah sedia......
Seminggu sebelum tu.....
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih......
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam .....
kengkadang siaran indonesia ...
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm....bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital....
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr........

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. ...
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ...
ampon kan kiter....
Mak.....
Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak......
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. ......
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak.....
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak......
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4...00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak..!
Takpa la......
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!
Mak...
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar....
Airmata kiter tak boleh tahan.....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam.....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ...?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma....
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau....
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak....

kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter....
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang...

sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil



p/s:

surat ini berjaya 'menyentuh' banyak hati..selain mampu mengingatkan jasa ibu kita di Malaysia, ia mampu menaikkan semangat kita utk terus berusaha dalam lapangan masing2,dgn izin Allah s.w.t. InsyaAllah..Juga sesuai dihadiahkan kpd anak2( bg yg sudah memiliki cahaya mata) supaya anak2 kita sentiasa lembut hatinya kesan daripada mmbaca surat ini ,insyaAllah. Surat ini pernah dibacakan ketika majlis penutup …. di Kolej Yayasan UEM suatu masa dulu . Ramai yang menitiskan air mata ketika itu.


KUASA KASIH SAYANG..
6:13 PM | Author: Hamiza
Kasih sayang tanpa syarat tiada batasan..kasih sayang adalah tenaga yang paling berkuasa dan pendorong yang paling berkesan..Tentu anda pernah mendengar,bagaimana sikap kasih sayang tanpa syarat telah menjayakan diri seseorang itu mengatasi segala halangan-halangan yang begitu mencabar...


Dunia ini di cipta dengan tenaga kasih sayang(aR-RAHMAN)..Kassih sayang adalah antara tenaga yang terindah dan membuatkan dunia ini terus berputar..Didalam buku bertajuk "The Five Love Languages" Dr.Chapman mengatakan...Di dalam hati manusia wujudnya perasaan ingin bermesra dan di sayangi oleh orang lain..juga keperluan hati ialah untuk menyayangi dan di sayangi...

Malangnya ramai yang gagal untuk merasai kasih sayang ini..Mereka menjalani kehidupan dengan mencari kasih sayang itu untuk mengisi tangki kasih sayang mereka..Ramai pelajar-pelajar yang datang daripada keluarga atau rumahtangga yang berpecah belah menderita kerana kurangnya kasih sayang..Mereka kemudiannya merayau-rayau dengan kekosongan kasih sayang ini..Dalam pencarian untuk mengisi tangki kasih sayangnya,dia terjebak dalam kalangan teman-teman yang salah iaitu kelihatan memiliki dan akan memberikan kasih sayang yang diperlukan...

Dengan itu saya harap pada anda semua berhati-hati dan tanamkan dalam diri penuhkan tangki hati kita dengan kasih sayang...

salam...
ASSALAMUALAIKUM....
6:02 PM | Author: Hamiza
Pertama sekali sy nk ucapkan selamat dtg dan terima kasih banyak kerana sudi mengisi lapang anda utk singgah ke blog saya...terima kasih juga kerana sudi untuk berkongsi membaca artikel2 yang ada di dalam ruangan ini...saya harap anda semua enjoy n hapy bila membaca apa juga yang saya tuliskn di ruangan ini...have fun for you all...